Tuesday, January 31, 2012

Shoot sana sini

menara senget...tak penah lagi aku jumpe antu mcm kat paper tuh...tp, mintak jauhkan!!


Pelamin

Dan pelamin lagi?

U light up my life...


Lagi2 pelamin!

ladang teh Cameron Highlands






Pantai Teluk Batik

Hahaha....dia tgh melahap..Taman Paya Bakau, Lumut (aku sgt takot kt dia)

my baby u...are the reason i could fly..

Aqil Danish with his Ibu...
Some of my personal collection in 2011. Sangat best. Hahaha...
Aku suke shoot pic. Actually tu pun pas dipengaruhi oleh sorg kaki Dslr. Tp sy x dek dslr. Haha..

Tapi, biasalah..dah byk sgt gambar, malas nk g print. Dan malas nk edit kasi effect n lighting lebeh.
Ikut mood.

p/s: perasan x, gamba pelamin ade lebih? hahaha.. Aku sgt suke amik gamba pelamin...hihihi


_MsMasochist_

Sunday, January 29, 2012

Run for your life!

Orang lain dah start berlari.. Aku masih terkedek2 melangkah.. Malas. Letih. Tak teruja langsung.
Jawab 1 kuiz dlm magazine Cleo, baru aku tau, yg aku ni bermasalah dlm kerja. Need motivation wok. Kenapa aku rasa mcm ni? Lelah.

Tiap kali customer masuk ke pintu ofis aku, rasa sebal membuak2.. Kadang2 rasa menyampah gila, sampai sanggup tunduk jek hadap fail tah hape2 atas meja. Masa tu, mmg sgt depresi. Tak tahu kenapa. Kesian dorang. Mintak maaf. Mmg aku ni la spesis2 customer service yg sampah mcm dikatakan orang ramai tu. Yang hanya tahu buat muke mcm kuda dan membentak2 customer. Ops, takde la sampai bentak2.
Dear valued customers, korg dah byk ajar aku utk matang dalam hidup. Yes, mcm mane nk hadap kerenah manusia yg lg kuda drpd kuda! hah..hambek ko. Bukan semua customer bagus. Dan takde lak aku nk tuduh customer tak bagus. Tagline 'customers always right', bagi aku tipu jek. Byk lg auta dorg. Kami pun terpakse fake utk melayan kerenah korang..maniskan muka. Dah terang lg bersuruh kat setiap prosedur perkhidmatan kompeni, tp customer ttp nk komplen.. Kenapa kena mcm ni. kenapa kena mcm tu? Bila org ckp dah arahan, tak reti2 nak faham. Lagi nak komplen pasal kitorg buat muke jamban? Alahai...adik2 abang2 yg duk kat kaunter customer service tu pun manusia gak la..bukan robot.. Eh, agaknya korg igt kami ni tak bleh ade perasaan.

Huh, berpeluh aku taip statement kat atas.. Silap gaye kena boo plak nanti. Aku bkn sekadar customer service, tp keje mandatori jabatan pun kena gak aku siapkan. Ade deadline, ade keje melambak2. Bukan takat, layan orang dtg, leh sembang2 kosong. Still orang ckp aku takde keje, santai n lepak2. Hampeh.

Aku jadi lelah.. Orang sekeliling tambahkan lagi lelah aku. Semput usah cakap lah. Ko tak tahu apa bro. Ko tau menda ko nak, settle.

                                    

Dorang sgt suke tgk aku mcm ni.. Sorg pun taknak jerit kat aku, 'Run! Run for your life!'
takpe.. biar aku jerit kt diri sendiri.. "Run, now! RUN!!!"

Aku tak kemana2..cuma aku perlukan motivasi jer. Tapi, manusia dan environment, sgt2 mempengaruhi aku.

Dah, entry ni sampah sarap. Tapi aku tak harap nk jadi sampah masyarakat.




p/s: Aku mmg benci berhujung minggu kt umah sewa. sgt x best. mereng. Tu sbb aku lg suke balik kampung.



_MsMasochist_

Saturday, January 28, 2012

Ayah dan Ibu..

Ayah dan ibu...Ayah dan ibu....itu permulaan kami..dapat melihat bulan dan matahari...


Selajur lirik lagu Sudirman mengusik2 hati aku. Rindunya pada ma dan babah...hanya ALLAH yg tahu. Mungkin sebab aku tak balik minggu ni, sedangkan tiap2 minggu dah jadi kebiasaan dan rutin utk aku balik kampung..

Dulu, ma dan babah beria-ia suruh aku apply tukar ke cawangan berdekatan kmpg. Mmg aku yang tak nak. Aku cakap, dah seronok duduk cawangan utama ni. Kat bandar besar walaupun aku bukan kaki rayau.. Boleh belajar berdikari. Tahu nak uruskan sakit pening sendiri. Dan ada rasa nikmat tak terkata tiap kali ma sambut aku kat muka pintu bila aku sampai kat kampung.

Baru-baru ni bila kakak cawangan yg dekat kmpg tu nak apply tukar shah alam, Bos lak tanya aku. Nak balik kampung ke. Kalo nak, dia takde masalah utk pertimbangkan.. Tapi aku yg mati2 taknak..

Skrg.. peluang tu dah ade.. Aku rasa kalo aku apply mungkin dorg bagi.. Tapi masalahnya... Aku rasa syg tinggalkan opis dan kawan2 kat caw utama ni..Dalam masa yg sama rindu pada ma n babah mcm membuak2.. Kenapa ye?

Aku berserah pada takdir. Mungkin ada hikmahnya. DIA lebih mengetahui. Dan aku, hanya mampu redha dan berserah.



_MsMasochist_

Thursday, January 26, 2012

Kerja cari makan, cari duit

Minggu ni 3 hari je kerja. Alhamdulillah...

Tapi dengar2, sabtu pun kena kerja jugak..Gosh! Please!! Saya nk balik rumah jumpa ma! Err..dan nak tgk cerita hindustan jugak..

Tarik nafas....fuhhh.....Okay, takpe, kalo incik Bos suruh kerja jugak, kita kerja.. Kerja utk memberi untung pada kompeni agar gaji dpt dibayar tepat pada masanya..*senyum maniss

Takpe, kita kerja untuk cari duit, nak makan, nk bayar berokband, nk bayar moto, nak bayar itu, nak bayar ini, nak shopping..hehe..Duit tu, duit halal...Takde sape leh pertikaikan..

Cumanya....agak terasa bila dikatakan mcm takde keje kat opis..Aih, bukan takde keje..Takkan takat nk gurau senda dgn kawan sebelah pun leh dikatakan mcm tu? Kecik ati tau.....Seolah2 kami ni makan gaji buta...Gi kerja..buat2 bizi, main2, cukup timing, balik rumah? Tidak....Bukan mcm tuh!!

Tambahan, ada yg tuduh kami suke mengadu2 pada bos.. Hello!! Jumpa bos pun maleh, ni kan plak nk ngadu2..Watpe nak ngadu2...tak baek maa...Kalo salah, kami kata salah.. Kalo betul, kami kata betul...Tolong tgk diri sendiri, betul ke tak, baru leh tuduh org lain ngadu2 pasal kamu.. Hish2...Aku takkan pernah membodek n mengadu tak tentu hala utk naikkan diri sendiri.. Tak kemana pun semua tu.. Dan incik Bos aku, bukan sorg yg makan bodek. Dia makan nasi.

Arghh! Semua ni buat aku stress! Demam datang balik. Perut dr petang td buat protes main lagu metal rock jek. Tekak terasa-rasa sakit. Tidak.. Tidak..Takmo sakit lg..Aiseh...



Mood: mcm lembu2 yang bertempiaran di tengah jalan raya dan dihon bertalu2 oleh pemandu2 rakus.


_MsMasochist_

Tuesday, January 24, 2012

Mati itu pasti. Hidup, InsyaAllah

Alhamdulillah. Alhamdulillah... Alhamdulillah...... Ye, aku sembuh. Terima kasih Ya Allah. Kerana telah mengingatkan aku tentang mati dan memberikan aku amaran tentang hidup.

Sakit tekak melampau dan demam terkawal sabtu lepas, sangat seksa. Tak dapat makan, minum, bercakap, mahupun menelan liur sendiri.. Sangat seksa. Ma masakkan bubur nasi, lepas 2 suap, aku menangis sebab terlalu sakit. Sebenarnya, yang lebih sakit adalah hati. Bukan kesalkan kesakitan tu, tp baru terkenang masa sihat dan betapa tamaknya aku menelan makanan. Ya. Dan rasa terharu dengan layanan ma. Rasa sgt2 sedih. Ma masakkan seperiuk besar bubur nasi, tapi 2 suap yg mampu tertelan. Aku menangis lagi. Tak boleh bercakap dan terus nangis. Baru rasa sengsaranya tak boleh makan..tak boleh minum. Perut masa tu, pedih menahan lapar.

