Saturday, December 31, 2011

Jangan Masuk Tandas........

Jangan Masuk Tandas....Pukul 12 tengah malam nie....serius! Betul ni, tak main2....

Sebab....Sebab.......

Anda akan keluar dari tandas tu.....tahun depan...

Hehe...Ape punye lawak da...

Oke, selamat tahun baru.. Last entry yang aku tulis ni...Ok, untuk tahun ni la.. ;p
Tahun depan (esok la) akan bertambah lagi 1 umur aku.
Macam entry yg lepas, aku mention nak capai azam aku. Tapi...maaf, sbb sy terlalu riak agaknya, semua benda jadi susah. Aku x dapat capai. Down to myself....

Takpe, let gone be bygone! Aku dah nk move forward, bukan rewind. Akan aku usahakan utk capai semua tu..Chayok!!

Sekarang mmg terasa sgt susah..tapi takpe...kesusahan tu yg mengajar kite mcm mana nk survive dan terus survive sampai la ko mati...

Semoga tahun baru ni kita sambut dgn kesyukuran dan bukannya adegan2 terlarang dia sebalik keriuhan sambutan dan bunga api di dataran...dimanakan akan terlahir benih hasil cinta selepas 9 bulan dan berakhir di dalam tong sampah.....oke, ekstrim ayat aku nih...Girls, jage maruah anda!

Adios, selamat tinggal 2011!!!

_MsMasochist_

Thursday, December 29, 2011

Don"t make promise u can't keep

Ade sorg budak asik repeat jek ayat ni kt fb dan officially chat room besen kitorg.. Ops, sorry. Bukan budak. Pakcik. hahaha..sorry Bro.

Serius, aku bukan nak komplen pasal hidup aku sekarang, jauh sekali nak merungut dan menyesal.. It's too late to regret for everything that I've been thru..Tapi, apa yang aku perasan, dalam hari2 dan detik2 terakhir countdown tahun baru ni, semua masalah jek yang datang bergolek..tang! tang! tang! And dush! Aku pulak yg tergolek. Ok2, belum tergolek lg.

Boleh kata aku ni lembab ke ape, tapi aku rasa hidup aku sangat susah skrg. Tak la tahap kena mintak sedekah kt tepi jalan..atau meneben kat Lorong Hj Taib..Nauzubillah...Tak la sampai ke situ. Just, aku fikir, aku nak capai target yg aku rasa aku mampu nk capai, tapi tiba2 ade jek halangan.. Ade jer masalah. Dan at last, aku akan down gila2 babas...Rasa nak menung2 dan tak nak bercakap dengan sape2..Kenapa eh.. Tahap ukuran kematangan dan motivasi dalaman aku dah menurun kot. Siyes, sangat rasa depresi yg mendalam.. Moral ; menyimpan untuk masa depan. Berbaloi.

Aku selalu berjanji, janji dengan diri sendiri lah paling banyak.. Janji macam2..Ok, kalau dapat gaji, kena simpan sebanyak ni, tak leh usik sampai la betul2 perlukan.. Tapi x sempat ke tarikh gaji bulan depannya, akaun tu dah kering. Betul2 tinggal rm 10 jek yg mmg tak boleh dikeluarkan. Cis, gile boros.

1# jangan boros lagi.

Bila dah selalu sangat mungkir janji pada diri sendiri, benda ni dah jadi tabiat. Well, who cares? Tak de sape peduli ape aku nak janjikan, dan kenapa aku mungkir janji. Sbb aku janji kat diri sendiri.. Tapi, lama2 bila aku berjanji dengan orang, selamba badak aku boleh cancel. Dan ringan mulut mcm xde dosa, aku cakap "sorry, lain kali keh?".. senangnya..Munafik. Kena kurangkan berjanji lepas ni.

2# zero mungkir janji.

Pasal janji jugak. Ramai yang suka janji kat aku macam2..Big Bos pun janji macam2..Normal la kan. Aku tak mintak janji. Sebab, aku tau kadang2 aku pun suka buat2 lupa janji. So, kurangkan berjanji pada aku. Aku suka tuntut janji. Kalo korang buat2 lupa pun takpe, aku x kecik hati. *tipu. Janji org buat utk dipegang.. Pepatah pun ade sebut, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Lebih kurang la. Oh, aku bukan lembu. Just, tolong jangan janji mcm2 kat aku kalau korg x dapat nak tunaikan. Serius, aku ni bendul. Selalu percaya org akan tunaikan janji kat aku.

3# kurangkan percaya pada janji.

Hati kering. Perah hati sampai kering. Aku suka statement yg aku cedok kt satu blog nih. Haha..kaki cedok, tp bukan stalker keh. Pelan2 kayuh... Oke, hati aku kering. Noktah. Hari2 jemur kat ampaian. Haha..Sebab, maybe aku rasa manusia2 jongos kt keliling aku nih buat aku jadi lebih tough. Bukan berciri maskulin lah. Tapi, interior. Rasa fungsi 'defensive' tu terlebih digunakan skrg. Sbb, sape nak jage aku kalo bukan diri sendiri kan? Kau mmg pandai cakap jek. If u can fit in my shoe, then u can say i am writing hell shi* here. wah..mencarut. Sorry.

4# bagi hati lagi kering. plus, sifar mencarut.

Enough with writing this 'tah hape2' entry. Puas, walopun aku sorg jek bace. Ok, 4 menda ni bukan la azam aku tahun depan. Perubahan aras kematangan diri mungkin? Aku malas nak celeb new year kt dataran mana2 pun. Baik aku duk uma, tgok tv, lepak2, jumpe kawan2 karok same2. Oke, itu mmg plan utk celeb kwn2 di tahun baru. so bukan celeb tahun baru. sebab aku x penah sambut pun. Final. Penin dah bace ayat sendiri. Sah sampah punye entri. Just aku harap, ade penambahbaikan dalam hidup, dan bersyukur sbb masih ade tahun depan. Setengah orang x sempat nk 'ber'tahun depan pun. Alhamdulillah.

Ok.Skrg mmg aku nak terjun atas tilam.

_MsMasochist_

demm

kalo org demm n frust nk mampo* rs nk terjun bngunan skrg, aku pun same. cume bezanya, aku nk terjun atas tilam.

demm...lupa, tilam aku dah nipis.

Tuesday, December 27, 2011

Tentang Dhia- review

Fenomena baru drama tv swasta skang nih..hahaha..ape yg aku perasan, sekarang asal ada drama bersiri baru kat TV3, mesti sibuk surirumah update kat fb.. Paling femes cerita Cinta Elysa...Wow, sgt meletop di pasaran.. Sana sini orang sibuk bercerita pasal drama tuh.. Aku? Hehe..sepanjang cerita tu disiarkan, adelah 1 episod yg aku tengok. Tu pun kebetulan sbb aku balik kampung..Kat sana ade tv..Aku xde tv, true story nih. Bayangkan...sempitnya pemikiran aku, x de tv dan x baca paper. stuck. Ketinggalan zaman. Hahaha...Nak tgk online? Maap. Tak rajin.

Ok, berbalik pada citer drama swasta nih.. Recently, aku dengar kakak-kakak opis aku sibuk nak balik awal..sebelum kul 7 musti da sampai kat rumah...Nak tengok drama hangat sekarang, Tentang Dhia.. Jeng jeng jeng....Utk peminat2, kipas-susah-mati drama lakonan Nora Danish dgn Adi Putra ni, sorry geng...Aku akan cuba tak kritik drama ni lebih2 keh..hahahaha..






Okeh...musti korg lagi arif pasal cerita ni berbanding aku yg hanye sempat tgok beberapa episod.. Rasanya seminggu sekali dua je kot..Bukan ape...Mana nk lepak kedai kopi dari kul 7 sampai 8 malam hari-hari...Nk tgok kt TONTON tu pun aku malas lah.. Just, kawan aku dok semangat sgt cerita masa Dhia mati, dibomohkan mak mentua dia (Liza Abdullah) Siap ada hantu nih semua..Aku pun macam excited nak tengok..

Then, ada episod mak Dhia diganggu oleh hantu raya belaan Tok Moh tu..Memang meremang la aku..Tapi aku terfikir, apa kategori cerita ni sebenarnya? Islamik? Kita ada slot Zehra, Jumaat 9 malam...Tapi x la islamik sgt aku tengok...Ada scene Nora Danish halau lelaki yang adik ipar dia bawak masuk rumah,dan dia tak pakai tudung. Ok, maybe dia x tahu adik ipar dia bawak lelaki masa dia keluar dari bilik..tapi free lah dia dapat penampar..hahaha.. Nak dikatakan kategori seram dan ganas 18SG, kita ada plak slot Seram pukul 9.30pm setiap malam Jumaat. (Santau merasuk tuh mcm best)..Yelah, mula2 cerita Dhia ni, banyak sgt seram dan hantu2..So, macam tak kena pulak letak kat slot Akasia. Haha..Tapi, mmg sgt hit dan top cerita nih..Undeniable right?

Pelakon-pelakonnya... Nora Danish as Dhia. Well, she's beautiful. Itu first impression aku bila tengok watak bertudung dia dalam cerita nie. Haha..dia pelakon yang bagus. Aku tengok dia mmg sgt sesuai bawak watak baik2 nih..Just maybe tutur kata dia yang agak manja tu buat aku lentok sikit..hahaha.. Adi Putra, as Zikir. Haha, dia mmg x mengecewakan...terbayang2 watak dia dalam KL Gangster.. Menusuk beb. Mantap. Tapi, utk ini, watak dia klise. Yelah, hubby yg baik, lemah lembut, baik. Well, he's the man beb! Tapi, Aaron Aziz masih teratas. Haha..Watak antagonis, si ibu mertua ku, Liza Abdullah..Haha..sangat la sesuai...Aku suka tgok dia..Kepoh..Menjadi gilalah watak dia. Siap bagi "sampah sarap" bagi anak menantu dia makan..Manusia macam ni, tak dinafikan mmg wujud dalam masyarakat kita..yang bertuhankan syaitan, berpandukan nafsu.. Tak percaya ke kite pada jodoh dan takdir? Watak Melina, Izreen Izminda (sorry kalo misspell nama dia)..Aku tau dia la pompuan jahat dalam drama nie..Dia rampas tunang si Dhia (Ako Mustapha), pregnant anak luar nikah, keje club, siap jual anak dia, macam2 lagilah! Tapi, pastu kena langgar dan koma..Tetiba, 5 tahun kendian..terkedu jap aku..sekarang, dia dah berubah dan tobat..huhuhu...ade bagus gak citer ni..

Scene paling x boleh blah yg aku tertengok, masa si ibu mertuaku tu pegi rumah bomoh...Pak boon kot nama dia..aku lupa. Siap uma tok moh tu kena pagar dengan 'garisan polis, dilarang masuk'...memang kelaka gila lah mak datin nih..Hahaa..bila dapat tahu tok moh ni dah mati seminggu walaupun baru pas sejam dorg sembang kat telefon, mencicit la mkcik ni lari..woo..berapa ekor hantu raya tok moh ni bela?? hahaha...serius, sgt kelasss...hahaha..

                                

Dengar kata minggu ni last.. Hoh, bila ek? Nak tengok lah..Banyak lagi aku nak review pasal cerita nih, tp memandangkan, aku bukan penonton tegar, tak sesuai nk tulis lebih-lebih..Takpe, mungkin aku akan membebel pas tgok episod terakhir nanti..

Sekarang, ada cerita baru yg ngetop lagi..Coklat Vanilla dengan Bunga April...semua pelakon-pelakon baru yg tengah hot...kontroversi pun hot..haha..aku x layan dah Melodi dan Mangga jauh sekali...baik aku layan bace komik. Santai...sbb bg aku, artis skrg, bagus2 semua..tp bila dah ramai sgt, byk saingan, mulalah masing2 nak guna mcm2 taktik dan publisiti murahan nak naikkan nama...Bosan la mcm tu..

Okeh, sekian entry karut marut dpd Cik D yg merapu neh..

_MsMasochist_

Thursday, December 22, 2011

On Leave

Officially rehat blogging sebab akan bercuti straight 5 hari. yeah!


Bila la dapat naik cameron lagi ni...terbayang2 dalam hujan renyai, Bee Farm Cameron Highlands,strawberry manis bersalut coklat panas. Cuaca totally frozen! Nikmat gile tak terkate beb!!


Cuti untuk selesaikan urusan dan capai target aku untuk tahun 2011. Hah. sape kata aku x dapat capai azam aku.

2010, seorang pakcik teksi yang aku naik tanya, apa azam aku untuk 2011. Aku cakap further "study n buy a car"

Salah 1 hampir pasti dalam tangan. Walaupun 2011 hanya mengira hari untuk tutup tirai, it's never too late, and it's better late than never. .

Azam yg mana 1 yg akan aku capai? hahaha... yang tak tercapai tahun ni carry forward tahun depanlah..

p/s: 7 hari carry cuti ke 2012 tp kena habis sebelum april. wah..masak lah!!!

happy holiday!


_MsMasochist_

Tuesday, December 20, 2011

Aku ni xde ati perasaan ke...?

Exhausted. Totally..tu yang aku rasa sekarang. sgt letih.

Just sbb kita x boleh terima seseorang yg dah offer hati dia untuk kita, x pasal2 kena move kat fb..Alahai...aku ingat kau boleh faham aku... Mmg hati dgn otak aku mcm puzzle. Aku pun tak faham kadang2.
Tak boleh ke kau lebiih bersabar.

Aku kena hadap macam2..Banyak benda dah berubah lately, hidup aku pun. Tapi kau x nak faham.

Mungkin, kau bukan Adam aku. Sorry. Thanks utk semua



Aku akan terus move on. Step by step. Tak kisahlah kena bertatih dan berapa kali pun aku jatuh. Aku akan tetap bangun. Dan berjalan lg. Tiba masa, aku akan berlari dan akhirnya...berhenti.. hummmm...penat. memang penat. But this is the price that I have to pay.

_MsMasochist_

Monday, December 19, 2011

Marriage

4.05 Petang
Meja Ofis
Santai

Kami bertiga berbual2..aku, Cik Bella dan Encik A.

Bual-bual kosong sambil merapu bergelak tawa. (part of our daily task)

Mulanya daripada Ombak Rindu hinggalah ke Mission Impossible-Ghost Protocol. **wajib tonton

Aku cakap " Encik A, kalo tgk wayang dengan bini, cite MI ni pun okeh. Tapi kalo nak please hati dia, bawaklah tgk Ombak Rindu. Why not? Best loh"

Tapi mati2 dia tak nak..then dia call bini dia and ajak tengok wayang. Aku rasa haruslah bini dia ajak tgk Hariz n Izzah tu sbb kedengaran keras suara dia " Renti,kan!" (Renti kan tu short form berhenti. more spesifik,' x payah ler')

Then, bila keadaan dah tenang damai semula, Encik A bersuara pulak. Dia bertanya pada Encik B yg kebetulan baru join kami open table.

" Kau kawin dah berape tahun?"

" Dah 3 tahun lebih jugaklah" jawab Encik B. Aku dan cik Bella, cume mampu dengar.

Encik A menyambung,

" My first marriage, it was 14 years, but I never felt like wanna say thank you to my ex for the years that we've spent. Tapi, dengan isteri perkahwinan kedua ni, when it comes to our very first anniversary, I hold her hand and said, 'thanks sayang, for spending this one year with me'. It was just went out from my mouth"

Sunyi..

And of course from his bottom of his heart, right?

Aku kembungkan pipi aku, dan tarik nafas. Sgt tacing, walaupun Encik A ni bukanlah seorang yang dalam ati ade taman bunga..Huu..

*   *    *

Okey.. Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, tak kisah berapa lama sesebuah perkahwinan tu, kalau kita tak rasa ia sgt2 bernilai dan tak dihargai, mungkin sangat-sangat susah utk kita say " terima kasih untuk jadi suami terbaik sepanjang tahun ni" setiap kali kita sambut ulang tahun perkahwinan.

Tapi dlm kes Encik A, dia baru setahun berkahwin dgn isteri dia yg skrg, tapi, dengan mudah perkataan magis tu dapat dia ucapkan. Tak perlu ucap I Love You setiap hari. Terima Kasih. For everything. tu pun da memadai.

Itu yang aku rasakan. Susahnya kita nak hargai sesuatu yg kita ada skrg. Egonya kita nak ucapkan terima kasih utk setiap kemanisan yang orang bagi kat kita. Hinggalah kita kehilangan dorang, baru lah, kita menangis minta maaf.. =)

Well, this whole day, aku dok cakap, " saya rasa nak kawen la " kat cik Bella sampai dia naik pelik dan heran. Haha...Motif? xde motif. Saje. Biol.

Wait, 2 entry berturut2 aku cerita pasal kawen-kawen ni ape kes? Adekah?? Hahahahaha...well I think I must get marry one day.. Sedang cari Adam. ;)

_MsMasochist_

Sunday, December 18, 2011

Ibu Mertuaku....

Pagi tadi mase bersarapan dgn kawan2 yg sama2 attend kusus induksi kompeni, pengurus yg mengendalikan taklimat dan ceramah share dgn kami tips2 untuk mengambil hati ibu mertua..woo..interesting..hehe

Antara kami (peserta) semua, yang seramai 7 orang kat meja makan tu, hanya sorg je yg dah kawen, which is kakak angkat aku dr cawangan Teluk Intan. Okeh, mmg topik itu bermula dgn nasihat ditujukan kpd beliau.
"Lya ni dah kahwin, kena pandai ambil hati mak mentua. kena layan dia mcm kita layan mak kandung kita. Baru saham 'menantu kesayangan' tu naik to the top" mcm tu la lebih kurang ayat pengurus tu..

Aku yang kat sebelah kakak ni dah tersengih2...Info ni sangat2 berguna..so itu yang buat aku rasa nak share kat blog. Haha..

Katanya lagi, apa yang penting sekali untuk mengusik hati mentua adalah body contact. contohnya, kalo kita tgk mak mentua kita dah mengadu sakit2 kaki, kita tolong2 lah picit kan.. tak payah sibuk2 nk belikan mesin urut Ogawa ke ape...dgn urutan biasa jer, sambil tu leh bersembang2 dgn dia..secara x langsung akan terdetik kt ati dia "bagus menantu aku ni" hahaha...

