Tuesday, March 12, 2013
Untuk si manusia berkepala batu
Kalaulah kecewa tu bukan perasaan, aku takkan rasa sakit macam ni.
Sebab sangatlah sakitnya bila mana kau letak orang lain diatas dan pijak lumat maruah sendiri dan maruah kami.
Kalaulah kecewa tu tak menyakitkan, aku takkan rasa nak balas balik setiap kata-kata dan perbuatan kau ni, juga dengan kekecewaan yang lebih dahsyat lagi. You know me enough, I can hate people so much that you can never do.
Kalaulah kecewa tu bukan disebabkan kau, aku takkan pernah peduli dan ambil tahu. Tapi hakikatnya kau sebahagian dari aku, dari kita semua. Tapi kau hancurkan semua bahagian kau dalam diri aku ni dengan kedegilan yang buat aku meluat.
Dan kalaulah aku ni robot jadi-jadian atau tiang simen konkrit, sumpah aku takkan pernah teringin nak merasa sakitnya kecewa.
Bagi aku, kau menindas dan menzalimi hati kami semua. Kudos! Dan aku rasa, kau takkan pernah mahu hidup kalau aku balas setiap kekecewaan yang kau dah hadiahkan untuk kami.
Tapi, kau lah manusia paling mengecewakan aku. Sedangkan kau pernah tanya, kenapa aku sanggup jadi tuli dengan semua fitnah untuk kau? kenapa aku sanggup pertahankan maruah kau walaupun aku mencalarkan maruah dan ego aku sendiri? Kau rasa?
Kalaulah jugak sayang tu bukan perasaan, aku rasa aku lebih rela jadi batu bersurat daripada jadi manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment