Wednesday, January 11, 2012

Jodoh?

Setiap daripada kita semua dah ditentukan jodoh. Dah tertulis di Loh Mahfuz. Dan siapalah kita untuk menyoalkan, kenapa kita bertemu jodoh dengan orang ni, bukan dengan orang yg dah lama kita sayang.

Sebab? Kenapa nak soalkan sedangkan jodoh itu termasuk dalam rahsia Allah yang kita tak layak tahu tapi kita layak untuk minta.

" Ya ALLAH, kurniakanlah aku jodoh yang baik. Yang mampu menjadi imam solatku, yang mampu menjadi nakhoda kehidupan ku, yang mampu menjadi peneman setia ku sehingga ke akhir nyawa "
InsyaAllah, perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik.

Persoalannya, cukup baikkah kita untuk mendapat jodoh yang baik? Berserah..Kita hanya mampu merancang, tapi Maha Kuasa Allah yang menentukan.

Bercinta boleh bertahun-tahun, tapi kenapa dalam sekelip mata boleh bercerai? Kerana jodoh itu tak panjang dan juga tak berkekalan. Allah telah menetapkan jalan hidup kita begitu. Alhamdulillah. Allah sayangkan kita, dan ingin memberi ujian untuk melihat kita tabah ataupun kalah. Wallahualam.

* * *

Mood? Hati tengah rawan. Pagi tadi ada sahabat cerita ttg tekanan disuruh kahwin. Kahwin pun kena suruh? Kalau jodoh x sampai lagi..macam mana nak buat nya..Dosa kita ke? Salah kita sebab x berusaha? Tu yang aku x berapa paham dgn manusia dan makcik2 pakcik2 yg bertahun2 jadi jiran tetangga nih.

Bila sorg tu dah besar, dah keje, dah ade steady life, wajib kawen walaupun umo baru masuk 22-23 tahun? Ape nih..Aku tau, kawen awal tu diharuskan kalau berkemampuan. Tapi tahukah korang...bahawasanya kami spesis2 bergelar PEREMPUAN ni, malu nak pergi meminang lelaki yang kami suka...? Kami malu nak minta seorang lelaki yang belum tentu mahukan kami utk jadi suami..?
Dan kami x mampu nak buat dorang mahukan kami. Boleh faham?

Ape masalah korang kalo kami x kawen lagi? Masa muda ni la kami nak kumpul harta dan nak balas balik budi dan jasa mak bapak. Korang sibuk2 nak suh kami kawen. Mentaliti korang sgt bermasalah. Maaf, angkuh pulak aku rasa statement ni. Tapi, aku masih nak berbakti pd mak babah aku, dan hidup aku belum stabil mcm korang2.. Perempuan, bila dah kawen, syurga pd suami. Jadi, izinkanlah kami mencari syurga dan keredhaan ibu bapa dahulu...Tolong, jangan sempitkan lagi pemikiran anda yg da sedia sesak.

Bila ada lagi org tanye aku pasal kawen, aku nk jawab, bila suami makcik nk masuk meminang?

Puas hati?

_MsMasochist_

2 comments:

  1. Cik D muda lagi....jadi boleh buat pekakkan telinga...senyum jer....tapi kalo dah nak masuk veteran macam saya....aaa...itu susah sikit :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mude mmg sgt mude..tp mentality sesetengah org tu susah kite nk betulkan. dorg lg susah hati tgk kite x kawen2, sdgkan kite xde plak nk risau ape2.. =) thx. ops, xpe, jodoh dan mase depan tu rahsia Allah. akan tibe mase nti utk awk. =)

      Delete