Saturday, December 31, 2011

Jangan Masuk Tandas........

Jangan Masuk Tandas....Pukul 12 tengah malam nie....serius! Betul ni, tak main2....

Sebab....Sebab.......

Anda akan keluar dari tandas tu.....tahun depan...

Hehe...Ape punye lawak da...

Oke, selamat tahun baru.. Last entry yang aku tulis ni...Ok, untuk tahun ni la.. ;p
Tahun depan (esok la) akan bertambah lagi 1 umur aku.
Macam entry yg lepas, aku mention nak capai azam aku. Tapi...maaf, sbb sy terlalu riak agaknya, semua benda jadi susah. Aku x dapat capai. Down to myself....

Takpe, let gone be bygone! Aku dah nk move forward, bukan rewind. Akan aku usahakan utk capai semua tu..Chayok!!

Sekarang mmg terasa sgt susah..tapi takpe...kesusahan tu yg mengajar kite mcm mana nk survive dan terus survive sampai la ko mati...

Semoga tahun baru ni kita sambut dgn kesyukuran dan bukannya adegan2 terlarang dia sebalik keriuhan sambutan dan bunga api di dataran...dimanakan akan terlahir benih hasil cinta selepas 9 bulan dan berakhir di dalam tong sampah.....oke, ekstrim ayat aku nih...Girls, jage maruah anda!

Adios, selamat tinggal 2011!!!

_MsMasochist_

Thursday, December 29, 2011

Don"t make promise u can't keep

Ade sorg budak asik repeat jek ayat ni kt fb dan officially chat room besen kitorg.. Ops, sorry. Bukan budak. Pakcik. hahaha..sorry Bro.

Serius, aku bukan nak komplen pasal hidup aku sekarang, jauh sekali nak merungut dan menyesal.. It's too late to regret for everything that I've been thru..Tapi, apa yang aku perasan, dalam hari2 dan detik2 terakhir countdown tahun baru ni, semua masalah jek yang datang bergolek..tang! tang! tang! And dush! Aku pulak yg tergolek. Ok2, belum tergolek lg.

Boleh kata aku ni lembab ke ape, tapi aku rasa hidup aku sangat susah skrg. Tak la tahap kena mintak sedekah kt tepi jalan..atau meneben kat Lorong Hj Taib..Nauzubillah...Tak la sampai ke situ. Just, aku fikir, aku nak capai target yg aku rasa aku mampu nk capai, tapi tiba2 ade jek halangan.. Ade jer masalah. Dan at last, aku akan down gila2 babas...Rasa nak menung2 dan tak nak bercakap dengan sape2..Kenapa eh.. Tahap ukuran kematangan dan motivasi dalaman aku dah menurun kot. Siyes, sangat rasa depresi yg mendalam.. Moral ; menyimpan untuk masa depan. Berbaloi.

Aku selalu berjanji, janji dengan diri sendiri lah paling banyak.. Janji macam2..Ok, kalau dapat gaji, kena simpan sebanyak ni, tak leh usik sampai la betul2 perlukan.. Tapi x sempat ke tarikh gaji bulan depannya, akaun tu dah kering. Betul2 tinggal rm 10 jek yg mmg tak boleh dikeluarkan. Cis, gile boros.

1# jangan boros lagi.

Bila dah selalu sangat mungkir janji pada diri sendiri, benda ni dah jadi tabiat. Well, who cares? Tak de sape peduli ape aku nak janjikan, dan kenapa aku mungkir janji. Sbb aku janji kat diri sendiri.. Tapi, lama2 bila aku berjanji dengan orang, selamba badak aku boleh cancel. Dan ringan mulut mcm xde dosa, aku cakap "sorry, lain kali keh?".. senangnya..Munafik. Kena kurangkan berjanji lepas ni.

2# zero mungkir janji.

Pasal janji jugak. Ramai yang suka janji kat aku macam2..Big Bos pun janji macam2..Normal la kan. Aku tak mintak janji. Sebab, aku tau kadang2 aku pun suka buat2 lupa janji. So, kurangkan berjanji pada aku. Aku suka tuntut janji. Kalo korang buat2 lupa pun takpe, aku x kecik hati. *tipu. Janji org buat utk dipegang.. Pepatah pun ade sebut, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Lebih kurang la. Oh, aku bukan lembu. Just, tolong jangan janji mcm2 kat aku kalau korg x dapat nak tunaikan. Serius, aku ni bendul. Selalu percaya org akan tunaikan janji kat aku.

