Friday, April 29, 2011

Kepantangan Ku

Sebening pagi neh aku nak bercerita ttg Pantang Larang.. ape itu pantang larang? hehe..bukan yg org tua2 selalu cakap tu.. tapi perkara2 yang menjadi kepantangan pada aku... " pantang datuk nenek aku kalo...." Ha... nama atuk nenek gak yg naik. hik3

Menghabiskan sisa2 malam sebelum jarum jam menganjak ke angka 12a.m di Mapley bersama seorg teman, terkeluar satu topik ttg benda yg menjadi pantang kami.. hehehe.. apakah itu? ROKOK! Segala2 yang berkaitan dengan rokok x heran la sama ada yg masih hidup atau yg dah ke alam barzakh, amat la aku anti tahap maksimum! impak maksima lah.. included smokers. hehe..tp ape leh buat, my Dad adalah seorang perokok tegar.

Aku : Babah, rokok tu kan bahaya utk kesihatan..
Babah : .............................
(x mempedulikan sambil terus merokok dengan gaya dan posisi terbaiiikkk!)

So tak boleh nk kata ape dah...doa je lah utk kesihatan dia supaya berkekalan.Amin.

Jom usha senarai Pantang Larang Ms Masochist ni ye!!

- Benci rokok!!!
- pantang pada org yg bajet bagus dan sombong
- x suke pada kira2 (maths la tuh!) dan benda yg boleh memeningkan kepala otak
- x suke pada org yg suke cakap menghina dan menjatuhkn maruah org lain
- x boleh tgok ulat gonggok...huhuhuhu my gosh!
- pantang tgok loving kapel yg berkepit mcm dorg berdua je kt tmpat awam!
- x suke tgok mak bapak yg marah or pukul anak lebih2.. hemah sikit keh..
- pantang tgok pompuan yg fikir dia lawa n gedix sgt
- pantang org kurang ajar...sbb mesti rasa nk kurang ajar balik...!
- x suke org buat barang aku mcm harta dia...
- sometimes don't like sharing things with others..hehehe
- x suke dengar org gaduh2, tengking2..otometik otak aku jem!!!dan rs nk marah gak..=(

Ni je la yg leh aku tangkap dlm otak aku sekarang..banyak lg..tp senarai lebih2 kang org pk aku ni mental. hehehehe... tp the last one tu aku mmg pantang sgt2.. huu...merujuk pada skop keje...kadang2 ade client yg datang dan tunjuk besar kepala sgt..fine..kami cuma kuli pada organisasi tuh dan kamu adalah pelanggan. customers always right. fine. tapi kamu x ade hak untuk berkurang ajar pada kami! hahaha..penah aku bertengkar mulut dengan sorg client...siap dia pot pet pot pet sal aku..nk complain kat paper...hehe..masa tu baru setahun aku kerja.. tapi since dah 2 tahun ni baru la aku TAHU dan PANDAI mengawal rasa marah tu.. belajar untuk SABAR dan melayan kerenah clients yang mmg sangat3x menyakitkan hati..tp cume sebilangan kecik je yg mcm nie...ramai yg baik2 dan berhemah..


(lari dari tajuk dan topik) aku suka kan kanak2..budak2 kecik tp x kurg ajar la..hehe...sweet je.. clients yang bawak anak terutama yg baby n budak 3,4 tahun ni aku cukup suka..nk dukung je rasa..tp dorg sombong..hahaha... tp dak ni best! hehe





Makan Budok!!! jgn geget tu dear!


adik yg sgt2 peramah...tp badan..semangat!


Haha...ni la dak yg paling sempoi n suke photo shoot..hehee..cutez.. second pic saje d kaburkan meja kaunter ku kerana aku x nk terlalu menonjolkan kekurangan kekemasan itu..hahaha

Ok, enough of merapu... Ni la sedikit di sebalik diri aku yg agak senget kadang2 neh... Byk benda yg aku pantang kan.. Tp aku kongsikan ni bukan untuk korg judge sape aku...jgn nilai aku secara luaran..be my BFF, baru korg akan kenali aku.. =) i am nobody but i am simple. tu yg penting...