Aku tak suka org tengok aku nangis. Sangat elergik. Sebab tu, aku bangun dan nangis sungguh2 dlm bilik. Dah lega baru duduk balik kat ma. Sangat seksa. Kenapa aku nangis beria-ia pun aku tak faham. Just terasa nak menangis mcm tu. Rasa sakit sangat2. Sampai ma kata, "mak sedih tengok anak mak tak boleh bercakap, mak rasa mcm nak nangis sama".. Tapi ma cuma tersenyum..sebabnya, aku dah makin meleleh2 nangis. Sangat2 terharu..

Petang, pas babah balik, pas maghrib gak aku dibawak ke hospital. Tak ramai orang, dan aku terus daftar. Jumpa doc, dia ckp dlm tekak dah bengkak. Ambil ubat, dan beredar.

Lepas tu, minum air suam, dan mkn sup ayam, baru leh bercakap.. Alhamdulillah...rasa mcm setahun x makan..huhuhu..

Sakit tu hanya sembuh sepenuhnya hari isnin. Ye, aku dah boleh menjerit kat adik mcm biasa, gurau2 dengan ma, dan nyanyi lagu Asmaradana sambil baca novel RAM. Memang cuti tahun baru cina paling bersejarah, 90% dihabiskan kat rumah.

Yang paling aku nak mention kat sini, terima kasih ma, sbb jage sy masa sy sakit, baring sebelah, tlg habiskan bubur sy (hehe) dan sgt sygkan sy..sy syg anda juga, bonda terchenta! babah n adik beradik, terima juga ye amik berat....syg kamu semua...

Sekarang siang cuacanya sgt terik dan panas, minum air banyak2..kurangkan minum ais dan makanan pedas kalo korg tanak kena macam aku. siyes, serik.

Mati ku adalah pasti. Tapi terus hidup, insyaAllah.

_MsMasochist_



** Tajuk entri ni memetik ayat popular dlm rangkaian novel Laksamana Sunan, by RAM.

Friday, January 20, 2012

CUTI

Aku akan bercuti..4 hari kan kerajaan kasik dlm kalendar?

Blog ni pun akan cuti kejap la..


Sakit kt tekak, tp rasa lumpuh 1 badan..nikmat menguap pun da x boley rasa..pedih..

Mungkin aku banyak ngutuk n ngumpat orang? =( mane ader....oke2, ade sikit2..

Tak sabar nak balik awal2 pagi esok, jumpa ma tercinta, nak mengadu kt dia..sakitnya...

Kat sini, konfem2 tak jage diri sendiri..Main redah jek..

Tapi sakit mcm ni, ma masak sedap2 mcm ne pun rugi, sebab aku tak boleh makan byk2..uhuk3...sape nak habeskan nanti..? ops, lupa..bukan sy sorg kuat makan..hahaha..


Alhamdulillah..impian hampir tercapai..beberapa langkah lagi, menuju kejayaan..InsyaAllah..harap2 takde la halangan lg pasni..

Mekaseh kt brader terbaek sy yg byk tolong..huuu..mmg kena la tunaikan janji nk belanja mcD nih..


Henfon da makin sunyi tiap2 malam sekarang..takde orang nk mesej sy lg? call2 ke..? Hehehe..

Nak sambung tdo..erm..aku mengigau td..kesian kakak aku, terkejut dia..Lama da aku tak ngigau mcm tu kot. ape kena tah..

Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti kawan2...hati2 di jalan raya..

_MsMasochist_

Redha

Allah bagi sakit, utk menghapuskan dosa2 kita...

ALLAH bg SAKIT pada AKU..untuk aku REDHA dan mengingatkan aku kepada KEMATIAN.

Alhamdulillah.

Wednesday, January 18, 2012

FLASH MOB: Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA



Wow...WOw...dan WOW....

x sangke...seronok jek dorg nie buat...
hurm...bagus2..sy suke...bg berbintang2 utk flash mob ini..sy rs sgt teruja..
sape2, sy teringin nk buat flash mob jugak..boley?

Sunday, January 15, 2012

Apa yang kita lihat, tapi tak nampak

Aku ada seorang kenalan. Setiap kali jumpa dia, muka dia biasa je. Tak senyum, tak masam. Natural. Tapi bila dia mula buka cerita pasal keretakan rumah tangga dia, aku perasan, dia cuba sehabis mungkin nak sorok semua sengsara tu. Yup, she's the tough woman i've ever met after my mom, of course. Sekarang, dia dah berpindah, tapi dia masih fight utk masa depan dia dan anak2. InsyaAllah, semoga dia berjaya.

Apa yang aku cuba maksudkan kt sini, kita lihat, kita tengok seseorang tu, luaran dia biasa2 jer, tapi kita tak nampak ape yg dia cuba sembunyikan. Terutama kesedihan. Susah nak jangka.