Dan lagi satu...untuk menjadi menantu yang dihargai dan teratas, tak semestinya pandai masak..*hehe...
Kalo dia nak menantu yang serba serbi pandai masak, baik dia suh anak dia carik chef jer kan? tapi..belum tentu menantu dia tu nak masak utk dia hari2...haha... Cukuplah kita rajin menolong...jangan la plak tau mengadap nasi jer bila orang dah masak dan tinggal suap..hoho..sgt la jatuh merudum saham anda di mata mak mentua..
Tapi, kalau nak lagi naik nama tu antara menantu2 yang lain, belajarlah memasak..malu beb x pandai masak **dusshhh...sebijik kene kat muke...hahaha

Banyaklah lagi yang pengurus tu pesan dan kongsi dgn kami..Sampai aku terdetik rasa nak kahwin lak..hahahah..gosh! Not yet cik D. belum tiba masanye lagi..sebabnya, perkahwinan tu adlh perkongsian..segalanya harus berkongsi..tapi aku masih blm sedia utk berkongsi ape2..haha

Dan lagi, pesan beliau pada kami, selagi ada hayat kita, jagalah ibu dan bapa, juga selagi ade hayat mereka. Demm..bile part ni dia sebut, seriously, berayaq dah mata ceq!! hahaha..minggu ni x balik kampung jumpa mak babah, so rs something missing..x ape, akan aku cover balik minggu depan (^____^)

Entry ni bukan la sesuatu yg aku nak kategori kan sbg sejenis spesis sampah atau pun mengarut..tp boleh kiranya aku katakan, tak kisahlah sama ada kita ni lelaki ataupun perempuan bila kite berkahwin dgn pasangan kita, bukan kite kawen dgn dia je, tp dgn mak bapak dia gak...means, kite akan masuk dlm family dia. dan otometik nyer, mak bapak dia akan jd mcm mak bapak kite, yang mesti di respek dan di jage...huhu
Sebab, kalo kite 'jaga' dorang, dorang akan 'jage' kite..maksud? hee..kalo laki kite ade la niat nak kasik kite advance payung emas kat akhirat nanti, mak mentua kite akan menentang dulu habis-habisan! haha.. win-win-situation beb!

Tips2 ni, mungkin bleh diaplikasikan dalam hidup kite, terutama utk yg dah berumahtangga tu..Aku pun kena la amik iktibar dr cerita ni..sbb selama ni aku asik ckp x nak kawen jek...hahaha

_MsMasochist_

Wednesday, December 14, 2011

Saya Budak Baru Belajar

Salam...

Hohoho..kenape kah aku gelak mcm ni?

Sebab dan puncanya adalah tak lain tak bukan kerana BLOG ini...

Mulanya just nak buat mcm online diary..yg sendiri tulis, sendiri baca...

But, lately something possessed me, dan aku rasa nk serius je dlm blogging..haha..

Bukan nak jadikan medium jual barang ke ape..just target nak kumpul followers banyak2 dan jadi otai Blog..wahaha.. *sgt besar angan2 aku neh...

Nak g carik latest manual of bloggers lah pasni..whooaaa..

Gambatte Cik Dd!!!

_MsMasochist_

Thursday, November 24, 2011

Meletop!

Macam mana nk kawal marah?

 haa..ni la persoalan yg berlegar-legar di otak aku dr smlm..penen2..aku pon xtau nk ckp or buat mcm mana lg..tensen memanjang...ape kena tah...

mase sesi penilaian dgn pegawai, aku diminta utk kawal emosi...means, jgn marah2 kalo cakap dgn customer, jangan buat muke tension kt opis n kene senyum...perghhhh!!!! permintaan ape kah itu??? atau arahan??

when it touch this kind of sensitivity, buat aku terpikir2..nmpk sgt aku ni x pandai kawal diri..serius! memang pun!! but i just can't help it out on the spot. kalo aku rs tensen, aku xde la nk marah2..tp kalo aku rs x pueh ati, rs nk moody2 or ade benda x kena baru la aku terasa nk marah...just, biasanya kalo aku tgh marah, aku xkn byk bunyik..diam n buat keje.. orang tau la aku tgh marah mase tu, sbb biasanya mulut aku la becok..

entah la..susah nk cakap..aku ni manusia biasa je. aku mmg admit sgt la, aku ni pemarah or baran sikit..tp xde la tahap ngamuk x tentu pasal..aku da cube kawal..kdg2 aku berjaye, kdg2 aku lupa diri..

aku selalu sentap dgn benda2 kecik yg biasanya org x sedar....ntah la..ape naseb la badan..

x nak pk byk2..aku just harap aku dapat belaja gak care nk ubah sikap ni n boleh kawal amarah tu...

sbb org yg paling kuat dalam dunia ni adalah org yg boleh mengawal marahnya....InsyaAllah...amin..


thanks family n kawan2 sbb masih syg sy walopun sy mcm ni...dan sy lebiu all sgt2 jugak...uhuks! :'(

-MsMasochist-

_permulaan diri yang baru...._

Monday, October 24, 2011

Aloha....my holiday!

Salam!

wallaweeehh!! fresh gile pas balik bercuti nieh...! kikiki..ala, cuti memain... sehari suntuk mengabeh kan doit dan masa di Lumut...mcm jauh jek..hahah..ahh...! x kira! yang penting aku dapat pegi pantai!

pergi berdua jer dgn bini org tu...(kakak angkat aku tu ler...) so, otw ke Teluk Batik, singgah kt Tesco Manjung utk menapau KFC..jadi le..piknik dua orang kan....then sampai jek kat pantai..aku rs excited gile...angin menderu2..laut membiru...pasir memutih...ades..puitis la pulokk! kikiki..

Puas melahap mengenyangkan perot yg memulas2 kelaparan, seterusnya aktiviti mandi!!! sewa 2 buah pelampung woo...syuhhh! sbb aku tatau berenang! yahh!!! hahaa...so..berendam jek la...mcm biasa, hampir kekejangan...tp sgt2 best! tiap kali bot yg bawa penumpang tu lalu, aku mula la panik..cuak gile! takot kena langgar..

Tapi..menda paling aku x suka kalo melepak di pantai adalah... sunburn dan.....manusia2 yg x bermoral serta x de akhlak! kenapa senang2 aku mengisytihar kan statement ni?? sbb menda ni jadik depan mata wa sendiri beb!! kuang ajar punye manusia...! kot ye pon nk menggedik dgn balaks jongos masing2..jangan la kt tmpt awam n tmpt terbuka mcm tu.. ramai bebudak kowt!! ish3..macam mana la x kena tsunami..pangai x senonoh..

Alkisah..masa syok2 mandi tu.. ade 1 grup dak2 muda ni..dok gediks2..ade bape org dak jantan tah..yg pompuan nya adelah 2,3 org..yg aku mual n rs nk melazer tuh sbb ade couple neh yg dok peluk2 dlm air smbil berenang2 la konon..mentang2 org x nampak...ape yg dorg  buat dlm tuh! ish...n they are...MALAYS! ni kang aku bukak debat budak2 melayu neh..malu2...

Then..x lama pas tu...ade 3 pasang manusia la..aku tatau la umo dorg nie..aku tgk mcm baye2 aku jek..hingus hingusan lagi..masing2 dgn balaks...huissshhh mesra alam sungguh...kalo aku ni dok terkial2 pelok pelampung, dorg peluk2 sesama sendiri..dlm nyampah tu aku jeling2 gak..tp malas nk sound sbb kang terbenam lak aku dlm laut tu...x bernisan lak kang......aku tatau adegan ape dorg buat..tp smp tertanggal la suar pendek dak pompuan tuh!!! aku ternganga ar...hahaha..kelaka2..tp tatau malu..siap gelak2 lg.."sambil nyelam minum air!" pekik member pompuan tu..mcm syiaaalll daaaa...kakak aku yg da kawen ni pon menggeleng2...aku tnye dia..sanggup x dia bercerekarama mcm tu dgn hubby dia? " x sanggup! nk buat, dlm bilik lah!"
see...org da kawen, yg da halal pon x nak buat mcm tu woo..ni dak2 tu..aku tatau la..dah kawen ke..belom ke...wallahualam...n the most damn part was.... sepasang dpd dorg yg paling daring... pompuan tu aku tgk mcm pakai singlet n shorts jek... duk ats pelampung..pakwe dia dlm air..sadisnya, kaki dia dok atas bahu si jongos tu..humangaih...! kalo dorg ckp siam ke, indon ke..biaq pi dorg lah! ni ckp melayu beb! dorg ingat ni Batu feringgi ke (spelling??) ade sotong kering oversea berjemur?? pastu nyelam sesama..ish2..berbakul2 la umpatan dan sumpah seranah aku da hamburkan ni...ish3...ape nak jadi la...huhuhu...

Ape pun..bukan niat aku nk mengaibkan sesapa...juz nk share ape yg aku alami..dah lama aku x g mandi laut mcm tu..3,4 years back dated, lama dah aku x jejak kaki kt situ..tp tercemar sikit percutian indah aku gara2 cerekarama murahan yg aku rs sgt2 x seswai ditonton oleh ape jua lapisan masyarakat..apa lahhh! ehem2..maafkan saya..teremosi pulak...

pas jenjalan di Jeti lumut dan taman paya bakau, kami bertolak pulang...waahh..sgt2 seronok berduaan dgn bini orang neh..dua2 sama jek kepala..layan laa..jgn antuk2 kepala sudahhh...anyway...menanti utk detik percutian sehari yang seterusnya...destinasi? jeng3

-MsMasochist-

p/s: x habeh cite gi nie..masa kami blah jam 2.30 ptg dpd laut, dak2 tu masih kt situ lagi..hurmm..kesian..nti sunburn..kite ni kulit org melayu...ahaks!

