Monday, December 31, 2012

It's New Year!


Alhamdulillah.. 2012 come to its end, welcome the new hope, new day, new life, and new year. Another chance that Allah give to us, to fill it with bless, happiness and grateful.

Aku harap..tambah lagi angka pd umo nih..makin bertambah la kematangan tuh..Azam ttp dilaksanakan!! Senyum je, jgn tunjuk masalah dlm dada.. Tp jangan sampai dihenyak org..

I will miss my 2012. But there's always goodbye, isn't it? Aku harap hari umo aku genap 23 nanti, tak jadi mcm 2 tahun sebelum ni. Oh gosh, no more emo2 lah!!

Harapkan kerjaya yg stabil, ekonomi yg mantap, ma n babah sihat2 selalu, dan last but not least...jodoh yg baik.. amin.. Gatai jugak..hahaha

Allah, terima kasih kerana masih memberi peluang utk aku bermanja dgn ibu bapa ku. Aku mahu trus membahagiakan mereka seumur hidup. Dan aku berharap, moga umur mereka lebih panjang drpd ku.. Amin

Pagi td, aku bangun pukul 5.30. Ma pun bangun, siap masakkan air suh aku mandi air panas. Terdetik hati, kalau ma da takde lagi nti, boleh ke aku terus hidup mcm skrg? Nauzubillah.. Allah, panjangkanlah umur ibu ku, umur babah ku..Aminnn..

Well, aku bukan jenis yg sambut new year kat dataran ke hape.. Just aku mohon, 2013, please..pleasee...pleeeaaassseee be nice!

Tuesday, December 18, 2012

Buat aku tersenyum


Senyum. Kalau aku senyum pun, tak tau senyum yg mcm mana. Aku ingat, aku habeh kuat da. Rupanya tak gak. Kalau dulu rapuh. sekarang reput. Jentik sikit, berderai-derai agaknye. Kenapa la susah sgt nk terima dgn hati terbuka.

Penah tak nangis-nangis..tp boleh tergelak?.. Bukan ade ape yg lawak pun. Tp menggelakkan diri sendiri. Nak gelakkan siapa lg?

Ambil masa utk tersenyum ikhlas lg.. Tapi, nak seperti dulu? Maaf, aku bukan hipokrit dlm bab-bab jiwa raga ni.

Bile dah melepaskan tgn, jangan menoleh lagi.Jangan datang dan pergi sesuka hati.

Sungguh, aku fed up dan give dgn semua ni. Rubbish.

Friday, December 14, 2012

Sentimental..


Katanya aku ni suke nak buat keje mcm org xde tuhan.. Dummm!! Berdengung kepala aku..Ye ke mcm tu?

Kdg2 mmg iye kot..suka ikut perasaan..suka nak ngamuk x tentu hala n cederakan diri sendiri bile marah. Tapi, i'm not going to suicide!! Astaghfirullah..


Bg aku, kalau org tgh frust, pegi pantai utk tenangkan fikiran, sgt la klise dan so old school.... Tapi..mmg tu la yg aku nak buat skrg.. Huwaaa...nak g pantai!!

Wednesday, December 12, 2012

Bila Tuhan ambil semula kebahagiaan itu.

Again.. aku disuruh kawen..

kahwin.

KAHWIN..

Katanya aku suka marah2, baran, moody sampai tanak tegur org.. Pufftt...

Katanya lagi, aku ni kemurungan.... Puffttttttt... (hidung berdarah je rase...)


Dah nampak simptom2 anak dara tua ke aku nih? Ohmaiiiii....somebody!! Tolong kawen dgn saya!!!  What the puffftttttt...

Jadi...makanya...dengan ini, tanggal 12.12.12, aku mengisytiharkan.......tahun depan aku berazam takkan bwk muka bermasalah ke opis lagi..!! Hahahaha kelas kau jahhh..

Aku rasa boleh tahan lg bile bos kicik soh aku jgn masam2 kt opis ... Katanya whole unit x boleh buat keje tambah2 si cik kicik molek adek manneess...Huyoo..ade power gak haku nehh..hahaha.

Tapi aku xtahan bile di suatu ptg yg hening, ketika berbual dgn sorg cik kak tuh, dikatanya aku akan mengalami kemurungan kalo tak kahwin.. Makanya, aku disuruh cari jodoh di laman soosiiiiiaalll aka facebook.

Tolonglah makcek...saya akan bertambah murung,tertekan dan kegilaannn dgn cinta muka buku tuh! Nauzubillah.

Allah bg aku bahagia.. Tersangat bahagia.. Tp, lupa. Dia pinjamkan je. Skrg Allah ambil balik. Bahagia tu buat aku lupa diri. Bahagia tu jugak yg hampir buat aku mintak mati. Dan tlg jgn ditanya knp aku moody kalau cuma utk amek tahu, tp bukan utk tenangkan aku. Sebab aku tak perlu semua tu.

