Alhamdulillah. Alhamdulillah... Alhamdulillah...... Ye, aku sembuh. Terima kasih Ya Allah. Kerana telah mengingatkan aku tentang mati dan memberikan aku amaran tentang hidup.
Sakit tekak melampau dan demam terkawal sabtu lepas, sangat seksa. Tak dapat makan, minum, bercakap, mahupun menelan liur sendiri.. Sangat seksa. Ma masakkan bubur nasi, lepas 2 suap, aku menangis sebab terlalu sakit. Sebenarnya, yang lebih sakit adalah hati. Bukan kesalkan kesakitan tu, tp baru terkenang masa sihat dan betapa tamaknya aku menelan makanan. Ya. Dan rasa terharu dengan layanan ma. Rasa sgt2 sedih. Ma masakkan seperiuk besar bubur nasi, tapi 2 suap yg mampu tertelan. Aku menangis lagi. Tak boleh bercakap dan terus nangis. Baru rasa sengsaranya tak boleh makan..tak boleh minum. Perut masa tu, pedih menahan lapar.
Aku tak suka org tengok aku nangis. Sangat elergik. Sebab tu, aku bangun dan nangis sungguh2 dlm bilik. Dah lega baru duduk balik kat ma. Sangat seksa. Kenapa aku nangis beria-ia pun aku tak faham. Just terasa nak menangis mcm tu. Rasa sakit sangat2. Sampai ma kata, "mak sedih tengok anak mak tak boleh bercakap, mak rasa mcm nak nangis sama".. Tapi ma cuma tersenyum..sebabnya, aku dah makin meleleh2 nangis. Sangat2 terharu..
Petang, pas babah balik, pas maghrib gak aku dibawak ke hospital. Tak ramai orang, dan aku terus daftar. Jumpa doc, dia ckp dlm tekak dah bengkak. Ambil ubat, dan beredar.
Lepas tu, minum air suam, dan mkn sup ayam, baru leh bercakap.. Alhamdulillah...rasa mcm setahun x makan..huhuhu..
Sakit tu hanya sembuh sepenuhnya hari isnin. Ye, aku dah boleh menjerit kat adik mcm biasa, gurau2 dengan ma, dan nyanyi lagu Asmaradana sambil baca novel RAM. Memang cuti tahun baru cina paling bersejarah, 90% dihabiskan kat rumah.
Yang paling aku nak mention kat sini, terima kasih ma, sbb jage sy masa sy sakit, baring sebelah, tlg habiskan bubur sy (hehe) dan sgt sygkan sy..sy syg anda juga, bonda terchenta! babah n adik beradik, terima juga ye amik berat....syg kamu semua...
Sekarang siang cuacanya sgt terik dan panas, minum air banyak2..kurangkan minum ais dan makanan pedas kalo korg tanak kena macam aku. siyes, serik.
Mati ku adalah pasti. Tapi terus hidup, insyaAllah.
_MsMasochist_
** Tajuk entri ni memetik ayat popular dlm rangkaian novel Laksamana Sunan, by RAM.
No comments:
Post a Comment