Wednesday, April 6, 2011

~kala hati~

>>Meredakan Kesakitan Hati<<

HATI aku terluka lagi. Sakit. Pedih. Namun aku terpaksa relakan semua yang berlaku, sebab kita bukan sesiapa untuk menentukan apa yang bakal terjadi dan mengubah apa yang telah terjadi. Dalam menyusuri liku-liku dan ranjau kehidupan ini, seringkali hati kita tertoreh dengan keadaan-keadaan yang melukakan. Kita mencuba untuk menjadi lebih kuat. Hakikatnya kita manusia biasa yang mempunyai hati nurani yang mampu terluka malah melukai juga. Untuk bangun pada setiap kali terjatuh, hati lah yang sering membisikkan kata-kata semangat dan azimat sehingga kita mampu berdiri semula dan mengorak langkah-langkah kecil sehingga menjadi larian kental.

Untuk menjaga hati insan-insan lain juga menjadi satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pegang seumur hidup. Bagi aku..menjaga hati mereka supaya mereka terus menang dan tersenyum, itu ibadah, dan membiarkan diri dan hati sendiri terluka, itu pengorbanan.. Pengorbanan Terindah. Aku rasa...tak seorang pun yang berada di sisi aku sekarang betul2 memahami aku...kenapa aku jadi macam ni, kenapa aku tak jadi macam tu.. Semua kerana aku adalah seorang aku...

))>

Kala hati disimbahi kebahagiaan..
Aku tersenyum...
Kala engkau meragut kebahagiaan itu..
Aku masih lagi mampu tersenyum...
Kala kata-kata terlontar merobek perasaan
Aku tetap tersenyum...

Itu yg terlihat...
Calit palit noda siksa dan luka
telah berbekas di hati ini..
Namun ku biar masa mengubati

Dan terus tersenyum lagi.......


-MsMasochist-


_Intai ke dalam diri...dan engkau akan lihat disebalik sisi hati ini_

4 comments:

  1. apa2pun kita mampu tersenyum untuk melihat orang lain gembira walaupun sebaliknya...

    ReplyDelete
  2. betul.. hipokrit..tp tu yg terbaik kita leh lakukn utk dorg =)

    ReplyDelete
  3. betul2..kadangkala kte selalu mcm tuh..hipokrit pada dri sendiri tuk mgembirakan hati orang...:)

    ReplyDelete
  4. bg aku bukan kdg2...selalu...n hampir setiap hari

    ReplyDelete