Tuesday, January 10, 2012
Amalina Che Bakri
Kuala Lumpur - Isnin - Ribuan ibu bapa Meleis seluruh Malaysia merayu Kementerian Pelajaran supaya memastikan tidak ada anak berbangsa Melayu Islam mendapat semua A1 dalam keputusan SPM yang akan datang. Mereka membanjiri perkarangan Kementerian Pelajaran di Putrajaya sejak Asar tadi sebagai tanda kerisauan anak mereka akan menjadi blondie babe Edinborough seperti Amalina Bakri. Amalina Bakri ialah pelajar 17 A1 dalam peperiksaan SPM suatu ketika dulu dan sejak belajar di luar negara sudah berubah dari imej muslimah ke imej NIAMAH!
"Biarklah anak saya yang seorang tu tak muncul dalam surat khabar masa hari raya ucap Selamat Hari Raya dari London. Biarlah dia tak merasa main salji masa winter. Biarlah hasrat saya nak import kereta pakai student AP tak tercapai asalkan gambar anak saya rambut blonde pakai leggings di Facebook tak menjadi topik trending Twitter. Bagilah sahaja dia semua C3. Biar mati masa depan jangan mati adat! Saya takut sangat anak saya jadi topik trending macam si Amalina itu"
Sementara itu Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menimbangkan permintaan ibu bapa yang kerisauan ini. Beliau dipetik menyebut;
"Saya dulu pun belajar Universiti Malaya sahaja. Elok aje jadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi kalau student Melayu tak cukup A1 untuk overseas pun tak apa. Kelak mereka pun boleh jadi menteri macam saya. Ye tak? Biarlah anak bukan melayu sahaja kesana dan rosak akhlaknya"
* * * * *
Okeh, ayat dan gambar di atas aku petik (copy paste) dr 1 emel yg kitorg terima kt opis ptg tadi..wah..hangat kejap la chatting room opis bercerita pasal nie..hurm...Ape lagi nk dikatakan...kita x leh menilai dan jauh sekali utk menghukum Amalina. Sebab? Kita sendiri pun belum tentu berdiri tegak. At least, kita perlu nasihat dan guide dia dgn baik. Dan aku rasa mcm tipu jek ayat2 yg tertera tu..Takkan la cetek sangat pemikiran mak bapak sampai merayu kementerian bagi c3 kat anak2 dorg? kalo anak korg xde mase depan, abeh nk jadi ape pulak? ade seorang sahabat bgtau aku, semua ni depend pada diri kita sendiri. Ada yg bertahun2 duduk oversea, tp xde lak over. masih tau adab dan adat sebagai gadis beragama islam. Tepuk dada tanya lah Iman...hurm...
Jujur, aku frust tertonggeng2 tgk dia jadi mcam ni..siyes. x tipu. Sebab. aku jadikan dia contoh untuk aku berjaya. Yes, I did well in my exam. Tapi, rezeki aku tak sebagus dia. Alhamdulillah..Aku bahagia macam ni. Cukup rasanya kot?
Aku tau, sebarkan gambar2 dia pun dah macam menjatuhkan maruah dia..so aku tak berhajat nk letak gambar dia yang tak berapa elok..maaf..korang boleh g tgk kt tempat lain...
Yang aku terkilan, ayat2 dalam blog kat atas ni macam kurg asam jek.siap kuar perkataan2 x elok (aku dah delete.My blog isn't a porn site okeyhh)
Lagi 1, TPM keluarkan kenyataan mcm berbaur perkauman?Biarlah anak bukan melayu sahaja kesana dan rosak akhlaknya
Ops, yg ni sy tak mau komen ape2...mungkin niat Beliau hanya nk meluahkan rasa kesal. Tapi ade betul nya.
Kalo korg nk tengok live web cam thru skype dgn amalina nie, ade reporter yg buat..meh, cek blog dia.
Ape pun, Amalina tetap berjaye dalam studi dia..dan kita harap dia bakal balik ke Malaysia dgn kejayaannya. Kita doakan yg terbaik utk dia okeyh..
p/s: diri sendiri x betul, malu nk betulkan org lain.
_MsMasochist_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment