Monday, February 27, 2012

Hari Sedih

Takkan sebab sekaki payung, ayaq mata aku meleleh2 malam ni? takkan la..Walaupun aku bengang gila sebab payung limited edition kompeni aku kena rembat kt kfc, tak ade lah sampai aku nk meraung2. Susah tu nak dapat. Walaupun aku x la obses sgt dgn kompeni, tapi bangge gak ah pakai payung tu..Damn..Takde menda lain ke korang nk rembat? Lain kali aku nk bawak payung kubor tu jek. Nk tgk, berani x berani ko rembat. Hish, suwey la kfc area tu.

Malam ni aku teringat lg satu makhluk Tuhan ni, walaupun dia dah tak hiraukan aku lagi. Hurm, aku da tau, dia hanya dtg bila dia rasa teringatkan aku atau bila dia ada masalah donia je. Aku je lah yang baik hati sangat melayan. Sgt bodoh. Semalam aku nasihatkan orang, malam ni orang tu balik nasihatkan aku, siap repeat balik ayat yang aku kasik kt dia. Yes, sayangkan orang jangan bg semua hati, bagi separuh jer. Tapi sekarang aku kedekut dah.. Tak nak bagi langsung. Apesal aku nak bagi2 lagi? Nanti dorang2 tu buat goreng kicap je,

Time feeling jiwang2 macam ni, aku teringat lagi pada sorang lagi teman. Teman yang dah buang aku jugak. Dah tak izinkan aku panggil dia abg long lagi. Ko tau tak aku rindu sgt kat ko? Tapi mamat nih, mesej tanye sal produk kompeni pulak. Bkn tanye pasal aku. Takde ati perut la kau.. Tak ingatkan aku ke? Lupa dah adik ko ni? Dulu malam2 selalu kite borak2, ngekek2 gelak, dengar aku mengarut, walau jarak kita berbatu bata. Kata kawan2, takkan sebab kepala hangin aku yg mengong sikit ni kau sampai buang aku dari muka buku kau tu. Sampainye ati. Merajuk tak sudah la aku macam ni.

Ape lah aku melalut nih. Akibat pengambilan ubat berlebihan? Crap! Aku mana suka makan ubat.

Hati ni kita tak dapat nak jangka. Hati aku pun. Kelmarin, gamat la wayang dgn gelak aku dan cik Bella bila tgk Adnan Sempit 2. Mmg best ah.. Tapi, dlm hati, Tuhan jer tahu macam mana aku nk buang jauh2 rasa susah dan sedih. Yup, sedih dgn hidup sekarang. Semua terasa stuck. Ada orang yang aku cuba nak harapkan, aku balik kena. Entahlah. Penat dan fed up aku bg ruang dan peluang. Please, grow up. Aku takde masa lebih nak ingatkan kau ttg tu.

Ego aku mungkin setinggi klcc. Rendah sikit kot? Aku mmg keras kepala, tapi korang tau tak hati aku makin nipis? Aku dah tak larat nak mengadu sana sini. Aku tanak raih perhatian orang dgn cara tu, kalah 'retis' low class cari publisiti. Aku dah takde semua tu. Aku cuma ade diri aku utk aku harapkan. Tapi, aku mmg tak boleh diharap.

Saman pertama, 3 hari selepas kapel dgn Mr Black. Gosh, speed trap daa.. Gile merempit depan istana. Padan muka kau. Bayar la sendirik. Bkn salah Mr Black.

Byk nya yang aku runsingkan. Tapi aku tau, ada yg selalu boleh aku harapkan, Allah SWT. Aku cinta pada MU ya Allah.. Kurniakan cinta itu berkekalan dihatiku.


Mood malam ni mau feeling2 sedih dan bengkak mata sahaja. kpd yg terasa diri dia aku sebut2 dlm entry ni, maafkan aku. Ni hanya rintihan hari sorang pompuan yg lemah. Eceh.


_MsMasochist_

Wednesday, February 22, 2012

Hari ni dalam sejarah

Dlm sejarah x sampai sebulan aku dgn boifie, dah banyak dia tercalar.

Calar sana sini. Okay, sebelum ni ada 1 calar ketara, yang aku x sedar bila.

Dan tadi, pertama kali dalam tempoh 3 minggu bersama aku, kami melanggar orang.

Yes..repeat, langgar orang. Huhu..Thanks Allah, takde kemalangan jiwa.

Calar banyak.

Hati ada sedih. Frustrated.

And plus, aku kena bayar kat dia. Demmit.

Maaf, saya lalai. saya cederakan boifie lagi. Uwaaaaaa!!


Nasib baik tak serius, dan tak panik. Uh, takotnya nk cerita kat ma & Babah!!


_MsMasochist_

Thursday, February 16, 2012

Luck

Best of luck.

Orang slalu wish kita ni ade 'luck'. Tuah atau nasib. Sorang member India aku, pandai baca personality seseorang melalui tarikh lahir. Well, aku tak kata ini tilik nasib yg totally haram. Tapi aku hanya biarkan dia kira dan sebut 1 persatu personaliti aku.

Betul. Mostly, betul. Haha...aku gelak2..

Nak tahu? Katanya orang yg lahir bulan nombor 5 ni sgt fleksibel n the best number. Kembang kempis perut aku jap menahan rase happy.. Sgt pandai buat duit. Yg ni tipu. Aku x suke buat duit. Aku suke org bagi duit. Hahahaha.. Clever n cunning. Err...aku x bijak..Aku malas..Aku x genius. Cuma mase peksa aku suke pulun hafal semua fakta. Hahahahaa.. A family type dan kalo sekali membenci, seumur hidup aku benci. Err...tak gak..mmg mulut cakap benci..Tapi hati ade taman bunge2...

Hahahaha..aku x ade la percaye menda2 ni.. Ape yg dia cakap, mostly betul jugak.. Dia cakap, aku masih muda, sgt nakal dan masih dlm learning process. Yes! Benar. Hahaha..

Cuma, aku x rasa no 5 ni ade luck. Hidup aku okay..Masih macam ni.. Aku go thru one by one utk achieve sesuatu.. Aku takde luck dlm relationship, sbb aku keras hati dan degil.. Hahahaa..ramai yg give up sebab ni. Aku x kesah. Tipu.. Ade sikit kesah.

Ape pun, aku sendiri masih dlm proses mengenali diri aku sendiri.. Sgt2 blur at this age. Aku masih nakal, kuat buli n ngusik orang..Masih teragak2 membuat keputusan, masih bergantung harap pada mak bapak. Aku anak manja. Tapi aku keras hati. Dah kurang sikit keras kepala. Try la hantuk2 kepala aku kat dinding. Dulu2, retak dinding tuh... skrg, kepala aku yg pecah.

Aku perlukan anjakan paradigma la..Sgt2 perlu. Hurm..Learn!

Malam ni belaja main gitar..Demmit! Sakit jejari keras aku nih..Adoi.takde bakat betol.

_MsMasochist_

Monday, February 13, 2012

Valentine's Day..

Setiap tanggal 14 February...umat manusia yg khususnya sedang hangat bercinta pasti saling berbalas ucapan, kiriman kad dan tak kurang juga coklat serta bunga. Itu lazimnya..Yang pasti, akan ada pasangan yang meraikan hari 'istimewa' ini dengan cara mereka yang tersendiri. Tersendiri? Agak-agak?

Aku tak pernah sambut. Masa zaman-zaman muda yg baru pandai bercinta dulu, tak jugak aku sambut.. Penting ke? Tak penting. Aku tak ingat pun pasal tarikh ni.. Hari ni 13 Feb. Tadi sorang kawan berbangsa India datang dan bertanya kpd aku;

" Hey, u tak sambut ke esok? " soalnya sambil tersengih. Aku blur kejap. Sambut amenda? Esok ada event ape yang kena sambut?

" Sambut ape? " aku tanye balik.

" Valentine lah! " tempelak dia kat aku. Aku mencebik. Cehhh!!! Menda tuh? Tak payahh!!

Korang tau tak ape Valentine ni? Korang tau tak asal usul atau sejarah Valentine Day ni?? Korang kata ni hari untuk sambutan khas buat kekasih. Kekasih otak hang!

Perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.  Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.

Kita dok huha huha sambut dgn balaks jongos, tapi kita tak tahu pun ape yang kita raikan... Kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol, menandakan kegembiraan orang kristian dan 14 Feb di 'declare' hari berkasih sayang kerana pada mereka, agama Islam adalah agama yang zalim. Bagi aku, orang Islam yang sambut lagi kejam dan zalim pada saudara seagama sendiri.

Aku tak salahkan sahabat India yg bertanya tu.. Sebab dia sendiri tahu, orang Muslim tak boleh sambut, HARAM! Dan dia cuma mahu mengusik aku. Cuma otak aku agak 'semput' nak berhujah dgn dia tadi sbb kekurangan fakta.

Untuk info lanjut, korang leh google atau kongsi baca dengan 1 blog ni..
So adik2 yang baru nak mengenal dunia...yang hanyut dengan kata2 manis si balaks jongos...Tolonglah..Jaga dirimu sebaik2nya...Aku taknak muke korang kuar berita n paper, ditangkap khalwat dlm hotel murah or kat taman2 bunga.. Tak kewl langsung!!