Aku bertahan. Masih bertahan. Jgn mintak aku bersabar. Sbb aku dah x tau camne nak sabar. Aku cuma bertahan kerana aku ttp percaya, Tuhan itu masih sygkan aku. Alhamdulillah.
Tapi mungkin, aku jadi mcm ni, sbb sayang dan cinta aku, masih x sampai pada Tuhan..


So, with immediate action, walau hellsh*t camne pn masalah aku, x nak aku bwk kt opis..nanti semua org xleh buat keje sbb aura kejam membunuh yg aku keluarkan sgt dahsyat... And for sure, aku xnak dituduh alami kemuungan lg.. Hahahaha

#ampuniku Ya Allah...

Sunday, November 25, 2012

Bila harus memilih..

Aku tak tau mcm mane nk lepaskan diri.. Dan aku xtau camne nk lepaskan org lain..

Drpd kita terus tipu diri sendiri, dan menipu dia..baik kita tamatkan..

Hati perut aku mmg dah lama terbelit2 since aku kenal seorg manusia bernama If***** lagi..dan aku selalu hrap one day aku dpt jumpe dia.. Sbb aku nk dia tau, my life is better now.

Susah..susah..buat aku pening....

Saturday, November 17, 2012

Aku ingat....


Aku ingat kalau aku buat baik kat semua orang...balasannye yg baik2 jugak...Rupanya tak..belakang2, jenuh aku kena maki..

Aku ingat, kalau aku slalu berkorban utk kluarga, ALLAH permudahkan urusan hidup aku..Rupanya tak..DIA beri ujian lagi. Buat aku tersenyum dan menangis sekali..

Aku ingat, kalau aku slalu cuba positif, hidup aku jd mudah..Semua orang suka aku..Rupanya tak pun.. Mati2 aku ingat org suka aku.. Tak jugak..

Aku ingat, kalau aku sayang org..org akan syg dan terima aku seadanya.. Rupanya bila aku salah..dorang tak maafkan aku.. Dan dorang tak terima kasih sayang tu.

Aku dah faham. Buat baik berkali2 pun belum tentu org suka.. Tapi cukup la buat jahat sekali..seumur hidup org benci.

Mmg aku ni org benci agaknye..Salah kot aku ni... Aku ni blm cukup baik lg utk semua org..

Wednesday, September 5, 2012

Harapan

Hari ni mood gila babas.. Sebab..yang main dalam otak aku.. bila kita da stick dgn seseorg..kenapa kita masih mengharapkan orang lain? Walaupun kita selalu tahu.. it won't happen. Tu semua angan2 yg akan takkan jadi kenyataan. not even  a chance. And always at the end,harapan tinggal harapan. Hopeless.

Saturday, August 4, 2012

Puasakah kita?

alhamdulillah.... dah separuh bulan ramadhan kita berjaya harung.. goshh.. aku masih belum sempat jejak kaki ke masjid utk terawih.. shame on u!! oh.my bad. huhu..

Aku rasa tahun ni puasa berjalan lancar... macam biasa. walaupun sgt lah kesian sbb kena berbuka sorg2.. Bukan takde org nk di ajak berbuka sama2, tp aku yg lebih suke memencilkan diri. Nape tah.

Tak sabar gak nk raya rasanya.. tp cuti sampai selasa shje.. then start keje balik.. huu..ape yg best. malas lah nk amik cuti lgsg.. sbb raya Ahad, tak guna lah cuti. malas..malas..dan malas.

Sama je raya ni.. yg penting dapat makan rendang, lemang, kuih raya, tgk movie kt tv, dan lepak kat rumah. tutup pintu kalau malas nk layan orang dtg. Hahaha..sungguh aku kejam. sebab, aku pun x beraya kt uma sesape, hatta uma jiran terdekat sekalipun.. Mmg aku ni hantu yang x suka beraya.

Skrg, nawaitu..nak cuba berubah. nak cuba menerima dan memberi. hihihi.. Harap2, ape yg aku buat ni betul. aku x bercadang nak jd mcm dulu lg.


Lastly, selamat berpuasa (lambat gile wish), hati2 memandu di jalan raya...jgn jadi hantu raya kalau tak nti x dpt beraya!! (kikiki..aku la hantu di jalan raya..gosh!)

Chow! salam.

-MsMasochist-

Sunday, June 17, 2012

My Bad


Hahaha.

Kenapa aku gelak?

Sebab aku terasa nak gelakkan diri aku sendiri. Ha. Ha. Ha..