Kesimpulannya..kalo kita ada pantang larang, make sure ianya x membuatkn kawan2 kita menyampah dan menjauhi kita.. agak2 la der..hahaha... okes, that's all !

-MsMasochist-

_Don't Judge A Book By It's Cover_

Wednesday, April 27, 2011

Kisah Hati

Kisah Hati - Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...

my "kisah hati" by Alyah

Tuesday, April 26, 2011

Ape itu MsMasochist?

kenapa nama blog aku pelik? hahaha....



pendedahan akan dibuat nanti! ape itu masochist dan kenapa masochist? hehe...tungggguuu

Thursday, April 21, 2011

Sahabat

SaHaBaT

Teman gembira dan ketawa senang dicari...Teman menangis...erm...ntah la..kadang tenggelam kadang timbul..
Bila kita renung2 balik, kita ni da jd sahabat yg cukup baik ke pada kawan2 kita? cukup baik utk dorg balas dgn kebaikan gak? atau terlebih baik hingga sentiasa diambil kesempatan? Baik atau naif?

Ntah...kadang2 aku mengeluh dengan keadaan ni..aku x cukup baik ke utk sahabat2 hingga sentiasa ade yg menyakitkn hati, mencari bila susah, ditinggal bila senang...Sahabat pakai buang ke? Mmg sah, x de percanggahan atau dpt disangkal lg kn? erm..ape boleh buat...dah nasib badan cenggini..Tp aku sentiasa berusaha utk menjaga hati kawan2 aku...x kira kawan baik ke, teman tp mesra ke, kawan suam2 kuku ke...aku layan sebaik mungkin...kenapa perlu dibeza2kan layanan kita pd kawan2...? Kalo si A ade kekurangan, kita layan biasa2..tp kalo B byk kelebihan, dia la on the top. Ades... Sehabis baik aku cuba menjadi seorang manusia dan sahabat yg adil pd sumer org...



Malas da aku nk bebel...kita semua patut tau..mcm mana kita nk layan kawan2 kita..n ape pentingnya dorg pada kita..pd aku, biarla kawan2 x ingat or abaikn aku..tp bila dorg susah, n kalo aku mampu tlg, sedaya yg termampu aku akan tlg...InsyaAllah...juz selagi aku x kecewa tahap gaban or dah fed up..kalo dah tahap tu..nangis air mata darah pun aku x toleh blkg lg...erm..jadi, jage la kawan2 kita sebaik mungkin... sbb takut nti, bila dorg da pergi dr hidup kita, bru kita terasa kita da kehilangan permata paling bernilai, da xde guna lg...semua da terlambat..sahabat sejati satu dlm sejuta..mana nk cari? lu pk la sendiri der!

-MsMasochist-


_Persahabatan itu ibarat untaian mutiara yang perlu dijaga rapi supaya tidak terlerai dan bertaburan_

Monday, April 11, 2011

~santapan hati~

Orang kata...kita akan terjatuh berkali2 ketika bertatih utk berjalan, sebelum kita dapat memulakan langkah pertama dan seterusnya menjadi larian. asalkan kita tidak patah semangat, dan tangisan itu menjadi penguat keazaman (^__^)


Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.
  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
  • Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.
     
    jadi cara terbaik untuk menangani kegagalan adalah dgn bersabar dan terus berusaha. gosh. really need a therapy. =)
     
    -MsMasochist-
     
    _Hati yang lemah berpunca daripada kekurangan keyakinan kepada diri sendiri untuk berjaya_ 

Thursday, April 7, 2011

~sudut hati 2~

whoaa!!! td ade technical error...sepatutnya byk lg aku nk tunjuk nie...so less merapu, more pics...enjoy!

otai2 kompeni..eh..incik bos pun ade! berjaya menawan puncak!

itu dia..Mr juara Karok kompeni! chayok! warm up sblm panjat bukit
semangat! tp keletihan..sang mentari ats kepala!
ape dia tunjuk tah! muka letih!

