Tuesday, December 27, 2011

Tentang Dhia- review

Fenomena baru drama tv swasta skang nih..hahaha..ape yg aku perasan, sekarang asal ada drama bersiri baru kat TV3, mesti sibuk surirumah update kat fb.. Paling femes cerita Cinta Elysa...Wow, sgt meletop di pasaran.. Sana sini orang sibuk bercerita pasal drama tuh.. Aku? Hehe..sepanjang cerita tu disiarkan, adelah 1 episod yg aku tengok. Tu pun kebetulan sbb aku balik kampung..Kat sana ade tv..Aku xde tv, true story nih. Bayangkan...sempitnya pemikiran aku, x de tv dan x baca paper. stuck. Ketinggalan zaman. Hahaha...Nak tgk online? Maap. Tak rajin.

Ok, berbalik pada citer drama swasta nih.. Recently, aku dengar kakak-kakak opis aku sibuk nak balik awal..sebelum kul 7 musti da sampai kat rumah...Nak tengok drama hangat sekarang, Tentang Dhia.. Jeng jeng jeng....Utk peminat2, kipas-susah-mati drama lakonan Nora Danish dgn Adi Putra ni, sorry geng...Aku akan cuba tak kritik drama ni lebih2 keh..hahahaha..






Okeh...musti korg lagi arif pasal cerita ni berbanding aku yg hanye sempat tgok beberapa episod.. Rasanya seminggu sekali dua je kot..Bukan ape...Mana nk lepak kedai kopi dari kul 7 sampai 8 malam hari-hari...Nk tgok kt TONTON tu pun aku malas lah.. Just, kawan aku dok semangat sgt cerita masa Dhia mati, dibomohkan mak mentua dia (Liza Abdullah) Siap ada hantu nih semua..Aku pun macam excited nak tengok..

Then, ada episod mak Dhia diganggu oleh hantu raya belaan Tok Moh tu..Memang meremang la aku..Tapi aku terfikir, apa kategori cerita ni sebenarnya? Islamik? Kita ada slot Zehra, Jumaat 9 malam...Tapi x la islamik sgt aku tengok...Ada scene Nora Danish halau lelaki yang adik ipar dia bawak masuk rumah,dan dia tak pakai tudung. Ok, maybe dia x tahu adik ipar dia bawak lelaki masa dia keluar dari bilik..tapi free lah dia dapat penampar..hahaha.. Nak dikatakan kategori seram dan ganas 18SG, kita ada plak slot Seram pukul 9.30pm setiap malam Jumaat. (Santau merasuk tuh mcm best)..Yelah, mula2 cerita Dhia ni, banyak sgt seram dan hantu2..So, macam tak kena pulak letak kat slot Akasia. Haha..Tapi, mmg sgt hit dan top cerita nih..Undeniable right?

Pelakon-pelakonnya... Nora Danish as Dhia. Well, she's beautiful. Itu first impression aku bila tengok watak bertudung dia dalam cerita nie. Haha..dia pelakon yang bagus. Aku tengok dia mmg sgt sesuai bawak watak baik2 nih..Just maybe tutur kata dia yang agak manja tu buat aku lentok sikit..hahaha.. Adi Putra, as Zikir. Haha, dia mmg x mengecewakan...terbayang2 watak dia dalam KL Gangster.. Menusuk beb. Mantap. Tapi, utk ini, watak dia klise. Yelah, hubby yg baik, lemah lembut, baik. Well, he's the man beb! Tapi, Aaron Aziz masih teratas. Haha..Watak antagonis, si ibu mertua ku, Liza Abdullah..Haha..sangat la sesuai...Aku suka tgok dia..Kepoh..Menjadi gilalah watak dia. Siap bagi "sampah sarap" bagi anak menantu dia makan..Manusia macam ni, tak dinafikan mmg wujud dalam masyarakat kita..yang bertuhankan syaitan, berpandukan nafsu.. Tak percaya ke kite pada jodoh dan takdir? Watak Melina, Izreen Izminda (sorry kalo misspell nama dia)..Aku tau dia la pompuan jahat dalam drama nie..Dia rampas tunang si Dhia (Ako Mustapha), pregnant anak luar nikah, keje club, siap jual anak dia, macam2 lagilah! Tapi, pastu kena langgar dan koma..Tetiba, 5 tahun kendian..terkedu jap aku..sekarang, dia dah berubah dan tobat..huhuhu...ade bagus gak citer ni..

Scene paling x boleh blah yg aku tertengok, masa si ibu mertuaku tu pegi rumah bomoh...Pak boon kot nama dia..aku lupa. Siap uma tok moh tu kena pagar dengan 'garisan polis, dilarang masuk'...memang kelaka gila lah mak datin nih..Hahaa..bila dapat tahu tok moh ni dah mati seminggu walaupun baru pas sejam dorg sembang kat telefon, mencicit la mkcik ni lari..woo..berapa ekor hantu raya tok moh ni bela?? hahaha...serius, sgt kelasss...hahaha..

                                

Dengar kata minggu ni last.. Hoh, bila ek? Nak tengok lah..Banyak lagi aku nak review pasal cerita nih, tp memandangkan, aku bukan penonton tegar, tak sesuai nk tulis lebih-lebih..Takpe, mungkin aku akan membebel pas tgok episod terakhir nanti..

Sekarang, ada cerita baru yg ngetop lagi..Coklat Vanilla dengan Bunga April...semua pelakon-pelakon baru yg tengah hot...kontroversi pun hot..haha..aku x layan dah Melodi dan Mangga jauh sekali...baik aku layan bace komik. Santai...sbb bg aku, artis skrg, bagus2 semua..tp bila dah ramai sgt, byk saingan, mulalah masing2 nak guna mcm2 taktik dan publisiti murahan nak naikkan nama...Bosan la mcm tu..

Okeh, sekian entry karut marut dpd Cik D yg merapu neh..

_MsMasochist_

No comments:

Post a Comment