Isk.. Pastu aku rasa nak nangis pada diri aku sendiri jugak. Memang lah aku ni bermasalah.

Masalah yang orang lain x dapat nak tolong melainkan aku yang tolong diri aku sendiri. Tapi..aku pun tak boleh. Tak boleh nak tolong diri aku. Makin aku nak lupakan, makin sakit.

Dalam kerasnya kepala aku, hati aku da lama hancur lebur. Bila aku cuba nak bentukkan jadi rupa yang asal, tetap gak tak sama mcm dlu. Kadang2, rasa benci dgn diri sendiri, dgn orang sekeliling.

Kenapa ada keterbatasan dalam perasaan dan layanan dorang pada aku? Kenapa untuk setiap apa hal sekalipun, rupa mesti diletak kat tempat nombor satu?

Sampaikan aku selalu rasa, dah takde tempat untuk aku. Selalu. Rasa.

Thanks for those who still stand with me, beside me, loving me. Tapi, maaf.. I always can't love u more than i love myself.

I am so pathetic damn block head girl.


-MsMasochist-

Monday, May 21, 2012

kau lelaki, dan mmg dasar lelaki


Boy, u are so never gonna change. At all.
Just, go to h***, and leave me alone.

Ni la sebab nape aku sgt susah nk percayekan kaum diorang dan nape aku sgt gamophobia.

But this time, u got me, fooled. At least, i found it before u're too much.

Demm.

Friday, May 18, 2012

Change for good


Hasbi Rabbi bergema ditelinga

Rasa macam dah lama je hidup ni. Tapi masih kat takuk yang sama. Takde ape yg berubah. Bila mana jalan yang kita pilih sendiri tu tak pernah nak beri kebahagiaan hakiki, kita terus hanyut.

Ape yang kita dah buat untuk berubah? Ape yang aku dah buat untuk berubah? Change for good. Be a better person. b.e.t.t.e.r person.

Bahu terasa berat. Mata rasa pedih. Kepala berdengung.

Tiba2 terasa rindu dengan suasana kalau duduk kat asrama poli atau sekolah dulu. Tambah2 kalau masa orientasi. Masa ni la mmg tak rasa macam jejak tanah langsung. Dan masa dah kerja ni. 2 tahun berturut gak la kompeni buat program muhasabah diri. Aku suka. Walaupun mulut menyumpah2 penat. Bermalam kat sana, ada qiam. Qiamulail. Alhamdulillah. Aku x missed. Walaupun masa tu memang sikit lagi dah nak tido dalam sujud. Walaupun sikit lagi dahi nak menyembah lantai sebab mengantuk sangat. Aku sukakan keadaan tu. Tapi selalu merungut dalam hati "haih..berapa rakaat lagi ni.." huhuhu.. kerdilnya diri. Sebab orang buat macam2 solat sunat, tapi aku terkial2 tanya macam mana nk buat. Nasib la dapat imam yg bagus, dia akan explain dulu. Alhamdulillah.

Tapi sejak pengurus operasi yg dah tukar ke negeri lain, dengar kata program tu dah dimansuhkan. Erm..baru hari ni aku terasa mcm terkilan.

Aku bukan perempuan yang 24 jam dengan tafsir Quran. Aku bukan perempuan yang muslimah sebenar-benar muslimah. Dress code aku pun rasanya tak fully-tutup-aurat. Ye aku sedar tu. Tapi, change for good. I'll try.

Kenapa tiba-tiba aku jadi macam ni? Takde reason. Cuma masa genap umur aku 22 tu, ada rasa halus minta aku supaya menjadi manusia, perempuan dan muslimah yang lebih baik. I'm trying.. and still.

Tapi tipu kalau kata takde ape yang provok aku. Buku. Lebih tepat, novel. By Hlovate. Mula dengan Rooftop Rant. Aku tak la rasa apa2 lagi. Tapi masa aku baca versus, hurm.. Terbalik 360 darjah plak aktiviti malam aku. Selalu headbanging dengan lagu tah hapa hapa...Sekarang tgh pasang zikir thru utube. Alhamdulillah. Dan tengah cuba nak selitkan nasyid diantara lagu headbanging dan jiwang tara ingat tu dlm handphone.. InsyaAllah.. Takkan boleh aku ubah semua tiba2..





Bila aku tanye kat kawan2 aku, is it wrong, to change for good? Dorg kata, tu adalah bagus, anjakan paradigma. Ye. aku tengah cuba.

Zikir taubat bergema menyapa hati.



Siapa lagi yang akan mendoakan ibu bapa kalau bukan anak2 soleh? Ma n babah ada 4 orang anak perempuan. Takde anak soleh yg boleh mendoakan mereka. Tapi, mampu ke kami menjadi anak-anak solehah? Allah.... ampuni kami dan ibu bapa kami..

Rasa sesak menunda2 dalam dada. Sebab aku tahu, sampai saat ni, aku masih dalam dosa dan kutukan Allah, sebab aku dah buat ma n babah sedih. Ampun ma... Ampun babah.. it was just...things are not easy for me to get thru.. Allah, berikan aku lebih masa..berikan aku cahaya. Walaupun hanya sesaat cuma, berikan aku rasa suci dengan melafaz nama Mu.

Amin.

-MsMasochist-

Monday, May 14, 2012

22, please be nice to me...


Beggar can't never bargain. But all i wish is, life, please be nice.

Whoaa...22 years old, officially..! Perasaan? takde ape. Teruja? Tak jugak. Biasa2 je. Mungkin seminggu dua ni benda x best jadi, so effect la hari kebesaran aku ni. Haha.. Hari membesar.

Cuma, dapat call dr kawan-baik-forever, Macha, buat aku agak taching2..hahaha..thanks dude. u're the best of my best friends i've ever had in this life time. Hoh..dengar2 dia da nk jamu orang makan nasi minyak..weee....

Sambut? Takde. Macam tahun lepas, aku x sambut ape, hadiah maxis 24 jam free call pun aku tatau nk call sape..Biarlah..Hati masih ade rajuk dan marah..

Wishes? Takde. Just harap hidup ni akan jd lebih baik. Lebih bermakna.. Tu la manusia kan, tak pernah bersyukur dgn ape yg ada..

Hari kebesaran ni (besar la sgt) bg aku sama je mcm yg lain. Tak excited dah nk sambut mcm kecik2 dlu..mesti nk sambut besday.. mesti buat jamuan..mesti ada kek.. masa tu tgu sekali dgn bufday along bulan 11. so, ma n babah akan beli kek, beli hadiah. mesti adiah yg sama, ada 2.. aku ingt lg hadiah ape.. sungguh, hidup dlu agak sukar. tapi kami bahagia.

Tapi sekarang, senang la jugak. Alhamdulillah. Things changed. People changed. I've changed too. Aku bukan lagi budak2 yg akan senyum gembira dpt tiup lilin tiap2 tahun... It was just, it's okay if people remember, n it's okay too if they don't.

And the most stupid part is, when I'm waiting for somebody to wish. Somebody that i hope  will never come back. Demm.


-MsMasochist-


Tuesday, May 8, 2012

Headbanging



Muse - Starlight berdegung dalam kepala. Entah sejak bile hobby headbanging ni menghantui. Sejak baca novel2 Hlovate? Agaknye. Skrg da pandai kenal Muse, Linkin Park, Coldplay n bla bla...

Mood? Takde mood. Kat opis, aku jd mereng, tah hape kena. Keluar je opis, "boleh tak saya tanak balik rumah?" Entah. Marahkan siapa? Semua.

Penat. Aku tak pandai fake atau sorok rasa marah aku. So, the best way to keep it, diam. Diam dan diam sampai marah tu hilang sendiri. Dan mereka dah faham, diam tu bermaksud marah. Dalam situasi yg lain (contoh) kalau ade orang datang merisik atau meminang..Diam aku bukan maksud setuju. Diam itu marah? Hahaha..pemerhatian dan keputusan yang salah. Entah. Aku ni seorang manusia yang bersifat kompleks. Complicated. Keras hati. Kepala batu. Macam status aku kat tagged semalam, mata ais batu, hati peti beku.

Aku tau dan aku faham, aku tengah sakitkan hati ramai orang sekarang dgn kebisuan yang menjarakkan hubungan. Tapi aku tak pandai nak bercakap kalau aku marah. Sebab kalau aku bersuara gak, tu bukan bercakap lagi, dah jadi menjerit2 pulak.Itu sangat tidak waras dan tidak betul.

Ade 5 buah 'buku cerita' yang aku kena habiskan baca.. Hahahaha. Mmg bagus la..Seksa diri, tahan mata, sampai kul 1,2 pagi, habiskan. Escapism. Cube elak dpd memikirkan masalah yg aku mmg taknak hadap.

Drop the subject.

Sorang kawan kat office nak kawen. Sangat seronok tgk dia nak kawen..Mmg keje nikah kawen ni sgt susah.. (well, i do prejudice about it) Aku tolong dia amik gmbar utk bunting a.k.a pre-wed. Hehehe... takde dslr kak yong.. Huhu..Tahun ni takmo beli.. Tapi meruap2 rasa tu..Ish2..takpe tahun ni habiskan duit untuk mr Boifie. Mau make up awk hensem2!

                            


Owh..saye hanyelah amatur...Maafkan saye...Hahaha..well, just some little help for her. Ramai nye orang nk kawen tahun nie..Bersusun..Kita pegi penuhkan perut je lah ye..Wee...

Nak qada balik tdo yg x ckup 2 malam ni. Perlukan support. Sangat2 perlu. Sebab rasa mcm dah kumpul sesak ni lama sangat kat dada.. Nak meletup. Tapi.. Mmg lebih baik aku telan dan sendawa kenyang je, sorang2 kan.

Memang aku dah biasa hidup sorang, susah sorang2 kt sini.

-MsMasochist-


Thursday, April 26, 2012

Kebas


Bukan ade orang kebas barang aku. Dan bukan aku yg kebas barang orang..
Tapi otak aku terasa kebas.. Tak tahu kenapa..kebas yg buat otak aku rasa meremang..

kena p check doc ke? malasnyerrr!!!

Alhamdulillah.. Tahun ni dpt rezeki lg. Terima kasih bos. hahaha.. Utk share dgn family yg slama ni tunjang tulang belakang aku.. MEKASEH! luv u all. Pirahh..mcm dah ucapan kt anugerah skrin plak.

Skrg, aku stop dlu dressing ala2 pompuan nie.. Kalau aku rs nk pakai nanti2, lantak la.suke hati aku. Kau peduli hape. Tiap2 hari aku pakai baju kurung pegi opis takde lak kau perli ape2..Tak pun paling kurang kau kutuk fesyen n corak baju aku. Sengal gak. Kau sorang je la yg vogue kat situ ek? haha..suke ati kau la der..


-MsMasochist-

Sunday, April 22, 2012

Pompuan Jadi-jadian...


Wah... Blog bermuka baru..ehem2..amik masa nak paham balik ni..

Okey..maghrib tadi sampai ke rumah dgn selamat lepas berjalan sakan. Ipoh-Bangi-Melaka-Bangi-Kl-Ipoh
Pheww...owh, aku dah terlalu tua utk join trip mcm ni..mmg semput dan nk pengsan jek..tambah2 dgn Cik Bella yg sakan shopping..huiii...borong x ingat org! haha

Tajuk entry tu mcm hape jek kan..tp tu la yang aku rasa bila mana aku nk berubah dr style selekeh (shirt n jeans with slipar cap ayam) kepada ladies sikit.. blouse, skinny slack n heels. aku pakai mase g melaka.. Dan aku tersentap bila ade yg mcm sindir2 aku melawa mcm tu.. Uh..tensionnye.. Sbb x tahan sakit hati, panas, dan kaki yg melecet, petangnye aku p beli t shirt made in melaka (mmg by cap ayam!) trus tukar baju n pakai slipar balik.. sampai la ke malam.. Haa..puas hati aku.. Ape jek yg aku pakai mmg semua nk di komplen.. Malam nk gerak ke bangi, aku pakai gaun pun dorg usha dgn "one kind of look"..jerk! Hish..payah la korang.Aku nk jadi pompuan pun susah.. X bg can lgsg.. dr dlu smp skrg, musti nk kondem aku.. pe mslh dia ek?

Bella yg mcm suh aku pakai ladies sikit..tapi..ni la akibatnye bila kau pompuan keras teringin nk jadik pompuan betul2 pompuan..dah jadi pompuan jadi-jadian..

That's it..pas ni, aku nk style balik mcm biasa..tanak ah aku buat mcm tu lg..kacau jek..dengki kot, aku lg vogue dr dorang..muahahaha..

*menyedapkan hati sendiri..

-MsMasochist-

Thursday, April 5, 2012

Ape kena dengan aku nih?

Komik Lawak Kampus karya Keith ade kat atas lantai. Sama gak satu buku tebal, terdampar tepi tilam. Kamus? Jangan harap la aku nk kira bape juta perkataan ade dalam tu. Novel yang dah berjaye buat aku bersengkang mata sampai pukul 2 semata-mata nak habis kan bace. Peghh..kegilaan lama datang balik.

Earphone tercucuk di lappy, tapi takde lagu yang berdentum atau berirama dlm kepala melalui telinga, sebaliknya pung pang pung pang gak aku dgr radio kt sebelah berbunyi.. motif? takde motif.

Kotak dvd berisi 16 keping cakera berbentuk bulat berlubang ditengah macam donat pun tersadai tepi lappy. Aku dah habiskan separuh, dan aku rasa separuh lagi aku nak habiskan weekend ni. Sebab aku bakal lepak di rumah sewa je. Peghh..pecaye tak? Aku yang hantu rempit balik kampung ni tak balik kampung? Entah, datang mood gila. So sesape yg rasa teringat kat aku tibe2, jenguk2 atau call lah aku, takot aku pengsan meroyan sebab tak balik kampung minggu ni.

Hari-hari adalah hari sedih. Semalam kena marah dgn brader department sebelah just sebab aku mintak refund duit customer. Alah..tak yah marah2 bro.. Kan dah sengih sampai telinga bile aku 'suap' dgn kek n kfc rini.. phewww... Ade banyak lebih, tak salah share2 dgn korang kan..? kan?? huh!


Hidup ni sama ada kita meninggalkan orang, atau orang meninggalkan kita. Kalau kita tinggalkan orang, sakit n peritnya tak sama macam orang tinggalkan kita.. Kalau kita tinggalkan orang, paling kurang rasa berat ati n sedih jek.. Tapi tetap kita tinggalkan orang tu. Move on.

Tapi kita yang kena tinggal, memang rasa mcm kena tadah jantung balik umah sebab jantung dah terlompat kuar dari mulut. meraung kuat sangat punya pasal. Hahaha! Ape pun, yang pergi tetap pergi dan yang tinggal ni la kena tetap teruskan hidup, mcm biasa kan? Ape lagi nak kena buat? Yang pergi tu, mmg kena pergi, yang kena tinggal ni la harus teruskan hidup..(brape byk kali 'kena' daaaa)

Sebab tu aku lagi suke jadi 'peninggal'...(ade ke bahasa ni?) Sebab aku ni lembik sikit bab2 kena tinggal..mau merajuk sebulan taknak makan aiskrim. Tapi, hakikat. Aku pentingkan diri. Aku lg rela orang lain sedih dpd aku yang sedih sbb ditinggalkan.. Phuii..phuii! mcm ade orang kesah jek kalau kau blah cik D! lagi orang horey2 ade!

Sebab isu ni muncul...? Ramai orang yg bagus2 dan baik2 dtg dalam hidup aku.. Dari biasa2 sampai la jadi luar biasa.. Sampai la aku dah terbiasa dia ada. Dan bila dia dah takde..aku nanar sendiri..Senang kan? I hate memories. Tu sebab aku ni rasa mcm da jd spesis tenggiling. Makan semut. Cepat lupa. Teori Lincoln tu...Ko hade? hahahaha.. Kau datang, kau pergi, aku nanar, aku lupa. kita lupa.
mmg dasar tenggiling jadi-jadian lah kau!

Aku merapu lagi. Sebab aku stress yg org tak nampak. Boleh x stress aku ni tahap cipan beranak lapan sampai pengsan, pastuh dorg hangkut aku g spital, pastuh doc bagi aku mc, pastuh aku dapat darah tinggi sebab bil spital swasta yg melambung.. Hahaha.. p/s: hantar aku kt klinik panel atau GH jek kalau aku pengsan keh!

Ape perasaan korang kalau korang bercinta dgn orang lain, alih2 kawen dgn orang lain? hahahah..bersimpang siur kejap. Otak aku senget. Aku nk g center kan balik.


-MsMasochist-

Wednesday, March 28, 2012

Shameless Confession

Harusnya aku sedar,
Dia pun seorang lelaki..

Harusnya aku tahu,
Dia pun sama macam yang lain..

Dan haruslah aku faham,
Mereka semua sama.


I'm wearing a mask now. Thicker than ever. And i'm just gonna say out this thing, go to hell with this crap!!

Nangis yang tak bawak makna apa2, cuma rasa sakit hati yang takde tanda titik noktah. Yang ada cuma ngilu yang takde paksi. Buat aku rasa macam...rubbish!

Bodohnya aku sebab masih percaya.

Tololnya buat aku rasa macam nak pecah kepala.

Biul sebab jadi macam ni.

Yep. Macam ni.

Macam sampah.

So whatever.

Friday, March 23, 2012

Senyap-senyap.. Curi-curi.. Diam-diam...

Susah nye kalau suke kat orang senyap-senyap..

Susah nye kalau pandang orang curi-curi...

Susah nye kalau sayangkan orang diam-diam...

Lagi sangat susah kalau kita sorang jer yang rasa macam sedangkan orang tu tak.


Perghhh.... tak-bleh-blah-gilakkk...hahaa

Ini situasi biasa...Semua orang at least pernah alami situasi macam ni kan? Aku memang tak bleh blah..Haha..tapi tulah..ni mainan perasaan. Hanya orang yang dapat mengawal hati perasaan jek berjaye lepaskan diri..

Aku pon tak paham..

Suke hati koranglah..

Kalo dah suke, admit it.. Kalau takut kena reject, jangan. Lupakan..Atau teruskan hobi syok dalam diam tu.

Aku mmg tak bleh kena reject. Tapi merejek aku suke. Kikikiki...