3# kurangkan percaya pada janji.

Hati kering. Perah hati sampai kering. Aku suka statement yg aku cedok kt satu blog nih. Haha..kaki cedok, tp bukan stalker keh. Pelan2 kayuh... Oke, hati aku kering. Noktah. Hari2 jemur kat ampaian. Haha..Sebab, maybe aku rasa manusia2 jongos kt keliling aku nih buat aku jadi lebih tough. Bukan berciri maskulin lah. Tapi, interior. Rasa fungsi 'defensive' tu terlebih digunakan skrg. Sbb, sape nak jage aku kalo bukan diri sendiri kan? Kau mmg pandai cakap jek. If u can fit in my shoe, then u can say i am writing hell shi* here. wah..mencarut. Sorry.

4# bagi hati lagi kering. plus, sifar mencarut.

Enough with writing this 'tah hape2' entry. Puas, walopun aku sorg jek bace. Ok, 4 menda ni bukan la azam aku tahun depan. Perubahan aras kematangan diri mungkin? Aku malas nak celeb new year kt dataran mana2 pun. Baik aku duk uma, tgok tv, lepak2, jumpe kawan2 karok same2. Oke, itu mmg plan utk celeb kwn2 di tahun baru. so bukan celeb tahun baru. sebab aku x penah sambut pun. Final. Penin dah bace ayat sendiri. Sah sampah punye entri. Just aku harap, ade penambahbaikan dalam hidup, dan bersyukur sbb masih ade tahun depan. Setengah orang x sempat nk 'ber'tahun depan pun. Alhamdulillah.

Ok.Skrg mmg aku nak terjun atas tilam.

_MsMasochist_

demm

kalo org demm n frust nk mampo* rs nk terjun bngunan skrg, aku pun same. cume bezanya, aku nk terjun atas tilam.

demm...lupa, tilam aku dah nipis.

Tuesday, December 27, 2011

Tentang Dhia- review

Fenomena baru drama tv swasta skang nih..hahaha..ape yg aku perasan, sekarang asal ada drama bersiri baru kat TV3, mesti sibuk surirumah update kat fb.. Paling femes cerita Cinta Elysa...Wow, sgt meletop di pasaran.. Sana sini orang sibuk bercerita pasal drama tuh.. Aku? Hehe..sepanjang cerita tu disiarkan, adelah 1 episod yg aku tengok. Tu pun kebetulan sbb aku balik kampung..Kat sana ade tv..Aku xde tv, true story nih. Bayangkan...sempitnya pemikiran aku, x de tv dan x baca paper. stuck. Ketinggalan zaman. Hahaha...Nak tgk online? Maap. Tak rajin.

Ok, berbalik pada citer drama swasta nih.. Recently, aku dengar kakak-kakak opis aku sibuk nak balik awal..sebelum kul 7 musti da sampai kat rumah...Nak tengok drama hangat sekarang, Tentang Dhia.. Jeng jeng jeng....Utk peminat2, kipas-susah-mati drama lakonan Nora Danish dgn Adi Putra ni, sorry geng...Aku akan cuba tak kritik drama ni lebih2 keh..hahahaha..






Okeh...musti korg lagi arif pasal cerita ni berbanding aku yg hanye sempat tgok beberapa episod.. Rasanya seminggu sekali dua je kot..Bukan ape...Mana nk lepak kedai kopi dari kul 7 sampai 8 malam hari-hari...Nk tgok kt TONTON tu pun aku malas lah.. Just, kawan aku dok semangat sgt cerita masa Dhia mati, dibomohkan mak mentua dia (Liza Abdullah) Siap ada hantu nih semua..Aku pun macam excited nak tengok..

Then, ada episod mak Dhia diganggu oleh hantu raya belaan Tok Moh tu..Memang meremang la aku..Tapi aku terfikir, apa kategori cerita ni sebenarnya? Islamik? Kita ada slot Zehra, Jumaat 9 malam...Tapi x la islamik sgt aku tengok...Ada scene Nora Danish halau lelaki yang adik ipar dia bawak masuk rumah,dan dia tak pakai tudung. Ok, maybe dia x tahu adik ipar dia bawak lelaki masa dia keluar dari bilik..tapi free lah dia dapat penampar..hahaha.. Nak dikatakan kategori seram dan ganas 18SG, kita ada plak slot Seram pukul 9.30pm setiap malam Jumaat. (Santau merasuk tuh mcm best)..Yelah, mula2 cerita Dhia ni, banyak sgt seram dan hantu2..So, macam tak kena pulak letak kat slot Akasia. Haha..Tapi, mmg sgt hit dan top cerita nih..Undeniable right?

Pelakon-pelakonnya... Nora Danish as Dhia. Well, she's beautiful. Itu first impression aku bila tengok watak bertudung dia dalam cerita nie. Haha..dia pelakon yang bagus. Aku tengok dia mmg sgt sesuai bawak watak baik2 nih..Just maybe tutur kata dia yang agak manja tu buat aku lentok sikit..hahaha.. Adi Putra, as Zikir. Haha, dia mmg x mengecewakan...terbayang2 watak dia dalam KL Gangster.. Menusuk beb. Mantap. Tapi, utk ini, watak dia klise. Yelah, hubby yg baik, lemah lembut, baik. Well, he's the man beb! Tapi, Aaron Aziz masih teratas. Haha..Watak antagonis, si ibu mertua ku, Liza Abdullah..Haha..sangat la sesuai...Aku suka tgok dia..Kepoh..Menjadi gilalah watak dia. Siap bagi "sampah sarap" bagi anak menantu dia makan..Manusia macam ni, tak dinafikan mmg wujud dalam masyarakat kita..yang bertuhankan syaitan, berpandukan nafsu.. Tak percaya ke kite pada jodoh dan takdir? Watak Melina, Izreen Izminda (sorry kalo misspell nama dia)..Aku tau dia la pompuan jahat dalam drama nie..Dia rampas tunang si Dhia (Ako Mustapha), pregnant anak luar nikah, keje club, siap jual anak dia, macam2 lagilah! Tapi, pastu kena langgar dan koma..Tetiba, 5 tahun kendian..terkedu jap aku..sekarang, dia dah berubah dan tobat..huhuhu...ade bagus gak citer ni..

Scene paling x boleh blah yg aku tertengok, masa si ibu mertuaku tu pegi rumah bomoh...Pak boon kot nama dia..aku lupa. Siap uma tok moh tu kena pagar dengan 'garisan polis, dilarang masuk'...memang kelaka gila lah mak datin nih..Hahaa..bila dapat tahu tok moh ni dah mati seminggu walaupun baru pas sejam dorg sembang kat telefon, mencicit la mkcik ni lari..woo..berapa ekor hantu raya tok moh ni bela?? hahaha...serius, sgt kelasss...hahaha..

                                

Dengar kata minggu ni last.. Hoh, bila ek? Nak tengok lah..Banyak lagi aku nak review pasal cerita nih, tp memandangkan, aku bukan penonton tegar, tak sesuai nk tulis lebih-lebih..Takpe, mungkin aku akan membebel pas tgok episod terakhir nanti..

Sekarang, ada cerita baru yg ngetop lagi..Coklat Vanilla dengan Bunga April...semua pelakon-pelakon baru yg tengah hot...kontroversi pun hot..haha..aku x layan dah Melodi dan Mangga jauh sekali...baik aku layan bace komik. Santai...sbb bg aku, artis skrg, bagus2 semua..tp bila dah ramai sgt, byk saingan, mulalah masing2 nak guna mcm2 taktik dan publisiti murahan nak naikkan nama...Bosan la mcm tu..

Okeh, sekian entry karut marut dpd Cik D yg merapu neh..

_MsMasochist_

Thursday, December 22, 2011

On Leave

Officially rehat blogging sebab akan bercuti straight 5 hari. yeah!


Bila la dapat naik cameron lagi ni...terbayang2 dalam hujan renyai, Bee Farm Cameron Highlands,strawberry manis bersalut coklat panas. Cuaca totally frozen! Nikmat gile tak terkate beb!!


Cuti untuk selesaikan urusan dan capai target aku untuk tahun 2011. Hah. sape kata aku x dapat capai azam aku.

2010, seorang pakcik teksi yang aku naik tanya, apa azam aku untuk 2011. Aku cakap further "study n buy a car"

Salah 1 hampir pasti dalam tangan. Walaupun 2011 hanya mengira hari untuk tutup tirai, it's never too late, and it's better late than never. .

Azam yg mana 1 yg akan aku capai? hahaha... yang tak tercapai tahun ni carry forward tahun depanlah..

p/s: 7 hari carry cuti ke 2012 tp kena habis sebelum april. wah..masak lah!!!

happy holiday!


_MsMasochist_

Tuesday, December 20, 2011

Aku ni xde ati perasaan ke...?

Exhausted. Totally..tu yang aku rasa sekarang. sgt letih.

Just sbb kita x boleh terima seseorang yg dah offer hati dia untuk kita, x pasal2 kena move kat fb..Alahai...aku ingat kau boleh faham aku... Mmg hati dgn otak aku mcm puzzle. Aku pun tak faham kadang2.
Tak boleh ke kau lebiih bersabar.

Aku kena hadap macam2..Banyak benda dah berubah lately, hidup aku pun. Tapi kau x nak faham.

Mungkin, kau bukan Adam aku. Sorry. Thanks utk semua



Aku akan terus move on. Step by step. Tak kisahlah kena bertatih dan berapa kali pun aku jatuh. Aku akan tetap bangun. Dan berjalan lg. Tiba masa, aku akan berlari dan akhirnya...berhenti.. hummmm...penat. memang penat. But this is the price that I have to pay.

_MsMasochist_

Monday, December 19, 2011

Marriage

4.05 Petang
Meja Ofis
Santai

Kami bertiga berbual2..aku, Cik Bella dan Encik A.

Bual-bual kosong sambil merapu bergelak tawa. (part of our daily task)

Mulanya daripada Ombak Rindu hinggalah ke Mission Impossible-Ghost Protocol. **wajib tonton

Aku cakap " Encik A, kalo tgk wayang dengan bini, cite MI ni pun okeh. Tapi kalo nak please hati dia, bawaklah tgk Ombak Rindu. Why not? Best loh"

Tapi mati2 dia tak nak..then dia call bini dia and ajak tengok wayang. Aku rasa haruslah bini dia ajak tgk Hariz n Izzah tu sbb kedengaran keras suara dia " Renti,kan!" (Renti kan tu short form berhenti. more spesifik,' x payah ler')

Then, bila keadaan dah tenang damai semula, Encik A bersuara pulak. Dia bertanya pada Encik B yg kebetulan baru join kami open table.

" Kau kawin dah berape tahun?"

" Dah 3 tahun lebih jugaklah" jawab Encik B. Aku dan cik Bella, cume mampu dengar.

Encik A menyambung,

" My first marriage, it was 14 years, but I never felt like wanna say thank you to my ex for the years that we've spent. Tapi, dengan isteri perkahwinan kedua ni, when it comes to our very first anniversary, I hold her hand and said, 'thanks sayang, for spending this one year with me'. It was just went out from my mouth"

Sunyi..

And of course from his bottom of his heart, right?

Aku kembungkan pipi aku, dan tarik nafas. Sgt tacing, walaupun Encik A ni bukanlah seorang yang dalam ati ade taman bunga..Huu..

*   *    *

Okey.. Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, tak kisah berapa lama sesebuah perkahwinan tu, kalau kita tak rasa ia sgt2 bernilai dan tak dihargai, mungkin sangat-sangat susah utk kita say " terima kasih untuk jadi suami terbaik sepanjang tahun ni" setiap kali kita sambut ulang tahun perkahwinan.

Tapi dlm kes Encik A, dia baru setahun berkahwin dgn isteri dia yg skrg, tapi, dengan mudah perkataan magis tu dapat dia ucapkan. Tak perlu ucap I Love You setiap hari. Terima Kasih. For everything. tu pun da memadai.

Itu yang aku rasakan. Susahnya kita nak hargai sesuatu yg kita ada skrg. Egonya kita nak ucapkan terima kasih utk setiap kemanisan yang orang bagi kat kita. Hinggalah kita kehilangan dorang, baru lah, kita menangis minta maaf.. =)

Well, this whole day, aku dok cakap, " saya rasa nak kawen la " kat cik Bella sampai dia naik pelik dan heran. Haha...Motif? xde motif. Saje. Biol.

Wait, 2 entry berturut2 aku cerita pasal kawen-kawen ni ape kes? Adekah?? Hahahahaha...well I think I must get marry one day.. Sedang cari Adam. ;)

_MsMasochist_

Sunday, December 18, 2011

Ibu Mertuaku....

