Aku tak pernah sambut. Masa zaman-zaman muda yg baru pandai bercinta dulu, tak jugak aku sambut.. Penting ke? Tak penting. Aku tak ingat pun pasal tarikh ni.. Hari ni 13 Feb. Tadi sorang kawan berbangsa India datang dan bertanya kpd aku;
" Hey, u tak sambut ke esok? " soalnya sambil tersengih. Aku blur kejap. Sambut amenda? Esok ada event ape yang kena sambut?
" Sambut ape? " aku tanye balik.
" Valentine lah! " tempelak dia kat aku. Aku mencebik. Cehhh!!! Menda tuh? Tak payahh!!
Korang tau tak ape Valentine ni? Korang tau tak asal usul atau sejarah Valentine Day ni?? Korang kata ni hari untuk sambutan khas buat kekasih. Kekasih otak hang!
Perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.
Kita dok huha huha sambut dgn balaks jongos, tapi kita tak tahu pun ape yang kita raikan... Kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol, menandakan kegembiraan orang kristian dan 14 Feb di 'declare' hari berkasih sayang kerana pada mereka, agama Islam adalah agama yang zalim. Bagi aku, orang Islam yang sambut lagi kejam dan zalim pada saudara seagama sendiri.
Aku tak salahkan sahabat India yg bertanya tu.. Sebab dia sendiri tahu, orang Muslim tak boleh sambut, HARAM! Dan dia cuma mahu mengusik aku. Cuma otak aku agak 'semput' nak berhujah dgn dia tadi sbb kekurangan fakta.
Untuk info lanjut, korang leh google atau kongsi baca dengan 1 blog ni..
So adik2 yang baru nak mengenal dunia...yang hanyut dengan kata2 manis si balaks jongos...Tolonglah..Jaga dirimu sebaik2nya...Aku taknak muke korang kuar berita n paper, ditangkap khalwat dlm hotel murah or kat taman2 bunga.. Tak kewl langsung!!
Aku cuma menyampaikan, sedikit ilmu utk berkongsi dgn orang yg aku sayang..korang lah. Mana2 ayat yang agak kurang ajar tu..Maafkan aku...Yang baik tu, semua dari Allah..Yang tak baik, daripada aku tentunya..
p/s: aku dah tawar ati nak gi dinner tu. boleh? tah hape2..
_MsMasochist_
No comments:
Post a Comment