_Bukan menghina, bukan mengumpat, tapi hanya bercerita dan meluahkan isi hati yg membeku melihat perilaku dan sang pelaku_

Monday, October 17, 2011

Hantu?

salam.

At beginning of this post lg aku nk tergelak..adoi2.. tp tajuk mcm seram jek kan? haha..Aku dicadangkan oleh seseorg utk share cite2 seram kt opis aku dlm blog nie..tp..masa nk taip ni la dugaan yg terbesar..aku ni, bukan nya berani sgt wo..(syuhhh! keep this as a secret!) so, bila sorg2 mcm ni, nk suh taip cite antu lak, adoi la...ntah..hahaha

Okay, aku bg intro je la keh. Ofis aku, cawangan utama utk state aku ni.. Kira bangunan lama la..lama sgt..(sbb kalo korg tgok luar dalam pun mcm buruk jek)  Lif pun slow sempat la nk menyanyi serangkap lagu rap kt dalam tu sementara nk naik tingkat 2 (opis aku 2 tingkat jek) My dept, kat tingkat 1. Dept aku sebelah bilik fail. whooaa...aku selalu la gak masuk sbb nk carik fail2 berkaitan dept aku neh..x penah lg jumpe ape2 walaupun penjaga stor tu, Encik A, mmg pnh gtau ade 'sesuatu' a.k.a entiti dlm tu..haha..dia selalu kena..menda tu sorok rokok dia..tu la..sape suh nk merokok dlm tu..terbakar bilik fail tu, x ke naya??! haahaa..then kat tandas floor aku gak, makcik cleaner yg dtg seawal jam 7 pg utk bersihkan tandas tu pun da kena.. dia masuk nk buat keje dia mcm biasa la, dia nampak dak dlm tandas tuh.. aku tatau la figure dak tuh mcm mana..tp for sure, mkcik ni lari naik ke bilik cleaner kt tingkat 2 sbb takut..yelah, kul 7 kot! ne ade org lg..fuh...naik darah tinggi org tua tu..kesian... (bulu roma aku da meremang haha)

Baru2 ni ade dak baru yg training lg sebelum dihantar ke cawangan mini, dok pulun fotostat fail smp 9.30 malam sensorg..masa tu semua org da lik, tggal sekuriti kt underground jek..dia ni aku tatau la bendul ke berani, sbb sok nye dia cite kat aku sal tu, wat aku ternganga..hahaha..mana de org berani nk lepak lelama kt opis tu, sorg2 lak pas kul 9 pm woo.. Dak ni gtau aku, kalo x dia nk lajak smp kul 10 sbb senang nk kira claim, tp org sekuriti dah suh balik..haha..dia tnye gak, nape suh balik, tp tanpa jawapan pasti, dia ttp disuruh balik..hik3.. soklan cepucemas aku pada dia " ko xde kena ape2 ke? " hahaha...kejam x? tp jawapan dia lg kejam " kena ape? x de ape pun..nape, ade yg aku tak tau ke? " soklan yg berbalas dgn soklan juga..kikikiki...kelaka2..terus aku menggeleng n diam smbil sengih2..tanak la cite..nti dia x berani lak nk Ot. kalo dia x settle kan fail2 tu, aku yg kena sambung...waaa!!! tp mmg kira bernasib baik la mamat tuh..sbb kami yg otai2 kt dept tu pun x berani nk ot lebih dr kul 8 kalo tinggal berdua je ke..masa bulan pose, walopun antu setan semua kena ikat, aku juz berani ot sampai kul 7.30 or 7 sementara nk tunggu berbuka. fuh...masa tu pun da xde org weh..serrreeeem..sbb meja aku membelakang kan bilik mesyuarat yg seram dan lorong ke tangga kecemasan..(tmpt paling seram aku rasa..sbb sunyi n malap jek lampunya) haa..

tp the real thrill adalah di tingkat 2..kikiki....org admin n akaun yg kt atas tu usah cite lah..mmg dah lali sgt n selalu kena kacau..hohoho..alhamdulillah..selama 2 tahun lebih aku keje situ, x penah lg kena..n harap2 x kena la..adui..kt atas tu kira mcm loteng la..tp luas..tu sebab siling nye rendah jek..kalo aku menjengket aku leh sentuh la gak.,hik3..ade yg kena kacau, real punya..kakak akaun ni, dia kata dia dgn sorg lagi kawan dia dtg awal..masa tu xde org lg..dlm dekat2 7.30 mcm tu..masa dia tunduk hulur tangan nk on kan suis plug bawah meja, tetiba ade tgn hitam besar muncul..perghhh! (meremang lg!) menjerit la dia! berpeluk2 dorg berdua smbil tggu org lain dtg...haa.

tp jgn ingat menda2 ni x kacau org laki! sbb ade officer laki yg stayback smp maghrib kena kacau n nampak betul2 depan mata! kt tingkat 2 la..

alkisahnya, dia dgn 2 org lg pegawai kat atas tu dok pulun2 buat keje..then 2 org kawan nye ni turun tingkat 1 nk smyg..(surau kt tingkat 1). masa tu la, dia mcm kena libasan angin or cahaya mcm kilat kalo x silap aku n nampak 'benda' tu..mcm kepulan asap. real depan dia n meja dia.. apa lg, x tunggu lama, dia capai beg dia kt meja n terus mencicit lari ke tingkat 1! fuyoohh..kalo aku mau da pengsan kt situ.. dgr2 cite, dia kena gangguan yg paling sadis tu sbb dia ckp besar..konon2 x takot n x heran..hurm...ntah la..nk ckp besar x berani, nk ckp kecik lg la x berani..hahaha

Apepun, bg aku..menda2 tu wujud. sbb mcm yg kita sedia maklum, syaitan tu dah bersumpah utk menyesatkan manusia..sama ade tersesat, atau menyesatkan.. sesatkah anda.....? hehe..

-MsMasochist-

p/s :: nanti aku sambung lg citer ni, walopun jenuh dah meremang neh..tunggguuu

_Kita hanya perlu takut pada ALLAH yg satu_

Friday, September 30, 2011

Tragedi!!!

Lama dah tak update blog.

Sebab...? Malas...bila dah dtg penyakit malas ni mmg payah la..hurmm..

24hb sept ritu..aku n gengz kompeni cawangan ****** (dirahsiakan) xoxo ke Ipoh utk jamuan hari raye kompeni...ok lah..everything was gud n enjoy the day..then, g JJ nonton wayang, cite bini2 ku gangster..

Sedang galak mengekek tgok Abg Sam jd poyo (luv him!) n Yana Samsudin yg sgt2 hebat..tbe2 terdengar lagu cinta muka buku by Najwa tuh..aku terasa mcm hp aku yg pnye bunyi.. (hp dlm handbag, handbag bawah bangku). So aku pun amek hp aku..8 missed calls.. uh..dr kakak n adik aku.. then aku tgk ade sms..


' Angah, call aku balik.. urgent!! '

lebih kurg macam tu sms yg aku dpt dr kakak aku.. then belum sempat aku return call, dorg dah call. Adik aku yg call..sore dia mcm cuak, tp control lg..ati aku da berdebar tahap cipan berenang 4 kilometer. (ops..)

" Aku bgtau ni ko jgn panik lak..." mukadimah yg buat heart beat aku melonjak2..mak aih, leh dpt darah tinggi woo...

" Mak dgn abah excident...." dan spontan air mata aku meleleh...(nasib baik dlm wyg tu gelap..) Menangis2 la aku...member sebelah da x senang duduk... Ya Allah, Ya Rabbi.. Tuhan je yg tau ape yg aku rasa mase tuh..rase nk terbang lik kmpg mase tu gakkk!!! Aku called lak babah aku.. (sape x syg mak bapak kan?? n fyi, aku syg gile2 mak n babah aku...can't bear loosing both of them!) babah jawab..aku da teresak tarak ingat lah..

ALHAMDULILLAH!! Dorg berdua selamat..xde cedera ape2..walaupun kete tu langgar pokok n tergolek 2 kali....mak aku siap melawak lg n gtau mcm wat aksi stunt.. uh....(tp pastuh mak aku demam 2 ari)

Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi peluang kpd aku dan adik beradik ku utk trus bersama ibu bapa kami..utk terus membantu dan menabur bakti demi membalas jasa2 mereka..terima kasih Ya Allah, syukur kerana Engkau masih membenarkan kami tetap berada disisi mereka..permudahkan lah, Tuhanku, berkatilah kami, lindungi lah kami dprd malapetaka  dan bencana yg boleh memisahkan kami...amin....

Mak dan Babah...sy sayang kamu berdua..... (T_T)

p/s :: my mom said to my dad, " Abg, Tuhan selamatkan kita sbb anak2 masih perlukan kita"......
i love u both till my last breath..till the end of my life...until...forever...

:: what's the best thing ever u have done for ur mom n dad? i have done, nothing..yet. (-__-)::

-MsMasochist-

Tuesday, August 2, 2011

Lama Kelamaan

Hola...salam...

lama x update blog...fuuuuhhhh bersawang gile dah..lg teruk dr bilik aku..hahaha...lately jd sgt2 pemalas..tatau nape kan..haha..

erm..berita2 terkini ::::

kakak sulung pd shbt baik aku, meninggal dunia last week...innalillah...sepatut nya aku yg g berziarah, tp at the end, member aku yg 'ziarah' aku kt uma..siap mintak oren ek..haha...




SeLaMaT BerPuaSa!!!

puase penoh tau! hehehe...
adios!

-MsMasochist-

Tuesday, July 5, 2011

-Hari Bahagia-


Tanggal 1 Julai 2011 - sah lah seorang sahabat merangkap kakak ku menjadi isteri orang, suri hidup seorang lelaki...Dalam busana serba biru, ala2 Arabic style nye, pasangan ni disahkan menjadi suami isteri selagi hayat masih ada hanya dgn sekali lafaz.. Alhamdulillah... Usai urusan akad dan nikah, sempat meminta sebuah pelukan daripada isteri orang neh..masa tu, ya Allah..sebak..nak nangis...sebab macam x percaya, dia dah jadi bini orang..huhuhu..padahal minah ni sengih bukan main! haha..sebab kawan2 ngusik..x leh lak nk mengalir air mata tuh..huhuhu

Then, the next day which is 2 Julai 2011, majlis persandingan lak..semua org x cukup tdo..pengantin pun tdo dekat pukul 2 pg..hahaha...gare2 baju pengantin lelaki yg x muat...huhuhu



Baju sanding dorg neh Gold Cream katenyer.. pengantin pompuan pun tukar baju sehari sebelum majlis..adoi...jeng2..sape jd pengapit tuh...eden lah! hahaha..lawak2...makan kt meja pengantin, pengapit lak over x leh makan...kalah pengantin..kikiki...aku da penat sebenarnya...n paham2 la. kita numpang sekaki photoshooting (grrrr.....) so muke tu tatau la..senyum ke...masam ke...lalala..x nak la aku sanding mcm neh..mcm patung je deme buat..hahaha

deme2 ni pastu buat photoshoot kt menara condong..terbaek lah!

To my sis, Puan Izlya Syafinaz n Hubby, semoga perkahwinan kalian akan berkekalan, diberkati Allah, bahagia selalu, sihat dan dimurahkan rezeki...cepat la aku dpt anak sedare..hahahaha....
Selamat Pengantin Baru....

-Ms Masochist-

::.. Perkahwinan itu umpama perjudian nasib, untung dan rugi? ..::

Monday, June 27, 2011

:: Bunuh Diri ::

Sesape tau x Death Game bernama Russian Roulette? Tau x ape jenis permainan ni n macam mana nk main?? Haa..kalo malas nk buka Google, meh bace ni sampai habis..

Russian Roulette ni ade sejarah dia sendiri..kalo korg nk tau..baru2 ni ada omputih mati sebab main game neh dgn anjing dia..yg aku tau, pistol tuh, diisi dgn 1 peluru je.. 2 players.. setiap sorg perlu bergilir2 menarik picu ke kepala dorang (normally) nasib la sape yg dapat peluru tuh..fuh..tembus kepale beb! Aku x paham..kenapa perlu diwujudkan game yang macam ni.. Fatal Game. Biasanya ni untuk pertaruhan, or saje suke2 or untuk bunuh diri.. Bunuh Diri? Nauzubillah! Mintak dijauhkan Allah.. Memikirkan untuk membunuh diri pun berdosa, ni kan plak nk buat betul2! Tiada yang lebih berhak untuk mencabut nyawa manusia melainkan Tuhan..kita x boleh rampas hak tuh..X masuk syurga huhuhu....nak tau lebih lanjut ttg sejarah permainan berdarah ni, aku sarankan korg bukak google la gak..haha

Bunuh diri biasanya gak dikaitkan dengan kes tekanan perasaan..jangan tak tau, putus cinta pun sampai ada yang terjun bangunan 20 tingkat! gile x gile..Aku mungkin x menyuarakan semua ni menggunakan fakta2, tapi ape yang pasti semua ni berlaku... InsyaAllah, walaupun iman aku ni x la setebal kulit doyan ke, tp aku tau, perbuatan ni haram dan menganiaya diri sendiri.

Bukan nak bertazkirah, berangan jadi ustazah ke ape...tapi cuma nak berkongsi maklumat dan pendapat..jugak mengingatkan semua org n diri sendiri..depends on ourselves. jangan menghukum diri sendiri dan menafikan hak Maha Pencipta. Dunia belum berakhir.. Wallahuaklam..mintak2 dijauhkan.. huhuhu..Sayangi diri kite dulu sebelum kite leh bg kasih syg kite pd orang lain..baru la hidup ni akan jd lebih bermakna...

-MsMasochist-

_Dunia belum berakhir, kehidupan juga masih panjang_

Friday, June 24, 2011

Walimatul Urus

uik..Sape punya walimah? sape yg nak diurus kan?

hahahaha...tahun ni je 3 orang staf organisasi aku kawen..sorg dah kawen ritu...awal bulan 6. sorang lg weekend 25&26 nie... and my beloved sister yang bertunang bulan March hari tu, Cik Lya. wah3... masyuk korang eh...botak la pale bos den..semua nye nk kawen..hahaa... kami2 di main branch ni je liat sikit nk kawen...konon! padahal, nk kawen dgn sape?? haha..ingat senang keje nikah kawen nie? susah oo... honestly, aku x penah terlibat dlm keje2 kawen neh...last kenduri kawen kt umah kitorg (uma pusaka opah) masa Mak su aku kawen dulu..tu pun aku kecik lg..6-7 tahun kot...teringat gamba gedix duk atas pelamin, pkai baju tido and merah gile inai kat jari! hahaha..tlg jgn suh aku view pic tu kt sini! oh no! haha..sekarang Maksu aku pun dah ade 4 orang anak..hebat..hik hik hik..anak sulung dia pun dah 16 tahun..bayangkan la..

so bila dimintak untuk menjadi pengepit a.k.a bridesmaid si cik Lya ni, i was totally excited! tp lame2 jadi seriau lak..Yelah! mana penah den jd pengepit@penyepit@pengapit neh! hahaha..baju dah ade..tinggal nk carik tudung senada sehati sejiwe je..hihihi..habih la berterabur majlis org bile mendapat pengapit mcm aku neh..hahaha...

Bila tgok 3 orang rapat dengan aku dah kawen n nk kawen ni, mule la melibang melibu perasaan aku..bergelodak la pemikiran sekejap..mude2 deme ni kawen! hahahahah...my heroes dua orang tu, baru 24...yg my sis Lya neh 23.. hubby matang loh! hahahaha..bagus la korg kawen mude..tp aku x rse mcm nk ikot jejak langkah korg..ahaks! (ckp besor !)

tak sabar nk shopping adiah untuk dorg dua orang neh.. (bajet besar la neh) hahaha.. semoga Mahligai Terindah korg2 neh akan berkekalan utuh dan kukuhnya sehingga ke akhir hayat... Allah will bless all of u..sob..sob..~ sebak lak..hahaha..sbb kakak aku tu nk kawen dah..ade can lg ke kite nk tgok wayang..karok..shopping..merambu...join events kompeni...gile2 dan sebagainye lg pas ni?? uwa.....!!! ye la.. hak milik kekal orang dah pas ni... I'm gonna losing u? oh God. Tak baik pikir macam neh...moge kakak aku neh bahagie dunia akhirat.. uhuk3! yey! pas ni leh dapat anak sedara ramai! hahaha.

sape yg bujang2 lg tuh..kalo2 rase dah berkemampuan nk 'bina masjid' gak..jgn lengah2 keh..Ibadah tu..jgn tiru mcm aku..hahahaha..

-MsMasochist-

_Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, dekat dengan lengan untuk dilindungi, dekat dengan hati untuk dicintai_

::aku pegang kata2 ni sampai bile2...tp malangnya, x jumpe2 lg ADAM saye... :'( My Adam Mukhriz::

Wednesday, June 22, 2011

Menjiwang (^____^)

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat d mata kail hendaklah kamu mengambil ikan itu. Jgn sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan sakit, disebabkan bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..

- Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak HARAPAN kepada seseorang. Setelah dia mula MENYAYANGI mu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali kamu meninggalkan dia begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin takkan dapat melupakan segalanya sedangkan dia MENGINGATI mu...

-MsMasochist-


_What a wonderful words...._

Monday, June 20, 2011

Private & Confidential

Atas sebab2 tertentu, den terpakse memPRIVATEkan blog ni dan melakukan penyembunyian identiti secara selamat..

ape sebabnye? bior le eden je yang tau..sape2 yg kenal den tuh, tolong lah rahsie kn identiti den neh...
rahsie negara tau!

Ni bukan lawak! ni betul2!!! my followers yg x berape kerat neh, tlg buat2 x mengenali eden..nk tutup blog neh sayang lak..so plis..back up me for this undercover..

akan reveal myself, bile sumer da ok...

TQ!!

-MsMasochist-

_blog neh mmg utk private pun...tp den dah tersilap langkah pulok..isk3..._

Thursday, June 16, 2011

Mencari A.K.U

Sedang mencari2 AKU... ade tak sape2 ternampak AKU? x jumpe2 lg AKU nie...
dah bertahun mencari AKU....saya perlukan AKU..saya mahukan AKU...tolong bagi AKU pada saya...
huhuhuhu



AKU  --> diri sendiri yang hilang =(

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Jadi Si Dia Tersayang!

(lama dah x update blog!)

Tanggal 1 Jun 2011

Hari yang amat bermakna untuk aku dan si dia..sebab hari ini..adalah hari jadi Si dia!

Terlalu bermakna...selama ni, si dia yang sering dampingi aku, menyedarkan aku jika aku terleka, menjaga dan membelai aku..si dia juga yang sering memanjakan...

Dalam hidup aku ni, si dia lah orang yang paling aku sayang...Si dia yang aku sayang sangat2...yang x mungkin dapat aku tempuhi hidup ni dgn sempurna tanpa dia.. Dan aku x berani membayangkan kemungkinan dia meninggalkan aku.. Jangan.. Terlalu menyayangi dia..tapi terlalu banyak juge aku melukai...maafkan saye....

Dan untuk sekali sahaja tahun ini, kerana aku terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI JADI to my dearest MOTHER! Sayangkan mak sangat2!




Wishes ::



~ semoga panjang umur
~ dikurniakan kesihatan yang baik
~ bahagia selalu
~ diberkati Allah
~ mendapat apa yang diimpi2 kan
~ Semoga mak sentiasa terus tersenyum ceria...

Angah sayang mak sangat..xde mak, xde la angah kat dunia ni sekarang. TERIMA KASIH sgt2 mak..sebab melahirkan, membesarkan dan mendidik, sehingga angah menjadi seorang manusia dan sorang anak yg sentiasa sayangkan ibunya...


Selamat Hari Jadi yg ke 49. sayang mak sangat2!!




 I LOVE U FOREVER


-MsMasochist-


_sayangi lah ibu anda sementara mereka masih ade disisi kita_

Saturday, May 21, 2011

Berfikir cara kita

Berfikir. Terfikir.
Bangun awal pagi walaupun tidur agak lewat..Otak secara automatik berfikir dengan keadaan separa sedar : mahu bangun atau terus menyambung tidur yang tidak cukup?

Jika pada pagi hujung minggu, pastinya memilih untuk terus memeluk bantal dan menarik selimut. Tetapi jika perlu memenuhi tuntutan ibadah kerja yang wajib dilaksanakan, terpaksa menggagahkan diri untuk bangun lebih awal, kerana terpaksa menunggu giliran mandi jika terlewat. tambahan pula kalau mempunyai teman serumah yang suka mandi lama (^-^)

Kenapa sebelum membeli sesuatu kita perlu berfikir? Sama ada patut barang itu dibeli atau tidak? pertama, kita perlu fikir, apa faedahnya kita membeli barang itu. Is it worth, habiskan sejumlah wang untuk perhiasan meja semata-mata? Haha, kadang2 ia bergantung kepada individu, aku sendiri kadang2 menjadi gelap mata. membeli sesuatu, kemudian menyesal (biasanya di pertengahan bulan) kerana duit semakin susut. Hehe.. Jadi, membelilah dengan bijak. Fikir baik buruk sebelum membeli sesuatu..

Fikirkan keadaan kita sekarang..bagaimana kita yang dahulu dan bagaimana pula kita yang sekarang? Ada perubahan? Ke arah kebaikan atau keburukan? Hehe..the fact is, kadang2 kita tidak boleh menilai diri sendiri. Kita buta, lupa. Hinggalah ada orang lain yang memberitahu kita, " Kamu dah banyak berubah" Masa tu, insafi lah diri..renung dalam diri, apa yang berubah.....

 Memikirkan kehidupan adakalanya tak pernah habis. Menyusuri satu demi satu rentetan peristiwa yang berlaku dlm hidup kita, membuatkan semakin banyak kita mengenang kisah lalu.. Ada pepatah bijak pandai pernah berkata, Hidup ini seperti sedang memandu, perlu sentiasa melihat ke depan, tetapi adakala perlu juga melihat ke belakang (cermin sisi atau cermin pandang belakang maksudnya). lebih kurang macam ni lah ayatnya. Maksudnya, dlm hidup, kite sentiasa melihat visi dan misi masa depan kita, tetapi perlu juga kita mengenang masa silam, supaya menjadi iktibar dan pedoman.

Fikirkan. Apa peranan kita di atas pentas dunia sementara ni? Kenapa kita ade disini dan untuk ape? Renung2 kan, dan selamat beramal!

p/s : bertazkirah lak aku... : P


-MsMasochist-

_perjalanan merentas masa silam dan mengharungi masa depan!_

Friday, May 20, 2011

Teman Terbaik

T.E.M.A.N


semua org perlukan teman...mcm2 jenis teman lah...tapi jgn teman tp mesra sudah..skandal tuh..hahahah
aku pun ade gak teman @ sahabat nie... pompuan semestinya ramai..tapi lelaki pun ade..

aku ni dikatakan bukan la jenis terlalu suke bercerita masalah aku sgt...aku memilih juge..memilih sama ade utk cerita atau utk pendam..hehe.biase aku pendam dan lupakan je...satu2 nya org yg leh aku citer mcm2...kawan baik chinese aku yg aku sedih2 bile dia da nk pindah tuh...erm..

untuk kawan baik, lepak mapley or mekdi, gurau2 kasar, nasihat menasihati nie, aku da ade org nyer.waahaha..mamat ni laser sikit, dulu geng puake memuake, skrg kami dah insyaf...hik3...(agaknye)
kami kawan since skola menengah..org gosip ke, skandal ke, ade aku kesah? yg penting, kami berdua tau, kami ni kawan baik dunia akhirat smp mati. once aku da letak title mcm tu dlm ati, sampai bile2 pun mcm tu..insyaAllah..hehe..so, hentikan lah spekulasi2 dan kontroversi2 x berasas tuh! kami kawan baik! leh lepak sesama, photoshoot, online d mapley cengeh muke nk kena lempang or mekdi...di pihak aku, clear, xde sape melarang..di pihak dia...erm? mungkin..hik3..tp kami redah je! lalala.. aku ni gile2 orangnya, kdg2 nmpk blur, tegas, sengal dan mcm2..tp dia da kenal aku lama.. dia sengal kt aku, x penah lak aku nk sentap2...sbb bile2 masa aku leh sengal kt dia balik.wahaha...terbaik lah! harap2 ukhwah ni xde la terputus..pas mamat ni or aku kawen je baru semua ni akan stop? wait n see...tp lambat lg tuh! hik3...(ape aku merapu neh!)

di FB juge ku ade kawan baik yg x penah ku jumpe lg..lelaki juge..skrg ku panggil dia abg long..dah naik taraf jd abg..haa..ni lg besh..leh cite ape2 pun...sembang gile2..x sentap juge..aku ni kasar juge bhse, so org yg tahan n x sentap ni amat sesuai dgn jiwe rage aku...(jgn kembang sgt ye abg long..penyek muke tu kang!)

kawan baik di jabatan aku sendiri, yg 8++ jam aku kena ngadap muke dia adelah cik Bella..wah! agak femes anda di sini ye Bella! 2 tahun tua, tp sebab dia mcm baye2 aku je mental dan fizikal, kami jd ngam..suke sembang dan cite same2..hehehe..dan telah berjanji utk menonton Nur Kasih bersama2...sy pgg janji awk tu Bella!!!next week bakal ke desa water park sama2..harap2 xde aral la yg melintang pukang tendang terajang!!!



aku ni bukan lah seorang yg terlalu peramah orangnye..aku xpandai communicate sgt dgn orang...so, aku amik masa nk berkwan dan kdg2 memilih kawan..mana yg aku rs aku xminat tu..smp sudah le aku x minat.. smp la bila aku dah kenal ati budi dia, bru leh berkawan..haaa..memilih kawan juge! nasihat aku, berkawan tu x salah..! kawan la ramai2..yg penting, pilih kawan yg elok, yg leh sama2 tlg kite menuju kejayaan, bukan kawan yg leh menendang kite dr sudut penalti ke arah kegagalan.. lgpun, x salah kite kawan dgn kaum yg bertentangan...kawan2 maa...jgn ade feeling sudah...hik3...haa...tu dia! layan!

-MsMasochist-

_selama ini ku mencari2 teman yg sejati buat menemani perjuangan suci_

Thursday, May 19, 2011

Jika Kau Pergi...



Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan


Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu


Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata


Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama


Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah


:: bila aku diperdengar dan dipertontonkan klip vid lagu ni oleh cik Bella.. terus aku jatuh ati..walaupun lagu ni dah lame..bila hayati liriknya mmg ade kelas, walaupun x la menarik sgt vid dia..mcm kelaka..tp Imran Ajmain leh berlakon what...mamat encem yg chubby...rasa jatuh ati lak kt dia..hahaha...suare dia nice..cume lagu ni susunan muzik n nada dia low sgt..sempot ku nk test..hahaha.terbaik..lagu ni kontra dgn lagu2 putus cinta yang biasa kita dengar kt mana2...lagu putus cinta, biasa jiwang2 mendayu n liriknya sengal la sgt..nk mati la, patah ati la..menda la..yg ini...hahaa...dunia belum berakhir..segalanya x tamat saat awek dia churang kt dia...dia jatuh once, then dia leh bangun lik..haha...tgok la kt YOUTUBE....sgt2 besh..aku suker..! jom layan sama2! ::

-MsMasochist-

_Jika engkau berniat sekali untuk pergi, jangan pernah kembali, untuk menyakiti ku lagi..._

Wednesday, May 18, 2011

21 TaHuN

14 Mei 2011

Genap berusia 21 tahun. Bukan lagi remaja belasan tahun yang terkinja2 ke sana sini.. lebih matang(ye ke) lebih keras hati.. hurm...yg ni mcam x best...