last...mlm Qiamulail..smua kena bgun seawal 4 pg...aku smp tetido! haha..nantok..

okes! tu je pics kt Kem Muhasabah Diri sesi 2010 di Kem Dato' Sagor... actually, ade 2 grup... aku first grup, kt kem ni la...second grup kt Kem PGA ulu kinta..perghh..lg best katanya... kem kami ni byk yg jd kes, " uma da siap, pahat masih berbunyi " kuang2...yela...orang2 bandar, mana nk makan setalam dgn orang lain! tp sal tu gak aku gastrik..x cukup makan! haha... anyway...at least ade something untuk dikenang.. =P

-MsMasochist-


_Kenangan itu umpama tayangan gambar, yang sentiasa diulang2 sehingga kita dapat melupakan_

Wednesday, April 6, 2011

~kala hati~

>>Meredakan Kesakitan Hati<<

HATI aku terluka lagi. Sakit. Pedih. Namun aku terpaksa relakan semua yang berlaku, sebab kita bukan sesiapa untuk menentukan apa yang bakal terjadi dan mengubah apa yang telah terjadi. Dalam menyusuri liku-liku dan ranjau kehidupan ini, seringkali hati kita tertoreh dengan keadaan-keadaan yang melukakan. Kita mencuba untuk menjadi lebih kuat. Hakikatnya kita manusia biasa yang mempunyai hati nurani yang mampu terluka malah melukai juga. Untuk bangun pada setiap kali terjatuh, hati lah yang sering membisikkan kata-kata semangat dan azimat sehingga kita mampu berdiri semula dan mengorak langkah-langkah kecil sehingga menjadi larian kental.

Untuk menjaga hati insan-insan lain juga menjadi satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pegang seumur hidup. Bagi aku..menjaga hati mereka supaya mereka terus menang dan tersenyum, itu ibadah, dan membiarkan diri dan hati sendiri terluka, itu pengorbanan.. Pengorbanan Terindah. Aku rasa...tak seorang pun yang berada di sisi aku sekarang betul2 memahami aku...kenapa aku jadi macam ni, kenapa aku tak jadi macam tu.. Semua kerana aku adalah seorang aku...

))>

Kala hati disimbahi kebahagiaan..
Aku tersenyum...
Kala engkau meragut kebahagiaan itu..
Aku masih lagi mampu tersenyum...
Kala kata-kata terlontar merobek perasaan
Aku tetap tersenyum...

Itu yg terlihat...
Calit palit noda siksa dan luka
telah berbekas di hati ini..
Namun ku biar masa mengubati

Dan terus tersenyum lagi.......


-MsMasochist-


_Intai ke dalam diri...dan engkau akan lihat disebalik sisi hati ini_

Saturday, April 2, 2011

~red ribbon~

Reben merah? ape tu? ape kena mengena? haa...itu yg aku nk cite d tgh2 malam sepi nie...(err)

haa...ini la reben merah...mitos or kisahnya..menyebut, bahawa jika sepasang kekasih tu mengikat hujung reben ni pada jari dorg, maka dorg xkan terpisah buat selamanya...erm..

so mcm kes kt pic sebelah nie lak cane ek? hahaha...dah berbelit ni..hidup mati sama2 la? u jump i jump? alalala...huhuhu...

dalam hidup ni, semua tuh anugerah..org tersayang pun anugerah khas utk kita...tp, ikat or belit kuat mana pun dgn reben merah ni, dah x de jodoh antara kita dgn dia, xkn jadi jugak ye x..huhuhu...

Just nk share cite ni je...jgn la caye n g beli reben merah lak dah..hik3...ade tau cita antu (komik) sal reben merah nie...kui3...dah2...serem....

Bg aku, nk kekal kn hubungan tu, x payah la reben merah neh.... yg penting mcm mana kita jage n tolerate dgn ehem2 kn? lala..no comment lebih2 la...ku fobia! hahahaha...

-MsMasochist-

_Ukuran ketulusan hati seseorang itu bukan pada kata-kata, tp kepada perbuatan dan kesungguhannya_