Dah byk cerita aku dengar pasal kecurangan suami ni. Dari bisik2 khabar angin dan jugak real story dpd sorg isteri sendiri. Kenapa ye, dah berpuluh2, berbelas2 tahun bersama, ending sangat haru. Ada jugak, tak sempat sambut ulang tahun pertama dah dpt tau suami curang.

Kecewa. Pasti. Aku tak faham, sebab selalu sgt aku dengar cerita2 mcm ni, tu yg buat aku paranoid dgn perkahwinan? Mungkin. Sebab aku rasa, semua tu untung rugi nasib kita. Hidup ni sendiri 1 pertaruhan. Menang atau kalah, itu bergantung pada cara kita go through.

............................................................................

Maaf...atas sebab2 yg x dpt dielakkan, aku x dapat nk tulis habis entry ni, byk menda aku nk cerita, tp otak stuck. Atas sbb mood jugak. Haih, sampah betul.

_MsMasochist_

Yuna Feat Qi-KL KITA : fan made video



Apekah benar mereka in love? kata teman, tp mesra kah? malas amik tau..
Lagu ni sweet. Teringat nk searh, thx to Metro Ahad.

2nd album of Yuna, Decorate, Jan 2012.

Sekian, Mekaseh.
(unofficially promo for Yuna)

Wednesday, January 11, 2012

Jodoh?

Setiap daripada kita semua dah ditentukan jodoh. Dah tertulis di Loh Mahfuz. Dan siapalah kita untuk menyoalkan, kenapa kita bertemu jodoh dengan orang ni, bukan dengan orang yg dah lama kita sayang.

Sebab? Kenapa nak soalkan sedangkan jodoh itu termasuk dalam rahsia Allah yang kita tak layak tahu tapi kita layak untuk minta.

" Ya ALLAH, kurniakanlah aku jodoh yang baik. Yang mampu menjadi imam solatku, yang mampu menjadi nakhoda kehidupan ku, yang mampu menjadi peneman setia ku sehingga ke akhir nyawa "
InsyaAllah, perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik.

Persoalannya, cukup baikkah kita untuk mendapat jodoh yang baik? Berserah..Kita hanya mampu merancang, tapi Maha Kuasa Allah yang menentukan.

Bercinta boleh bertahun-tahun, tapi kenapa dalam sekelip mata boleh bercerai? Kerana jodoh itu tak panjang dan juga tak berkekalan. Allah telah menetapkan jalan hidup kita begitu. Alhamdulillah. Allah sayangkan kita, dan ingin memberi ujian untuk melihat kita tabah ataupun kalah. Wallahualam.

* * *

Mood? Hati tengah rawan. Pagi tadi ada sahabat cerita ttg tekanan disuruh kahwin. Kahwin pun kena suruh? Kalau jodoh x sampai lagi..macam mana nak buat nya..Dosa kita ke? Salah kita sebab x berusaha? Tu yang aku x berapa paham dgn manusia dan makcik2 pakcik2 yg bertahun2 jadi jiran tetangga nih.

Bila sorg tu dah besar, dah keje, dah ade steady life, wajib kawen walaupun umo baru masuk 22-23 tahun? Ape nih..Aku tau, kawen awal tu diharuskan kalau berkemampuan. Tapi tahukah korang...bahawasanya kami spesis2 bergelar PEREMPUAN ni, malu nak pergi meminang lelaki yang kami suka...? Kami malu nak minta seorang lelaki yang belum tentu mahukan kami utk jadi suami..?
Dan kami x mampu nak buat dorang mahukan kami. Boleh faham?

Ape masalah korang kalo kami x kawen lagi? Masa muda ni la kami nak kumpul harta dan nak balas balik budi dan jasa mak bapak. Korang sibuk2 nak suh kami kawen. Mentaliti korang sgt bermasalah. Maaf, angkuh pulak aku rasa statement ni. Tapi, aku masih nak berbakti pd mak babah aku, dan hidup aku belum stabil mcm korang2.. Perempuan, bila dah kawen, syurga pd suami. Jadi, izinkanlah kami mencari syurga dan keredhaan ibu bapa dahulu...Tolong, jangan sempitkan lagi pemikiran anda yg da sedia sesak.

Bila ada lagi org tanye aku pasal kawen, aku nk jawab, bila suami makcik nk masuk meminang?

Puas hati?

_MsMasochist_

Kenapa nak tunggu ?

Apa yang ditunggu..Tunggu siapa?

If u keep waiting for the one who's totally not in love with u, then u'll be blind for someone that has been hoping on u for ages..