Entry tah hape2 tahap sampah sambil dengar lagu Najwa Latiff- i love you. Syiok..Kopi kaw..


-MsMasochist-

Tuesday, March 20, 2012

Kerja Nikah Kahwin

Ade orang ajak aku kahwin. K.A.H.W.I.N.

Aku? Gelak rasa nak terguling2.

Sebab aku gamophobia.. Plus, philophobia. Ape kes.

Saya tak percaya pada lelaki. Selain daripada Incik Babah, takde lelaki yang aku percaya 100%. Berani mati statement aku.

Tlg jangan mudah bagi sayang pada orang. Dan jangan senang2 ajak orang kahwin. Aku tak suke spesis manusia macam ni.. Well.. Put a high price on your love and pride. Hanya orang yang betul2 ikhlas mampu dapatkannya.Tapi bukan aku mengajar korang materialistik pulak.

Aku suke ckp "i lebiu"..mmg mcm murah n senang jek kan those magic words terpelanting dari mulut aku. Tapi, i mean it. Aku ucap pada orang yg mmg aku syg.. My friends, sisters, family..Why not?

Owh, tahap mentaliti dan pemikiran kita tak sama. Sebab aku dah capai tahap 7 petala langit..Bukan kerajaan langit ar.

Aku tak tunggu Mr Perfect. Tapi aku tengah tunggu Mr Right yg boleh hancur leburkan aku punye fobia2 busuk tu dan ubah pendirian aku 360 darjah. Masa tu, aku takkan menolak kalau dia cakap, "will u be a part of me and my life? be my wife" Peggh....cair beb macam kutub utara yang mencair menenggelamkan lautan pasifik.

Stop! Putus fius lagi malam nih.. Memang nak kena hempuk dengan tapak kasut.


Ye, aku memilih. Tu pasti.


-MsMasochist-

Sunday, March 18, 2012

Berapa tahun dah?

Hurm..saja jenguk. Nak bersihkan sikit sawang yang menghuni ruang blog. Ni semua sebab aku dok asyik melayan Tagged. Nape tah. Lately, buat apa pun malas.

Semalam aku habiskan baca 1 novel. Well, aku ambik masa 2 hari nak habiskan 1 novel. Mmg lembab. Sebab? Haha..cerita ni takde jiwang2 mcm yg kau harapkan. Tapi sangat santai, lepak dan.. gaya student.

5 tahun 5 bulan. Bukan aku nak buat review novel by Hlovate ni.. Just, time by time, masa aku asyik sangat dgn novel ni, aku baru terasa, ada persamaan dengan diri aku.

Philophobia - fear of falling in love
Gamophobia - fear of marriage

To be honest, aku ada sikit2 philophobia. Dan ada banyak gamophobia. Hahaha..mulut jek asik ckp nak kawen, tapi hati aku tanak.. Amenda la weh.

Back to the issue. Johanna dalam cerita ni sangat unik.. Dia sorang perempuan. Seorang JO dan jugak sorang ANA yg sangat pandai masak. Well.. Bukan aku nak kata aku macam watak ni, yang pandai masak, coz I am not. Tapi..cerita ni buat aku teringat balik, sesorang yg pernah wujud dalam diri aku, tapi yang dah hilang.

It's me. Yes, me. Zaman remaja aku, (sekarang remaja lagi..tapi zaman remaja kat skolah) mmg x sama mcm sekarang. Mana nak pakai blaus2 ni.. Baju fit2 pun takde.semua gedabak. Tak pandai mekap2 kuar rumah. Orang baru nk tayang gincu, aku dah cabut lari. Semak. Tak suka. Rasa rimas. Pakaian aku selamba, santai dan selekeh. Gaya percakapan pun takde nak manje2..Ganas dan taliban punya.

Tapi jejak masuk je ke dalam kompeni 3 tahun lepas, aku dah berubah. Beg mekap lagi besar dpd orang lain..Produk usah cakap la..dr mata smp ke mulut semua ada..Dressing pun dah berubah. Catwalk lagi.. Sampai adik aku cakap, "gelilah kau jalan macam ni" perghh... Salahkah aku bertukar menjadi perempuan sejati?? Uhuk3...

Sesungguhnya, saat ini..aku rindukan diri aku yang dulu.. Dia tak hilang. Masih ada, aku sorok dan simpan elok-elok. Dan tanpa sedar, ada jugak terkeluar. Yang tak pernah berubah, thinking dan fobia2 aku tu. Kan? 'ceh, ckp je taknak kawen bagai..tgk orang naik pelamin, kau dulu teringin' Demm lah..

Bila jalan sama dengan cik Bella, aku terikut2 lak gaya dia.. Suka lak tengok dressing gaya pompuan dia, kasut tinggi aku usah cakap lah..dah pandai pakai 4 inci punye..Stiletto jek aku gerun. Hahaha.. Tapi, sekarang, aku meruap2 teringin nak pakai sneakers dan t shirt besar with straight cut jeans. Santai. Mmg selalu buat..tapi aku pakai selipar jepun yang dah di naik taraf sikit. Selekeh2 jek..

Sekarang, nak g pasar beli ikan pun pakai mekap..Haru....!

Apa nak jadi ni...Perubahan hormon? Aku tak bleh blah la mcm ni.. Dulu leh macam2 intonasi dan perkataan aku leh sebut. Puaka2 belaka..Mmg la x sampai carut2 maki2.. Tapi sempoi..Sekarang, ala2 pompuan melayu terakhir la..

Kenapa? Kenapa aku rasa macam tu tah.Kenapa kena berubah?

Berapa tahun aku kena harung semata2 nak jumpa diri sebenar aku ni..?

Haila...nasib...Haila cik D..kau mmg sentimental tak tentu hala dan pemikiran melibang melibu..

Fullstop.



-MsMasochist-

Sunday, March 4, 2012

Lost World of Tambun - The Promo

Pheww...after a tired n tension week that i've been thru, on Saturday, we went to Lost World of Tambun!!


Okey, aku nk promote sikit water park nih. Memang dah bertahun2 aku duk Perak dan dah 3 tahun aku stay Ipoh, tapi ni first time aku pegi sini..hahaha..Jakun u ols..

Janji dgn 3 orang lagi geng, oh, cik Bella of coz, tak terkecuali. Seawal jam 10 kitorang dah sampai, tapi kena tgu lak 2 orang lagi geng tu sampai, so kul 11 lebih la baru dapat masuk.. Cukup kroni 4 orang, kami pun serbu kaunter tiket.. Rm 55 for one person. Mahal? Hehehe..mula2 nk bayar pun tangan terasa gigil..Tapi sekali korang masuk mmg terasa sangat berbaloiii!!

Dah salin kulit pe semua, kami tak terus terjun dalam kolam..Jalan2 dlu...Kami masuk zoo..haa, jangan tatau, ade zoo! Ada peacock, cantik2..ada ular..eii..jgn harap aku nk dekat..Cik kak 3 orang tu excited gile dgn abg pegang ular sawa, aku duduk jauh2..haha..ada burung kakak tua,kambing mbekk mbeekk..ada kucing hutan dan macam2 lagi lah.. Mmg ala2 mini zoo..sgt mengujakan!


Then kami pusing lagi, ada swan lake..ada tiger, ade kuda..dan ada tempat melombong bijih! Tin museum.. Siap demo mcm mana mendulang..Haha..aku mmg failed lah..Nak mendulang tu pun sakit2 pinggang. Rupanya ada jugak camp site dan aktiviti lasak kat sini macam rock climbing. Fuh, best.

Pastu, kami pusing lagi ke Hotspring Spa. Kolam air panas..fuh...aku takat rendam kaki tahan lagi..Nak rendam2 badan dalam air 45 darjah celsius, ampun...tak sanggup..haha..

Aku ingat aktiviti memanaskan badan ni dah habis lah, leh terus terjun dalam air..yey! Tapi tak....Hahaa..dorang nak ajak main lagi..Ada bot berayun, Aku tak tau nama dia..korang leh tgk pic kt bawah.. Ni pic aku amek dr tenet tau..

        

Hoooo..sangat gayat!!! Perut aku macam ade guli jek..haha..Sampai hilang suara..Then ada 2 lagi permainan yang kitorang naik..Aku tak penah naik benda2 macam ni, dan aku sangat gayat, takut pd ketinggian..Tapi, aku berjaye naik dgn dorongan cik Bella..syok lak aku tgk dia ni excited sgt..

Pas makan junk food sikit, aktiviti lompat dlm air bermula! Hehe..pusing 2 round kolam dgn pelampung..Hujan renyai2 pun kami tak peduli.. Dan adegan lucu bile cik Bella tiba2 turun pelampung sampai semua orang terbenam dalam air. Hehehe..

Aku gak mencabar diri naik gelongsor dengan Bella. Adui, terlebih gula budak ni. Apapun, hari sabtu yang sangat best..Tempat ni juga sangat best kalau nak dibanding kan dengan Desa Water Park..huuu..

Oh ye, nak balik, kalau kita pulang balik gelang lost world (pass for entry) kita akan di refund rm 10 tau..haa..untung kan? Jom p ramai2!!

p/s: x banyak pic aku dpt snap sebab bateri kong..huhuh..byk pic pd cik Bella, sok aku nk upload..


-MsMasochist-