Friday, May 18, 2012

Change for good


Hasbi Rabbi bergema ditelinga

Rasa macam dah lama je hidup ni. Tapi masih kat takuk yang sama. Takde ape yg berubah. Bila mana jalan yang kita pilih sendiri tu tak pernah nak beri kebahagiaan hakiki, kita terus hanyut.

Ape yang kita dah buat untuk berubah? Ape yang aku dah buat untuk berubah? Change for good. Be a better person. b.e.t.t.e.r person.

Bahu terasa berat. Mata rasa pedih. Kepala berdengung.

Tiba2 terasa rindu dengan suasana kalau duduk kat asrama poli atau sekolah dulu. Tambah2 kalau masa orientasi. Masa ni la mmg tak rasa macam jejak tanah langsung. Dan masa dah kerja ni. 2 tahun berturut gak la kompeni buat program muhasabah diri. Aku suka. Walaupun mulut menyumpah2 penat. Bermalam kat sana, ada qiam. Qiamulail. Alhamdulillah. Aku x missed. Walaupun masa tu memang sikit lagi dah nak tido dalam sujud. Walaupun sikit lagi dahi nak menyembah lantai sebab mengantuk sangat. Aku sukakan keadaan tu. Tapi selalu merungut dalam hati "haih..berapa rakaat lagi ni.." huhuhu.. kerdilnya diri. Sebab orang buat macam2 solat sunat, tapi aku terkial2 tanya macam mana nk buat. Nasib la dapat imam yg bagus, dia akan explain dulu. Alhamdulillah.

Tapi sejak pengurus operasi yg dah tukar ke negeri lain, dengar kata program tu dah dimansuhkan. Erm..baru hari ni aku terasa mcm terkilan.

Aku bukan perempuan yang 24 jam dengan tafsir Quran. Aku bukan perempuan yang muslimah sebenar-benar muslimah. Dress code aku pun rasanya tak fully-tutup-aurat. Ye aku sedar tu. Tapi, change for good. I'll try.

Kenapa tiba-tiba aku jadi macam ni? Takde reason. Cuma masa genap umur aku 22 tu, ada rasa halus minta aku supaya menjadi manusia, perempuan dan muslimah yang lebih baik. I'm trying.. and still.

Tapi tipu kalau kata takde ape yang provok aku. Buku. Lebih tepat, novel. By Hlovate. Mula dengan Rooftop Rant. Aku tak la rasa apa2 lagi. Tapi masa aku baca versus, hurm.. Terbalik 360 darjah plak aktiviti malam aku. Selalu headbanging dengan lagu tah hapa hapa...Sekarang tgh pasang zikir thru utube. Alhamdulillah. Dan tengah cuba nak selitkan nasyid diantara lagu headbanging dan jiwang tara ingat tu dlm handphone.. InsyaAllah.. Takkan boleh aku ubah semua tiba2..





Bila aku tanye kat kawan2 aku, is it wrong, to change for good? Dorg kata, tu adalah bagus, anjakan paradigma. Ye. aku tengah cuba.

Zikir taubat bergema menyapa hati.



Siapa lagi yang akan mendoakan ibu bapa kalau bukan anak2 soleh? Ma n babah ada 4 orang anak perempuan. Takde anak soleh yg boleh mendoakan mereka. Tapi, mampu ke kami menjadi anak-anak solehah? Allah.... ampuni kami dan ibu bapa kami..

Rasa sesak menunda2 dalam dada. Sebab aku tahu, sampai saat ni, aku masih dalam dosa dan kutukan Allah, sebab aku dah buat ma n babah sedih. Ampun ma... Ampun babah.. it was just...things are not easy for me to get thru.. Allah, berikan aku lebih masa..berikan aku cahaya. Walaupun hanya sesaat cuma, berikan aku rasa suci dengan melafaz nama Mu.

Amin.

-MsMasochist-

No comments:

Post a Comment