Aku cuma menyampaikan, sedikit ilmu utk berkongsi dgn orang yg aku sayang..korang lah. Mana2 ayat yang agak kurang ajar tu..Maafkan aku...Yang baik tu, semua dari Allah..Yang tak baik, daripada aku tentunya..


p/s: aku dah tawar ati nak gi dinner tu. boleh? tah hape2..


_MsMasochist_

Sunday, February 12, 2012

Penyakit Hati

Hati sakit.

Sangat sakit. Sejak Jumaat lepas. Dihangatkan oleh seseorang di awal pagi, dibawa hingga ke petang. Rasa nak marah2. Kenapa?

Petang tadi, balik dari kampung juge dengan rasa sakit hati. Marahkan sesuatu atau seseorang hingga mengecilkan hati si Ibu. Maaf ma..sgt emosi.

Alhamdulillah..tak jadi apa2.


Maaf sangat2..


I just need to be alone.


_MsMasochist_

Wednesday, February 8, 2012

Pinky Minky

Dinner?


Glamorous?


What the hell on earth is going on???

Ooo...dinner kompeni...on March...Di hotel 5 Stars at river front katenya.....sungai busuk tu? Okey..


Tema majlis, Pink! Pinky Minky...


Ekspidisi bakal bermula selepas hari gaji......Ops, bukan ekspidisi mendaki Gunung Ledang menjejak sang Puteri....Tapi.....xtvt merentas mall untuk mencari dress...


Yeah...dress...Long dress in my mind..with striking or smooth pinky..i think, it's just nice.

X yah nk seksi2 and glamer2 utk attend majlis tu..Just for fun!

I'm used to hate pink.....i think, before, now and always.. Demmit!



_MsMasochist_

Tuesday, February 7, 2012

Aku, rumah kayu dan ular getah.

Pukul 2 petang. Matahari hangat memanah ubun-ubun kepala yang berbungkus dengan kain tudung putih.

Basikal aku tinggalkan di tepi sekolah kayu yang cukup banyak memberi aku ilmu ini. Langkah kaki deras ku hayunkan meniti anak-anak tangga yang kelihatan sudah cukup rapuh untuk menampung henyakan kaki anak-anak lincah seperti aku.

"Assalamualaikum!" aku melaungkan salam dan terus mengambil tempat di meja kayu. Rakan-rakan sudah ramai yang memenuhi ruang tetapi Ustazah masih belum tiba.

Sedang aku leka mengeluarkan buku dan peralatan menulis untuk mata pelajaran pertama, sekonyong-konyong satu benda berwarna hijau dan melingkar-lingkar terhumban di atas meja.

"Makkk!!!!" aku memekik kuat. Murid-murid perempuan bertempiaran lari apabila ular getah itu aku kuis dengan buku hingga tercampak ke lantai. Suasana gamat seketika. Mencerlung marah mata aku, tajam menikam dua orang budak lelaki yang sedang galak ketawa. Seketika kemudian, bermulalah sesi perang mulut antara kami. Suara akulah yang paling lantang.

"Ustazah datang!! Syuhhh!" beritahu seorang murid. Aku duduk kembali dengan rasa tidak puas hati.

Geram dengan usikan melampau itu, aku mengadu kepada Ustazah. Akibatnya, di depan semua murid, dua budak lelaki tadi dimarahi dan yang menjadi mangsa, ular getah itu.

Sebilah pisau lipat yang biasanya digunakan untuk mengasah pensil khat, Ustazah ambil lalu mengerat-mengerat badan ular mainan itu menjadi potongan kecil. Aku memandang dengan senyuman sinis dan rasa puas hati. kemudian aku membuang pandang ke luar tingkap. Mual terasa tekak melihat cebis-cebis badan ular getah tersebut.

*     *     *

Diatas, mmg kejadian benar. "AKU" dalam cerita kat atas, mmg aku. Ye, aku. Aku lah, sape lagi! Dulu zaman sekolah rendah, kg kami mana ada sekolah agama rakyat berdinding batu lagi..Masa tu aku tak ingat umur aku berapa.. Tapi, dah nak darjah 6 baru kami dapat sekolah cantik. Kalau tak, rumah papan lama tu lah yg menjadi tempat kami menimba ilmu akhirat.

Dua orang budak tu, dua-dua kawan sekolah aku. Heheh..memang jahat tak terkatalah dorang ni..Tapi, dgn dorg mmg aku kamcing. Sampaikan aku jadi tomboi semata-mata ikut dorang redah jalan kebun naik beskal.. Zaman dulu, mana ada kes miang2 mcm skrg.. Kawan-kawan pun bagus..Skrg, semua da ada life masing2. Aku pun x sure la kalau dorang ingat lagi ke tak cerita nie..Sorang dah ke selangor/kl kot..sorang lagi, dah balik Kedah.. Hehe..rindu korang sebenarnya..