Tepat 12 am 14 Mei 2011 : menerima beberapa sms mengucapkan selamat. segalanya selamat lah! yg x sangke, org yg aku nk lupe pun wish gak.. ape leh buat, balas juge dgn ucapan terima kasih laa..

hampir pukul 1 am : kawan baik tepon..hahaha...sengal...thanks maxis for the free call..aku pule menyambung telepon dia..mengumpat, dan menyembang berdua hingga hampir pukul 2++ pagi.. mata da berair...tv pun dah habis siaran best...hehe..thanks kawan...



Pukul 2.15 am : Membuka hadiah pertama yg aku terima...cik katak! hahaha... i like!


pemberian mizz eyka! i like sgt!! thanks dear adik!

14 Mei 2011, dari pagi, ke petang, ke malam..hingga ke detik 12 am, 15 Mei 2011 :

Tak de ape yang istimewa..malas nk online..walaupun tau, kawan2 ade wish d fb..xde jiwe nk buat ape2...malas2 kn diri d uma, baring ngadap tv, buli adik, lepak2...itu sahaje..aku x de ati nk sambut hari jadi sendiri..aku pun harap aku lupa..smp aku sanggup dalih pd kawan aku sal besday (ngamuk dia, maaf bella!) Dapat hadiah daripada Mak n adik..bantal Pelok!!! wahahaha..da tue2 dapat adiah mcm nie...dorg tau aku suke benda2 comel n sedap dipeluk ni..mmg aku kelek je bantal golek kecik tuh...suke2...Pg2 lg, mak da anta sms (aku dlm bilik) wish besday, doakan aku, n paling x tahan, ayat, " Mak sayangkan Angah ". syahdu. sayang mak juge..terima kasih...sebab mak, angah bernafas dan ade di sini selama 21 tahun nie..wishes dr adik, along n babah..xde kata2 yg terluah..aku hnye mampu tersenyum. Menghabiskan masa2 yg sgt2 lembab, boring, sunyi dan jiwa kacau bila ditinggalkan sorg2...xde makna Hari Jadi tahun nie..aku membentak, malas giler nk keluar, sedangkan ade janji..aku lupakan mcm tu je..maaf lah..sebetulnya, aku mengharapkan ucapan drpd seseorang..xde tuah nampaknya..dia da melupakan..lupakan dia jugalah...menghabiskan sisa2 malam dgn tension yg berpanjangan..
Dolphin adik bg, cik Kat, patung ape tah tu..Domo pemberian mak n adik yg tergolek tu, n bantal pelok bentuk bunge saye!!!

ops..sini ade incik bebear...hahaha..


Ni la tragedi hari jadi ke 21 aku tahun nie...hanya ade hadiah...hadiah drpd along pun ade..suke! kreatif. Aku x mengharapkan ape2...xde ucapan, hadiah atau kek pun xpe.. janji kuarge aku ingat..yes, dorg ingat..syg kamu sumer...dapat kisses dr mak n adik! hahaha..manjenya...


Xpe, kek akan kita rai pada 1 jun nanti yer! Hari Jadi Si Dia Tersayang aku, my belated birthday dan hari bapa yg bakal menjelang...kita makan kek..den banje..hehehe...


Terima Kasih pada semua kawan yg sudi wish..(thanks to fb yg ingatkan dorg2 neh)..sgt2 terharu..lenguh jari menaip utk membalas ucapan2 tu semua..sayang korg lah! hehe..Aku da cukup 21...target, tukar ic baru!! mengundi? hehe..undi dan pilihlah pemimpin anda dgn bijak!

p/s : dah terlalu tua utk meniup lilin dan memotong kek rasanya.....hurmmm

-MsMasochist-


_Aku dah 21 tahun!!tp masih mcm budak2...hurm..._

Wednesday, May 11, 2011

Jalan jalan cari makan -Tour to Taiping!

ais kacang di bukit merah



Di Jeti Bukit Merah

Bukit Merah lg!

Santai..yg sorang tu mcm nk ngamuk pun ade..hehe


Jeti

whoaa

tetiba je muncul dan mengambil pic sendiri..hahaha

Jeti lg..


Ini la kisah kitorg berempat yg merayap sampai ke Taiping..hahaha..seronok..jalan jalan carik makan n jalan2 pada 7hb mei 2011...saya sgt2 shuker ini trip...end of this month akan ke Bangi n KL plak..insyaAllah..kalo diizinkan Tuhan..huhuhu..pasti akan ade gambar lg..XDE DSLR PUN XPE! hahahahahahhaa




Tuesday, May 10, 2011

C.I.N.T.A.

... Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta ...     Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan ...demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..   Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...   Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?   Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..   Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?   Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..   Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..   Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..   Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?   Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu? 

*dipetik drpd Facebook*

have u ever been in this situation before..let's think bout this =)


-MsMasochist-



Monday, May 9, 2011

Kesayangan Ku....

IBU...my mamak! hahaha...bukan mamak mapley cengeh tu..tp my mom..(rujuk post terdahulu kenapa ade panggilan mamak nie..hehe) 8 May 2011, tanggal keramat utk semua ibu di dunia nie.. haha..sebab keletihan shoot balik dr Ipoh pukul 6pm dan sampai ke kmpg pukul 7.15 (giler punya rempit la tuh), dan tido lewat mlm tu untuk membalut hadiah istimewa utk ibu ku, menyebabkn aku menjadi anak paling lambat yg wish dan bg hadiah keesokan harinya..wahahaha...

Pas bangun dan mencuci muka dan gigi...terus mengadap bonda terchenta..menyerahkan hadiah yg dibungkus malam sebelumnya dgn mata yg berair2 menahan mengantuk...bonda tersenyum dan mengucap kan terima kasih.. tunduk bersalam dgn bonda dan mencium tangannya, tangan yang selama ini membelai, memasak,memandikan, mencubit bila nakal... kedua pipi bonda turut dikucup mesra disusuli ucapan Selamat Hari Ibu. Sebak didada apabila terasa sudah berkedut pipi bonda terchenta ku..ibuku sudah tua..tapi masih kuat dan ceria untuk anak2 tersayang.... hadiah dan kad ucapan dihulurkan...kad yang telah tercoret puisi dan kata2 yang tulus ikhlas dari hati nurani seorang anak gadis yg terlalu menyayanginya..Ibu menitiskan air mata! Aku tersentak, tapi cuba berlagak tenang dengan mengusiknya..sedangkan didada hanya Allah yang tahu, menahan empangan sebak daripada pecah... =(  Hadiah tak seberapa dibuka dan penghargaan diberikan.. Mak, hadiah tu x mahal, x bernilai pun kalau nk dibandingkan dengan ape yg telah mak & abah korban kan selama nie... hampir 21 tahun kehidupan ni, mak yang selalu menyokong dan memberi nasihat..sangat2 sayangkn mak..lebih, daripada sesiapa pun.. coz u're the Queen in my heart, forever ever after... sgt2 sayangkan mu..kerana dikau, KESAYANGAN KU...


Facts about my Mom!

- Pandai menjahit..! Baju kurung kami adik beradik, my mom yg jahitkn! Dan aku sgt2 shuker, x leh trima kalo tempah kt orang lain!
-Seorang yg 'Happy Go Lucky'.. x kira tensen mcm ne pun, org tikam belakang mcm mana pun, mak tetap sempoi..hangin sekejap, then boleh melawak smp kami lak yg tercengang2.. (^-^)
-Bab berjalan n shopping..mmg klas! nk belanjakan duit anda dgn bijak? bawak la mak aku! hahaha...tp dia tau mcm mana nk tunjuk kita ade beli barang dgn duit kita, dpd habis mcm tu je...x nampak ape..hehe
-Sgt2 x lokek dgn duit...hehe..anak2 nk beli ape, sedaya mungkin dia akan belikan..huhuhu...skrg aku da keje..tp rasanya x mampu lg nk beli kn ape2 utk mak ..waaaa!!!
- Sgt2 memahami anak2...penyayang..dan penyabar..hehe..tp once dia naik angin..takot wooo...
- Sgt2 sempoi n selamba...hahaha...terbaek!

Banyak lg kalo nk senarai kan..tapi kalo mak aku bace ni..mati aku..hahaha..jgn mara aa..korg2 yg bace nie jgn nk bocor rahsia lak..terutama "roommate" aku kt kmpg tuh..haa..tau2 la sape kan??? wahaha..

Anyway, nasihat aku x semua orang dapat peluang untuk merasai hubungan antara ibu dan anak tu..hubungan suci ni dah bermula dari kita dalam perut mak kita lagi..Aku pun x la anak yg baik sgt..dulu2, kuat gak melawan, merajuk n degil kat mak aku..tu dosa dan khilaf aku..tp 2 tahun d tempat org,aku dah dapat rasa, mcm mana rasanya berjauhan dgn mak bapak, susah senang aku kt sini, mak aku mesti tumpang sama. kalo aku susah kat sini, mak aku yg susah ati kat sana...ye..berjauhan tu mengeratkn hubungan dan membuatkn kita saling mengingati..Sayang mak sangat!!! bape kali aku ulang neh..baru pg td mak masakkan bihun dan tapaukan utk aku bawak balik..best! mak masak ape pun sedap! Terima Kasih mak..untuk segalanya.. Angah akan cuba balas sedaya upaya dan yg termampu! Deep inside from my Heart, u're the greatest mom in my entire life!

-MsMasochist-

_Ibu, engkaulah ratu hatiku_

Thursday, May 5, 2011

Kursus Muhasabah Diri Sesi 1 2011 Part 2

Okey, macam yang aku janji kan semalam...rini aku akan cerita pasal aktiviti pada hari kedua di Kem Plkn Gopeng nie...moh kita bace.....

01 MAY 2011


3.30 am - 7.30 am : Qiamulail dan Kuliah Subuh.. perghhh...tido sejam, bangun pukul 3.15...sangat2 mencabar tabiat aku yg kuat tido neh..hahah.tapi aku gagahkan diri mengerjakan solat2 sunat dipimpin seorang ustaz jemputan. Masa buat solat sunat tasbih, aku berjaya melaksanakannya tanpa rasa ngantuk! cuma sedikit mengeluh sebab masuk rakaan 3 dan 4, aku dah rasa pening..hehehe.masa kuliah, tinggal sikit je kaum pompuan neh..ceh, yg 'cuti' langsung x tunjuk muka, yg x nk qiamulail, pas solat Subuh terus cabut lik dorm. tapi aku n 2 org kawan terus menanti hingga ke pagi walaupun aku da terbaring kat lantai..hahaha..nantok tarak ingat!

7.45 am - 8.30 am : Dance Aerobic dan sarapan pagi. aku enjoyed gile sesi senaman pagi tu...tarian pelbagai kaum..hahahaha..terus berpeluh..tapi pas tu aku da rasa x sedap badan sebab lapar.. dah brekfes, grup Delta diarahkan pergi ke permainan air..jeng jeng jeng

8.30 am - 10.30 am : Kayak dan Rakit !! wahaha..aku excited giler nk buat yang ini...so mula2, pas diberikan taklimat oleh couch sal cara2 berkayak n berakit ni..kami pun dibenarkan membuat praktikal.. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian..ewah! aku test rakit dulu...okey je, 10 orang atas tu..so juz perlukan command yg betul dan kejesama utk kayuh je...haha..da settle 1 pusingan, n balik ke tebing, masa aku nak bangun dah terasa kejang..huuu..itulah tragedi yg tertimpa @ menimpa kt aku.. tp masa tu sikit je..aku leh bangun lg..then test kayak..aku dgn sorg kakak nie..aku duk depan dia blkg.. frankly speaking, aku xde bakat lgsg main kayak! berpusing2 kat situ gak n x mau lurus.. kelaka pun ade..kena simbah dgn air nya..lenjun..haha..dah penat, patah balik (boleh pulak dia gerak lurus) dan berhenti kat tebing..haa..sini la bermulanya cerita.. aku cuba nk bangun, masa tu berlunjur...tapi sakit sangat..kaki aku x leh gerak.. dari peha ke kaki..aku mintak org tlg kakak tu turun dulu then baru aku cuba bangun. paut pada sape tah aku x kenal abg tu, then ditarik naik ke atas tebing. terus aku terduduk atas tanah. semua org excited nk main air so xde sape yg perasan sgt aku kejang..ade sorang kakak opis aku tlg urut2 n picit kaki aku.huhuhu sakit tatau nk cite..then dorg tarik aku bangun n duk atas kerusi...dah agak ok, aku dgn kakak angkat aku melesapkan diri hahahaha....

10.30 am - 1.00 pm : Aktiviti terakhir di kem itu...Flying Fox!! yuhuuu...kami bagi laluan pada kumpulan 7 mulakan dulu..bila dah nk settle, kami pun amik peralatan dan get ready..hohoho...aku? buat2 berani..dgn niat, nk buat semua aktiviti, mencabar diri sendiri dan pengalaman..safety sgt terjaga. masa aku memanjat tangga besi ke deck pertama, kaki terasa sakit kesan daripada kekejangan tu..tapi aku gagah gak..alang2 da memulakan langkah.... kt deck pertama, lepak 10 minit, baru giliran aku.. pergh..berdebar toksah kira..satu demi satu anak tangga yang aku pijak tu rasa macam bergegar..nak patah balik pun ade..hahaha..tp terus naik ke deck kedua dan terakhir.. couch tu dah tarik aku ke tempat berlepas..huishh..aku da gabra..dorang tanya aku, muka macam takot je.. "mmg takot pun!" lantak la nk pikir ape. aku mmg gayat kt tmpt tinggi..membebel2 aku sorg2. haha..dorg gelakkan je.lantak.. masa dilepaskn tu, rasa mcm melayang je..jerit la "Boleh!!!" hehe. silapnya aku buat kaki silang, so dah nk hujung, aku berpusing dan membelakangkan couch yg menyambut..sgt2 ngeri! aku takot kepala aku terentak kt tiang kabel! pejam mata terus dan....! selamat sampai..luruh jantung makcik!haha..kena gelak lg, dorg kata muka aku pucat, aku ckp la..dah goyang kaki ni, tak rasa jejak bumi dah! sengal..hahaha..jalan terhuyung hayang ke tempat permulaan...saya x nak buat dah...huuuuu....sampai ade abg yg pitam kt deck pertama sbb gayat! hehehe


1.00 pm - 3.00 pm : lepas lunch, pack beg dan upacara penutup, kami balik! meninggal kan kem yang dah berikan macam2 pengalaman yang x penah aku cuba buat sebelum nie..walaupun aku pernah ke Plkn Terkok, Sg Siput dulu. hahaha...terbaek! sgt2 enjoyed dan have fun disana...mau lg! dan yang aku bawak balik ke rumah adalah muka yang berbelak akibat kepanasan dan bahang matahari terik..hehehe..Home Sweet Home!

Tamat la sudah episod Kursus yang menguruskan badan aku..hahaha..kurus ke? x de maknanya! balik umah melantak tahap x ingat dah..hehehe...chiaauu!

-MsMasochist-

Wednesday, May 4, 2011

Kursus Muhasabah Diri Sesi 1 2011

Erm...hari ketiga selepas kursus muhasabah diri (muhasabah la sgt) kt Kem Kepimpinan Gemilang, PLKN Gopeng... wahahahaa...sgt2 seronok..kerana ::
-xde aktiviti indoor yakni presentation, iq test, soklan2..
-aktiviti outdoor yg sgt2 best n kebanyakannya aku x penah buat! masyuk!!

okeys...meh aku brief aku punya aktiviti sepanjang 2 hari menempel kat sana!

30 April 2011

8.10 am : tayar kete Spectra milik sorg teman yg aku tumpang tiba di perkarangan kem (tu pun pas sesat kt jln mati)

8.30 am - 12.30 pm : Pendaftaran, rombakan kumpulan (dpd seploh grup, jd 8 je), dan aktiviti berkumpulan (sorting umo dr muda ke tua, aku no 3 muda, dlm kalangan termuda iaitu 21 tahun..hehe..beza bulan je pon), permainan kreativiti.

2.30 pm - 4.00 pm : Melakukan aktiviti outdoor, Kembara Halangan.. hua3... Monkey Rack (yg berpaut2 antara batang besi tuh) aku x buat, sebab tangan aku x kuat. tp aku buat Flying Tarzan a.k.a berhayun guna tali tambat lembu ke seberang n bawah ade ayaq! hahahaha...sonok2...tu aku buat sampai 2x. nk buat 3x da segan..hehe..memula tanggal kasut sebab takot basah kalo jatuh..tp berjaya dgn jayanya! masa pemilihan untuk pertandingan antara grup 7 n 8 (aku team 8), aku meng'invisible'kan diri, sbb aku x nk basah..hehe..konfem2 buat monkey rack tu aku jatuh....at last, grup 7 & 8 seri.


4.30 pm - 6.00 pm : Aktiviti kreativiti. menutup lubang2 pada tong besar dan A frame. senang lg yg A frame. besi panjang yg diikat jadi bentuk A, di tarik guna 4 tali , 4 penjuru, sorang berdiri kt atas tu n sape sampai ke garisan penamat menang..xtau aku nk terangkn...hahahaha. tp kami menang!!

7.30 pm - 9.30 pm : Kuliah maghrib..time ni nantok tarak ingat!!! tersengguk2 kt front line for ladies! hehehe...lantak2..mana2 abg staf yg nampak aku tu aku buat derk je..da nantok..x tahan wooo..

10.00 pm - 1.00 am : Jungle trekking/night walk!! kegilaan yg seronok!! aku x penah buat..jungle trekking penah la..ni buat malam2..gulppp! hahaha..aku org ke 4 di depan,selepas couch, leader, n sorg ahli team aku. sbb kena masuk hutan tu dlm 1 barisan panjang..perempuan depan, lelaki belakang..waa..siyes, x nampak ape..lampu x leh bawak, hp pun sama..aku pakai spek pun x guna..meraba
dengan kaki je kt trek tu..dengan becak, ranting, akar, curam. hahahaha...terpeleot x kira dah. haha...2 kali bertemu 'pocong'. kali pertama aku buat bodo je..ingat mcm kain putih dorg sangkut kt pokok. kali kedua, da nk smpai kem, kena sergah! hah! pocong tu jerit kuat gile! nasib baik aku x jerit...aku istifar n suh dorg jgn tgok.berdebar2 gile, macam jantung aku tu msuk pecut 100m.nk nangis pun ade! hahaha kita bako kain kapan dia! petugas kem gak..siot...dah la kami kumpulan last gerak, 11.30 pm woo....70 minit amik masa nk smp kt kem lik...kul 2 tdo n kul 3.15 bangun utk Qiamulail..wuuuu~~

hahahah....next post akan ku cerita kan tentang hari kedua di kem itu serta aktiviti2 lebih lasak plak...berserta gambar2 yg sempat aku snap sebelum balik dan kejadian yang tertimpa pada aku!

-MsMasochist-

_mencabar kemampuan diri sendiri_