Saturday, May 21, 2011

Berfikir cara kita

Berfikir. Terfikir.
Bangun awal pagi walaupun tidur agak lewat..Otak secara automatik berfikir dengan keadaan separa sedar : mahu bangun atau terus menyambung tidur yang tidak cukup?

Jika pada pagi hujung minggu, pastinya memilih untuk terus memeluk bantal dan menarik selimut. Tetapi jika perlu memenuhi tuntutan ibadah kerja yang wajib dilaksanakan, terpaksa menggagahkan diri untuk bangun lebih awal, kerana terpaksa menunggu giliran mandi jika terlewat. tambahan pula kalau mempunyai teman serumah yang suka mandi lama (^-^)

Kenapa sebelum membeli sesuatu kita perlu berfikir? Sama ada patut barang itu dibeli atau tidak? pertama, kita perlu fikir, apa faedahnya kita membeli barang itu. Is it worth, habiskan sejumlah wang untuk perhiasan meja semata-mata? Haha, kadang2 ia bergantung kepada individu, aku sendiri kadang2 menjadi gelap mata. membeli sesuatu, kemudian menyesal (biasanya di pertengahan bulan) kerana duit semakin susut. Hehe.. Jadi, membelilah dengan bijak. Fikir baik buruk sebelum membeli sesuatu..

Fikirkan keadaan kita sekarang..bagaimana kita yang dahulu dan bagaimana pula kita yang sekarang? Ada perubahan? Ke arah kebaikan atau keburukan? Hehe..the fact is, kadang2 kita tidak boleh menilai diri sendiri. Kita buta, lupa. Hinggalah ada orang lain yang memberitahu kita, " Kamu dah banyak berubah" Masa tu, insafi lah diri..renung dalam diri, apa yang berubah.....

 Memikirkan kehidupan adakalanya tak pernah habis. Menyusuri satu demi satu rentetan peristiwa yang berlaku dlm hidup kita, membuatkan semakin banyak kita mengenang kisah lalu.. Ada pepatah bijak pandai pernah berkata, Hidup ini seperti sedang memandu, perlu sentiasa melihat ke depan, tetapi adakala perlu juga melihat ke belakang (cermin sisi atau cermin pandang belakang maksudnya). lebih kurang macam ni lah ayatnya. Maksudnya, dlm hidup, kite sentiasa melihat visi dan misi masa depan kita, tetapi perlu juga kita mengenang masa silam, supaya menjadi iktibar dan pedoman.

Fikirkan. Apa peranan kita di atas pentas dunia sementara ni? Kenapa kita ade disini dan untuk ape? Renung2 kan, dan selamat beramal!

p/s : bertazkirah lak aku... : P


-MsMasochist-

_perjalanan merentas masa silam dan mengharungi masa depan!_

No comments:

Post a Comment