Zaman kanak-kanak adalah zaman terbaik kan? Korang x payah pikir, mcm mane nk cari duit lebih, kerja yg stress, hutang itu ini,..Yang best, korang tak yah nk sibuk2 pikir pasal kawen. Hahaha..Sebab kalo korang pikir gak, mmg kene luku kepala dgn mak bapak..Korang just perlu main, main, main dan belajar. Haha..Yang lain, mak bapak kan ada.. Ye..dorang masih ade sekarang. Tapi keadaan dah berubah.

Demm, sampai skrg aku masih gelikan ular getah tu..Haha!


P/s: Pagi td kat pasar, mak cakap, 'sejak anak2 aku ni dah jadi anak dara, semua budak laki nak panggil aku mak..masa korang berhingus lagi, xde pulak'..Hehe, yelah ma..sekarang anak2 ma semua dah vogue2..hahaha..


_MsMasochist_







Thursday, February 2, 2012

7 Hari Mencintaiku- The Review


Feww...novel terkini yang aku dah habiskan....Novel yg sgt thrill bg aku, dr first time aku nampak kat rak buku MPH. Kenapa aku kata thrill? Bukan sbb jalan cerita..Tapi faktor ketebalan buku tu yg hampir menyamai ketebalan kamus dewan. Gile bah! Haha

Novel ni, sbb ke'thrill'an dia tuh, aku x berani nak beli..30 lebeh wuu...mahal2..Tapi, ade sorang sis yg baik ati offer aku pinjam..Rasa mcm ade pasir melekat kt tekak masa mula2 pegang buku tuh..Berat gile! Bape tahun aku leh habis baca ni??? haha..Believe it, 2 malam sahaja..

Skrg aku nk komen sikit2 pasal novel ni. Jalan cerita, aku tak rasa meleret2 walaupun novel ni terlalu tebal..

Siti Rosmizah makin matang menulis berbanding dgn novel hit beliau, Andai Itu Takdirnya. Tapi mcm biasa, dunia 'Law' tu masih mempengaruhi jalan cerita dan watak. Maybe beliau boleh tulis some fresh n different stuff =)

Watak Khuzairi, Abg hero dlm ni..Malam pertama aku baca, 1 perkataan yg boleh aku 'luahkan' pd mamat ni (if he really exist), bodoh! Hahahaha..sbb terlalu mengikut telunjuk isteri yang sgt keras kepala, lancang, mulut longkang dan busuk hati... Haha..Tapi dia sorg yg sgt penyabar dan baik.

Watak Mia Adriana, Cik Heroin, er..aku dah describe semua kat atas..Haha..Pompuan ni, mmg sgt2 menyakitkan hati.. Geram jek..Kembang kempis idung aku tahan marah n geram..Hehe..

Dorg kawin sbb tunang Mia x hadir pd malam pernikahan. Mcm2 berlaku sehingga Mia terpaksa duduk di kampung Khuzairi  dan dia buat perangai utk menyakitkan hati suaminya.Sehingga lah melahirkan anak mereka, Mia terus pergi.

Kematian Buntat, membuatkan Mia insaf dan ingin kembali. Malangnya menerima khabar Khuzairi akan bernikah dgn Suhaila, musuh ketatnya. Mia kembali dgn harapan, dlm tempoh 7 hari Khuzairi yg sudah berpaling akan mencintainya semula dan demi anak tersayang. Mia 100% berubah dan mula menghargai orang sekeliling..

Ending, musti lah happy2 kan? Haa..nk tau, sila la beli..Sape yg da beli, musti rasa best..
Hee..Tapi, aku x sanggup nk ulang baca lg..

p/s: Bercuti esok, dan akan pulg ke kampung with boifie... =)

_MsMasochist_

Wednesday, February 1, 2012

'boifren' baru

Alhamdulillah...azam tahun 2011 dah tercapai =)

Mintak maaf pd diri sendiri dan keluarga sbb terlambat setahun..

Officially, 1 februari 2012 tarikh keramat, sy da ade 'boifie' baru...Hahaha..

Jeng jeng.. boleh tak nk introduce sbg Mr Black? Sebab dia sgt hitam legam. Berkilat2..


Baunya wangi..Harum semerbak...

Matanya bersinar2...

Badannya tegap dan gagah..

Walaupun agak kecil, tapi comel.



Ingat lg aku kata ttg 2 azam yg aku nak capai? Kat sini kan aku de citer..Tapi sbb riak sikit mase tu, tertunda2 la azam nih...


Agak2, korang dah tau kan sape Mr Black aku ni?
;)

I'm loving it.

_MsMasochist_