Pagi tadi mase bersarapan dgn kawan2 yg sama2 attend kusus induksi kompeni, pengurus yg mengendalikan taklimat dan ceramah share dgn kami tips2 untuk mengambil hati ibu mertua..woo..interesting..hehe

Antara kami (peserta) semua, yang seramai 7 orang kat meja makan tu, hanya sorg je yg dah kawen, which is kakak angkat aku dr cawangan Teluk Intan. Okeh, mmg topik itu bermula dgn nasihat ditujukan kpd beliau.
"Lya ni dah kahwin, kena pandai ambil hati mak mentua. kena layan dia mcm kita layan mak kandung kita. Baru saham 'menantu kesayangan' tu naik to the top" mcm tu la lebih kurang ayat pengurus tu..

Aku yang kat sebelah kakak ni dah tersengih2...Info ni sangat2 berguna..so itu yang buat aku rasa nak share kat blog. Haha..

Katanya lagi, apa yang penting sekali untuk mengusik hati mentua adalah body contact. contohnya, kalo kita tgk mak mentua kita dah mengadu sakit2 kaki, kita tolong2 lah picit kan.. tak payah sibuk2 nk belikan mesin urut Ogawa ke ape...dgn urutan biasa jer, sambil tu leh bersembang2 dgn dia..secara x langsung akan terdetik kt ati dia "bagus menantu aku ni" hahaha...

Dan lagi satu...untuk menjadi menantu yang dihargai dan teratas, tak semestinya pandai masak..*hehe...
Kalo dia nak menantu yang serba serbi pandai masak, baik dia suh anak dia carik chef jer kan? tapi..belum tentu menantu dia tu nak masak utk dia hari2...haha... Cukuplah kita rajin menolong...jangan la plak tau mengadap nasi jer bila orang dah masak dan tinggal suap..hoho..sgt la jatuh merudum saham anda di mata mak mentua..
Tapi, kalau nak lagi naik nama tu antara menantu2 yang lain, belajarlah memasak..malu beb x pandai masak **dusshhh...sebijik kene kat muke...hahaha

Banyaklah lagi yang pengurus tu pesan dan kongsi dgn kami..Sampai aku terdetik rasa nak kahwin lak..hahahah..gosh! Not yet cik D. belum tiba masanye lagi..sebabnya, perkahwinan tu adlh perkongsian..segalanya harus berkongsi..tapi aku masih blm sedia utk berkongsi ape2..haha

Dan lagi, pesan beliau pada kami, selagi ada hayat kita, jagalah ibu dan bapa, juga selagi ade hayat mereka. Demm..bile part ni dia sebut, seriously, berayaq dah mata ceq!! hahaha..minggu ni x balik kampung jumpa mak babah, so rs something missing..x ape, akan aku cover balik minggu depan (^____^)

Entry ni bukan la sesuatu yg aku nak kategori kan sbg sejenis spesis sampah atau pun mengarut..tp boleh kiranya aku katakan, tak kisahlah sama ada kita ni lelaki ataupun perempuan bila kite berkahwin dgn pasangan kita, bukan kite kawen dgn dia je, tp dgn mak bapak dia gak...means, kite akan masuk dlm family dia. dan otometik nyer, mak bapak dia akan jd mcm mak bapak kite, yang mesti di respek dan di jage...huhu
Sebab, kalo kite 'jaga' dorang, dorang akan 'jage' kite..maksud? hee..kalo laki kite ade la niat nak kasik kite advance payung emas kat akhirat nanti, mak mentua kite akan menentang dulu habis-habisan! haha.. win-win-situation beb!

Tips2 ni, mungkin bleh diaplikasikan dalam hidup kite, terutama utk yg dah berumahtangga tu..Aku pun kena la amik iktibar dr cerita ni..sbb selama ni aku asik ckp x nak kawen jek...hahaha

_MsMasochist_

Wednesday, December 14, 2011

Saya Budak Baru Belajar

Salam...

Hohoho..kenape kah aku gelak mcm ni?

Sebab dan puncanya adalah tak lain tak bukan kerana BLOG ini...

Mulanya just nak buat mcm online diary..yg sendiri tulis, sendiri baca...

But, lately something possessed me, dan aku rasa nk serius je dlm blogging..haha..

Bukan nak jadikan medium jual barang ke ape..just target nak kumpul followers banyak2 dan jadi otai Blog..wahaha.. *sgt besar angan2 aku neh...

Nak g carik latest manual of bloggers lah pasni..whooaaa..

Gambatte Cik Dd!!!

_MsMasochist_