Renung-renungkan..dan toleh ke kiri dan kanan. Dah? Perasan sesuatu? Siapa di sisi kamu, saat kamu sedih, susah, kecewa dan gembira?

Dan bila kamu sedang gembira, kamu pergi kepada keluarga dan kawan2, sedangkan dia tetap tunggu utk kamu berkongsi dengannya, walaupun harus menunggu utk menjadi orang yg terakhir.

Bila kesusahan, dia pula orang pertama tempat kamu minta tolong.

cuba tengok sekali lagi...


Ada?


_MsMasochist_

Tuesday, January 10, 2012

Amalina Che Bakri

 

 
Kuala Lumpur - Isnin - Ribuan ibu bapa Meleis seluruh Malaysia merayu Kementerian Pelajaran supaya memastikan tidak ada anak berbangsa Melayu Islam mendapat semua A1 dalam keputusan SPM yang akan datang. Mereka membanjiri perkarangan Kementerian Pelajaran di Putrajaya sejak Asar tadi sebagai tanda kerisauan anak mereka akan menjadi blondie babe Edinborough seperti Amalina Bakri. Amalina Bakri ialah pelajar 17 A1 dalam peperiksaan SPM suatu ketika dulu dan sejak belajar di luar negara sudah berubah dari imej muslimah ke imej NIAMAH!


"Biarklah anak saya yang seorang tu tak muncul dalam surat khabar masa hari raya ucap Selamat Hari Raya dari London. Biarlah dia tak merasa main salji masa winter. Biarlah hasrat saya nak import kereta pakai student AP tak tercapai asalkan gambar anak saya rambut blonde pakai leggings di Facebook tak menjadi topik trending Twitter. Bagilah sahaja dia semua C3. Biar mati masa depan jangan mati adat! Saya takut sangat anak saya jadi topik trending macam si Amalina itu"

Sementara itu Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menimbangkan permintaan ibu bapa yang kerisauan ini. Beliau dipetik menyebut;

"Saya dulu pun belajar Universiti Malaya sahaja. Elok aje jadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi kalau student Melayu tak cukup A1 untuk overseas pun tak apa. Kelak mereka pun boleh jadi menteri macam saya. Ye tak? Biarlah anak bukan melayu sahaja kesana dan rosak akhlaknya"

 


* * * * *


Okeh, ayat dan gambar di atas aku petik (copy paste) dr 1 emel yg kitorg terima kt opis ptg tadi..wah..hangat kejap la chatting room opis bercerita pasal nie..hurm...Ape lagi nk dikatakan...kita x leh menilai dan jauh sekali utk menghukum Amalina. Sebab? Kita sendiri pun belum tentu berdiri tegak. At least, kita perlu nasihat dan guide dia dgn baik. Dan aku rasa mcm tipu jek ayat2 yg tertera tu..Takkan la cetek sangat pemikiran mak bapak sampai merayu kementerian bagi c3 kat anak2 dorg? kalo anak korg xde mase depan, abeh nk jadi ape pulak? ade seorang sahabat bgtau aku, semua ni depend pada diri kita sendiri. Ada yg bertahun2 duduk oversea, tp xde lak over. masih tau adab dan adat sebagai gadis beragama islam. Tepuk dada tanya lah Iman...hurm...

Jujur, aku frust tertonggeng2 tgk dia jadi mcam ni..siyes. x tipu. Sebab. aku jadikan dia contoh untuk aku berjaya. Yes, I did well in my exam. Tapi, rezeki aku tak sebagus dia. Alhamdulillah..Aku bahagia macam ni. Cukup rasanya kot?

Aku tau, sebarkan gambar2 dia pun dah macam menjatuhkan maruah dia..so aku tak berhajat nk letak gambar dia yang tak berapa elok..maaf..korang boleh g tgk kt tempat lain...

Yang aku terkilan, ayat2 dalam blog kat atas ni macam kurg asam jek.siap kuar perkataan2 x elok (aku dah delete.My blog isn't a porn site okeyhh)

Lagi 1, TPM keluarkan kenyataan mcm berbaur perkauman?Biarlah anak bukan melayu sahaja kesana dan rosak akhlaknya
Ops, yg ni sy tak mau komen ape2...mungkin niat Beliau hanya nk meluahkan rasa kesal. Tapi ade betul nya.

Kalo korg nk tengok live web cam thru skype dgn amalina nie, ade reporter yg buat..meh, cek blog dia.

Ape pun, Amalina tetap berjaye dalam studi dia..dan kita harap dia bakal balik ke Malaysia dgn kejayaannya. Kita doakan yg terbaik utk dia okeyh..

p/s: diri sendiri x betul, malu nk betulkan org lain.

_MsMasochist_